Vingt-quatre

Nafas aku mulai tidak teratur. Batuk tidak terhenti dari tadi.

Aku seakan tidak percaya dengan kata kata doktor yang aku baru sahaja jumpa petang tadi.

"Doktor tak salah data kan?" Aku memandang doktor yang agak berumur itu dengan penuh harapan.

Berharap agar semua kata katanya adalah tidak benar.

"Maafkan saya. Tapi--"

"Semua ni tipu kan?" Aku menggeleng dengan laju. Aku mencelah kata kata doktor tersebut. Jantung aku seperti hendak tercabut. Nafas ku mulai naik dan turun.

Air mata yang bertakung di tubir mata aku tahan dengan sekuat hati. Aku mengetap bibir dan menahan diri daripada menangis.

"Kanser ni makin merebak. Kalau kita tak lakukan pembedahan secepat yang boleh, berkemungkinan cik--" Doktor tadi menghembus nafas berat.

"Berkemungkinan apa?!" Aku menunggu jawapan dari doktor tersebut dengan perasaan yang amat gelisah.

"Akan meninggal.." Dia menunduk.

Air mata yang bertakung tadi mulai jatuh. Aku tak tahan.

"T--tak ada cara lain ke?" Air mata yang mengalir deras aku biarkan.

Doktor tadi menggeleng.

"Kita perlukan penderma secepat yang mungkin."

--

Batuk ku semakin lama semakin melarat. Kenapa selama ni aku tak tahu?

Aku menundukkan kepalaku ke atas meja. Perit. Semua ni sakit. Kenapa semua ni kena dekat aku? Kenapa aku asyik kena nasib malang?

Dan secara tiba tiba seekor jebon datang lalu mengetuk mejaku dengan kuat.

Abengong.

Aku mengangkat muka ku.

"Hai adik manis." Dia tersenyum petak.

Aku hanya membalas dengan senyuman.

"Kenapa kau asyik senyap je ni?" Taehyung ralit memandang aku. Dia mengambil tempat di hadapan ku.

"Wae? Salah ke?" Jawabku acuh tak acuh.

"Tak. Cuma pelik sikit. Eh bukan sikit. Pelik banyaaaaak." Taehyung mendepakan tangannya di hadapanku.

Aku hanya mengeluh panjang.

"Kau ni dah kenapa?" Taehyung mengekalkan posisinya.

"Apa? Kenapa dengan aku?" Soalku semula.

"Pelik lah. Mulut kau dah tak celupar." Taehyung mencebik.

"Ala biasa lah tu. Bad mood sikit j--"

"Badmood?! Badmood pasal apa?! Kenapa weh? Share share share!" Riak wajah taehyung kelihatan risau.

"T--tak--"

"Jap!" Sekali lagi, kata kataku dicelah oleh taehyung.

"Aku baru sedar yang.."

"Yang?" Keningku terjungkit sedikit.

"Sayang apa khabar denganmu ewah." Taehyung ketawa terkekeh kekeh.

Spesies suga jugak ni.

Mohon humban ke loji gais.

Aku memandang taehyung dengan perasaan yang menyampah dan geram. Aku menjeling taehyung sekilas.

"Alolo ok ok sorry lah chagi~" Taehyung tersengih.

"Eh panggilan tu suga je boleh cakap k." Aku menjuihkan bibir.

Taehyung menghembus nafas perlahan. Kemudian dia tersenyum lagi.

"Aku baru perasan yang mata kau sembap. Kau lepas.. Nangis eh?"

"Ma--manada lah!" Aku menggeleng pantas.

"Habis tu? Eyebag berkilo kat bawah mata tu? Mata sembap? Bukan lepas nangis ke tu?" Dahi taehyung mulai berkerut.

"Aku nangis ke tak ke kau kisah apa?" Aku kata sambil flip hair.

Hestek jae eun dah maju.

"Aku kisah lah. Kan aku boyfriend material kau." Taehyung tersengih lagi.

"Eh excuji meh--"

"May I?"

