Vingt-deux
"Jae Eun! Dokyeom!"
Oh man.
Kelibat 2 ekor jebon kelihatan.
Lalu kedua dua mereka datang ke arah kami.
"Weh korang tak apa apa ke?" Minghao melutut di hadapan aku dan dokyeom.
Aku hanya menggeleng kecil.
"Korang buat ehem ehem eh." Seungkwan tersenyum senget.
Kepala bana.
"Nak aku panggilkan ostat ke?" Minghao pandang aku dan dokyeom.
Kepala bana kuasa dua.
"Macam mana korang boleh ada kat sini?" Seungkwan memandang ke arah aku dan dokyeom.
"Tanya dia."
Oh shiteu.
Aku tunjuk dokyeom,
Dan dokyeom tunjuk aku.
Kening minghao terangkat sedikit.
Manakala mulut seungkwan ternganga besar.
"Korang pulak? Macam mana boleh ada kat sini?" Soal dokyeom sambil menutup mulut seungkwan yang ternganga.
"Tadi kitorang pakat nak ponteng. Tapi terdengar pulak dokyeom cakap babi terbang. Haa jadi mana babi terbang nya?" Minghao memandang sekeliling stor.
Lipas yang tadi berada di dinding secara tiba tiba terbang ke udara dan selamat mendarat di atas,
Rambut minghao.
"Aish, rambut aku ni gatal lah pulak. Jap nak garu."
"Jangan!" Aku dan dokyeom kata dengan serentak.
"Wae?" Dahi minghao berkerut.
Seungkwan hanya memandang adegan tidak berbayar itu tanpa sebarang perasaan.
Aku dan dokyeom memandang antara satu sama lain.
Satu hembusan dilepaskan.
"Sebab babi tu ada kat rambut kau." Dokyeom tersengih.
K
Mari bercountdown beramai ramai.
Satu
Dua
Tiga
"Arghhhhhh!"
--
Aku terpaksa balik lewat sebab kononnya tak kemas bilik stor sukan dengan cermat.
Hak tuih.
Dokyeom?
Jangan tanya kat mana. Ntah ntah dah tidur kat rumah.
"Jangan balik selagi kelas tak bersih."
"Jangan tinggalkan walau satu bakteria."
Kata kata mr jo membuat kan aku nak terajang dia ke afrika.
Aku sapu sampah yang berterabur atas lantai.
Tingkap aku lap sehingga berkilat.
Meja aku susun mengikut susunan yang betul.
Sumpah kelas ni macam baru habis kena ribut taufan.
--
Aku menilik jam tanganku sekilas.
Aku dah terlebih stay ni kat sekolah.
Cukuplah minghao cairkan emas kat telinga aku.
Aku berjalan melalui koridor dengan pantas.
"Sa--sakit."
Dengan serta merta langkahku terhenti.
Takkanlah masa sekarang pun ada orang stay kat sekolah?
"Mi--mianhae." Rayunya perlahan.
"Diam lah!" Seorang Namja yang lengkap berhoodie hitam menarik rambut yeoja tersebut dengan kasar.
"Mana duit dia?" Sambung namja tersebut dengan nada mendatar.
"Ta--"
"Aku tanya mana duit dia?!"
"Be--"
"Pabo! Perempuan murah!" Namja tersebut menolak yeoja tadi ke dinding.
Eh perempuan tu--
"Selama ni kenapa kau tak kikis langsung duit dia? Kau tak tahu ke yang aku perlukan duit sekarang?!"
"Tapi--"
"Kau dah cintakan dia, kan?" Namja tadi tersenyum.
"Ani--"
"Kalau kau tak cintakan dia, kenapa kau tak kikis duit dia langsung, kang seulgi?"
Dahi seulgi ditunjal kuat.
"Bu--bukan macam tu--"
"Jadi? Kikis duit dia. Ambil semuanya. Tu pun susah? Ke kau tak tahu taktik dia macam mana?"
Seulgi hanya terdiam. Dia menunduk.
"Kau cintakan dia kan?"
Seulgi menggeleng laju.
"Betul ni?"
"N--nae." Seulgi tersenyum hambar.
"Aku nak kau bunuh dia."
Kata kata namja tersebut membuatkan aku sesak nafas.
Bunuh?
Mata seulgi membuntang luas.
"I tak--"
Lantas pipi seulgi ditampar dengan kuat.
"Aku suruh kau bunuh! Tu pun susah?!" Tengking nya.
"Tapi mark--"
Jap.
Mark?
"Bunuh dia sebelum aku bunuh kau." Mark tersenyum lebar.
Seulgi terdiam.
"Kau faham ke tak ni?!" Mark menjerkah seulgi yang masih tertunduk.
"A--arasseo."
"Ni makin sayang ni. Bye chagi. Oppa ada kerja ni. Nanti kita borak lagi ok?"
