Vingt-six
Aku menapak ke dalam taman. Dah masuk 2 minggu lebih aku tak jadi badut. Aku rindu kostum warna warni tu.
Budak adam tu pun aku rindu jugak.
Suasana taman yang amat riuh dan udara yang segar. Aku rindu semua ni.
Selama ni, aku hanya berkurung di dalam rumah disebabkan keadaan kesihatan aku yang semakin teruk.
Aku masuk ke dalam pejabat milik bambam yang berada di sudut. Kemudian, aku masuk pula ke dalam bilik solekan dan pertukaran baju.
Aku menghela nafas perlahan lalu memakai kostum badut tersebut.
--
Aku keluar dari pejabat tanpa sebarang solekan. Aku hanya memakai topeng muka yang berwarna coklat.
Aku dapat dari mana?
Shh jangan tanya.
Mataku meliar mencari Adam. Malangnya, kelibatnya langsung tidak kelihatan.
Mungkin sebab aku dah lama tak datang.. Kot?
Aku melabuhkan punggungku di atas bangku yang berada di bawah pokok.
Aku membetulkan posisi untuk berehat. Tapi langkah ku terhenti.
Tiba tiba dua figura berjalan bersama sama kelihatan.
Seulgi dan.. Mark?
Jap.
Jangan cakap yang semua ni kebetulan.
OHSHITEU.
Aku turut ternampak suga tengah beli aiskrim pakcik basikal.
Jangan kata pakcik tak payung (͡° ͜ʖ ͡°)
Seulgi hanya menunduk. Tetapi selepas mendengar kata kata mark, dia mengangguk perlahan.
Diorang rancang apa ni woi?!
Mark kemudiannya memberikan seulgi sebilah..
Pisau lipat..
Dengan tangan yang berketar ketar, seulgi mengambil pisau lipat tersebut.
++
Suga's pov
Eomma aku baru je call aku tadi. Rindu katanya. Rindu nak berborak dengan aku.
Esok aku akan balik daegu semula. Nak jumpa eomma. Memandangkan sekolah cuti seminggu.
Dalam kesempatan serta kesempitan ini, apa salahnya aku bawa minah pendek tu kan? (͡° ͜ʖ ͡°)
Nak tunjukkan dekat eomma bakal menantu dia yang lawa tapi muka macam beruk ewah ewah.
Aku call number dia. Tapi tak dapat. Aku mesej dia dapat satu tick je duh.
Apa benda lah minah ni buat.
Aku ambil keputusan untuk datang ke rumah dia. Surprise tak surprise kisah apa aku. Siapa suruh tak angkat telefon. Bakal suami call kau tak angkat ha tak ke mendatangkan kemarahan. Acewah suga.
Ayat minta penampar gais.
Aku berjalan kaki ke rumah jae eun.
Jalan kaki k jalan kaki.
Hanya lelaki yang macho dan gentleman sahaja yang berjalan kaki.
Tak main lah naik kereta ni. Fuh. Bapok. *flip kereta*
Loceng yang elok terletak di dinding aku tekan berkali kali.
Adooo kenapa tak buka. Panas tahu?
Akhirnya pintu dikuak perlahan.
"Kau nak apa?" Eunwoo menjegilkan matanya.
"Nak cari buah hati aku." Aku flip hair, sekali lagi.
"Duh, kenapa makin lama perangai kau berubah? Adik aku bagi kau makan apa ni?"
"Hati aku dah lembut sejak berjumpa dengan dia. Dia telah membuka pintu hatiku yang telah lama berkunci dan akhir--"
"Haa mula dah merapu. Aku tanya tiga belas patah kau jawab nak beratus ratus patah perkataan."
"Dah tu? Kau tanya, aku jawablah. Takkan aku biarkan soalan kau tergantung sepi." Aku pout. Ha aku pout sebab comel. Kau pe tau.
"Gi ah balik. Jae eun tak ada."
"Tipu lah kau."
"Aku nak tipu amende sia."
"Habis tu? Bukan selama ni dia berkurung je ke dalam rumah?" Aku pandang eunwoo yang dah membongkok sebab berdiri lama sangat.
"Aduh mana lah aku tahu. Dia pergi taman tu ha. Kali lah. Aku tak pasti sebab selama ni dia asyik mengadu kat aku nak gi taman ntah pa--"
"Ok thanks!"
Aku menepuk bahunya perlahan lalu menuju ke taman.
End suga's pov
--
Suga berpaling ke belakang. Matanya meliar liar dan akhirnya kami ter eye contact.
Dia tersenyum sambil memegang dua kon aiskrim.
Aku nampak aiskrim tu perlahan lahan cair.
Begitu juga seperti hatiku..
(͡° ͜ʖ ͡°)(͡° ͜ʖ ͡°)
Dia berjalan ke arahku dengan penuh swag bersama aiskrim tercinta di kedua dua belah tangannya.
Tiba tiba pinggangku dirangkul dari belakang.
Jangan cakap ni Adam?
Baru sahaja aku ingin menoleh tiba tiba dia bersuara.
"Do you miss me, jae eun?"
Lidahku menjadi kelu.
Aku memandang suga.
Pergerakan suga kemudiannya terhenti. Senyumannya yang tadinya terukir telah mati. Dia memandangku dingin kemudian berpaling.
Aku mati kata. Suga tengah marah ke?
Aku cuba meleraikan tangan Mark yang tengah merangkul pinggangku.
"Shh. Just wait and see what will happen next." Dia ketawa perlahan.
Tunggu dan lihat? Aku nak tunggu apa lagi?!
Secara tiba tiba, kelibat seulgi telah kelihatan. Pisau lipat yang berada di tangannya dipegang dengan kemas.
Dia berjalan ke arah suga. Pergerakannya turut menjadi pantas.
Dengan kelam kabutnya, aku menggigit tangan Mark. Ha lantak kau lah sana.
"Suga!"
Aku menjerit namanya sekuat hati tapi malangnya, dia langsung tidak berpaling.
Dia berjalan ke arah tong sampah lalu membuang aiskrim tadi.
"Suga!"
Aku mengejar suga yang hanya beberapa meter dari aku. Dan aku nampak macam orang gila menjerit hanya untuk memanggil nama suga.
Dia masih tidak memalingkan wajahnya.
Kuajaq suga kuajaq.
Seulgi memperlajukan langkahnya menuju ke arah suga.
Aku berlari untuk menghalang mata pisau terkena pada badan suga dan..
Aku rasa pening dan perut aku sakit.
Penglihatan ku mulai kabur.
Seulgi mulai panik lalu berlari dengan pantas meninggalkan aku.
Aku hanya masih terkulai di atas tanah. Aku dapat dengar bunyi bingit dari mulut orang ramai. Satu pun tak nak tolong ke apa ni? Aku dah nak nazak dah kat sini ni.
"Bangun weh. Aku minta maaf."
Ayat terakhir yang aku dengar sebelum semuanya berubah menjadi gelap.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top