Satu suara garau yang amat familiar mula bersuara. Dia mengambil tempat di sebelah taehyung.

"Bro? Boleh sana sana sikit tak?" Suga menghadiahkan sebuah senyuman.

Taehyung memandang suga yang dari tadi tersenyum.

Wadda?

"Oh-- ohh mian mian. Bye!" Taehyung memandang aku dan suga silih berganti lalu pergi meninggalkan aku dan suga.

"Apa?" Aku menyoal seraya memandang suga yang dari tadi tersengih.

Suga kemudiannya berhenti tersengih.

Dia meletakkan satu tupperware ke atas meja.

"A--apa ni?"

"Buka lah." Suga menongkat dagunya.

"Awak lah yang buka."

"Malas."

"Pftt buka bekas je pun malas?" Gumamku sambil membuka bekas yang tadinya terletak di atas meja.

"Hahahahaha." Aku ketawa dengan kuat sehinggakan membuat suga terkejut.

"Apa? Kenapa kau ketawa?" Suga memandang aku dengan riak wajah yang pelik.

Aku berhenti ketawa.

Serius lah dia tak tahu apa yang dia tengah bawa sekarang ni?

"A--awak nak makan benda ni ke?"

"Bukan aku. Tu untuk kau. Aku tahu kau tak makan lagi kan." Suga pout.

"Tapi saya tak makan kentang tak masak macam ni."

"Kentang tak masak?"

Sekali lagi suga terkejut.

Dia merampas bekal yang berada di tanganku tadi.

"Jin-- Jin hyunggggg!"

Suga bangkit dari tempat duduknya lalu keluar menuju ke arah jin.

Aku hanya mampu ketawa melihat suga yang berlari keluar.

Aku terlihat taehyung yang berada di hujung pintu. Dia memandang aku sekilas lalu tersenyum hambar.

Dan secara perlahan lahan dia mengangkat kaki meninggalkan kelas.

Kenapa dengan dia?

--

Seperti biasa dan lebih kepada rutin harian, kerja ku selaku badut yang mampu menggembirakan dan menghiburkan kanak kanak yang berada di taman.

Tiba tiba hujung bajuku ditarik perlahan dari belakang. Aku menoleh.

"Ahjumma.. D--dia m--marah a--adam.. Adam t--takut.. D--dia kejar a--adam.." Jelas adam dengan tersedu sedan. Pipinya basah.

Lantas aku duduk melutut di depan adam. "Dah. Jangan nangis. Mana eomma adam?" Soalku seraya mengusap air mata adam.

"Eomma.. G--gaduh ngan ahjumma.. Ahjumma tu j--jahat!" Adam menangis lagi.

Aku memeluk adam dengan erat. Tangisan adam sedikit reda.

"Nasib adam jumpa noona. Kalau tak--"

"Adam!"

Riak wajah adam berubah.

Aku menoleh.

Seulgi?

"N--noona.. T--tolong Adam! D--dia.. D--dia jahat. Dia p--pukul eomma adam!"

Aku hanya kaku.

Kenapa seulgi?

"Kau dengan eomma kau sama je kan! Dua dua tak guna!" Dengan pantas seulgi menarik pergelangan tangan Adam dengan kuat.

"S--sakit! Ahjumma j--jahat!"

Aku terus menepis tangan seulgi. Aku mengusap pergelangan tangan adam yang telah merah.

Seulgi menggepal penumbuknya. Rambutku ditarik kasar.

"Perempuan bo--"

Pang!

Dengan serta merta rambutku terlepas.

"Kau tak apa apa?"

Aku mengangguk kecil seraya memperbetulkan rambut palsu yang ditarik oleh seulgi sebentar tadi.

"Su--suga oppa! Tengok badut ni. D--dia tarik rambut--"

"Diam!"

Bahu Seulgi terhinjut.

"Jauhkan diri kau dari bakal isteri aku."

Mata seulgi membulat. Dia memandang aku dan suga bersilih ganti.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top