Kedua dua pipi seulgi dicium oleh Mark.
Lalu Mark kemudiannya pergi meninggalkan seulgi keseorangan.
Semua ni tak boleh berlaku.
Aku kena selamatkan suga,
Dari Seulgi dan Mark.
Yang penting sekarang ni nyawa dia.
Dia dalam bahaya!
--
Aku berlari dengan pantas bak mv run.
Dan
Gedebuk!
Aku terjatuh,
Di dalam tandas
Seperti nangka busuk.
.
.
"Mi--mian lewat." Aku kata dengan nafas yang tercungap cungap.
Bambam dan seorang ahjusshi yang aku tak tahu nama dia lantak kome lah nak letak nama apa memandang aku dengan muka pelik.
Ok aku tahu aku lawa bila berpeluh.
*dab guna tangan najib*
"Gwenchana. Dah pergi bersiap sekarang." Jawab bambam sebaik sahaja ahjusshi tadi meninggalkan kami berdua.
"Bi--biar betul. Awak tak marah?" Aku memandangnya dengan air muka terkejut.
Mana perginya Tuan Bambam yang tegas?!
"Jadi? Kau nak aku duduk melutut depan kau lepas tu cakap eh tuan puteri lambat lah harini. Nak macam tu? Nak?" Bambam bercekak pinggang memandang aku.
"Boleh jugak." Aku tersengih memandang bambam.
Tapi bambam hanya memaparkan wajah yang dingin.
"Lagi satu, panggil aku tuan." Sambung bambam lagi.
Eh dia ni.
Hari tu marah aku panggil dia tuan.
I kennot brain lah people jaman now.
"Tapi ha--"
"Mulut kau tak pernah tak celupar kan? Pergi bersiap. Dah lah lambat lepas tu masih lagi tercegat macam ular sawa depan aku." Bambam membebel seraya menjeling aku.
--
K Jae Eun.
Tarik nafas.
Hembus.
Tarik.
Hembus.
Ta--
Jap jap kenapa nervous dia ni macam nak terberanak?
Staph jae eun. Sesungguhnya anda dan pakcik hambaruddin berpisah tiada.
Aku menarik nafas sedalam yang boleh.
Lalu aku hembus perlahan.
Bunyi yang tersangatlah bingit kedengaran di gegendang telinga ku.
Lantas aku meluru masuk ke dalam dorm tersebut.
Dan kemudiannya, semua mata terarah kepada aku.
Ok.
Ok.
Itu aku boleh terima.
Tapi ni dengan suga sekali tengok aku.
Oh tolong lah.
"Cik badut dah datang!" Jungkook berlari ke arah aku lalu memicit hidung bulat aku dengan kuat.
Aku senyum segaris.
"Badut badut!" Taehyung meletakkan air soda miliknya ke atas meja lalu datang ke arah aku.
"Cik badut pegang apa tu?" Jungkook tersenyum senget. Dia memandang sebuah patung yang elok berada di tangan aku.
Kumamon.
Walaupun aku benci kumamon, tapi aku tahu, suga mesti sukakan patung ni.
Suga memandang patung kumamon tersebut kemudian matanya terarah kepada ku.
Aduh aduh kiyot lah.
Dia mengukirkan sebuah senyuman.
Dengan ini, Park Jae Eun disahkan koma lima tahun akibat terkena panahan cinta Min Yoongi.
Suga kemudian berjalan dengan perlahan ke arah aku.
Setapak demi setapak.
Suga berdiri tepat di hadapanku.
Dengan keadaan yang berketar ketar, aku memberikan patung tersebut kepada suga.
Perlahan lahan aku menghulurkan patung kumamon bersaiz besar kepadanya.
Suga mengambil patung tersebut lalu tersenyum.
--
Aku melabuhkan punggungku di atas bangku yang terletak di belakang dorm.
Tekak ni pft tetiba pulak haus.
Dan secara semula jadi dan tiba tiba, satu suara garau yang amat familiar tegur aku.
"Nak air, cik badut?"
Dia tersengih.
Oh tuhaaaaan.
Ok gais izinkan park jae eun terbang ke angkasa.
Aku tersentak lalu mengangguk kecil.
Gelas yang berisi air tadi aku teguk dengan perlahan.
"Kenapa tak nak bercakap?" Suga pandang aku sekilas lalu meneguk segelas air.
Aku tak jawab walau sepatah.
Ye la kang identiti aku kena tahu tak ke susah.
"Kau nak tahu satu rahsia tak?" Dia menggosok gosokkan kedua telapak tangannya.
Aku mengangguk kecil.
"Aku rindu minah pendek tu."
Minah pendek?
"Tiap tiap tahun dia tak pernah miss sambutan hari jadi aku even sekali pun."
Aku terkaku.
Takkanlah minah pendek tu--
"Dia kata dia tak nak datang. Tch dasar minah pendek."
Aku?
"Tapi dia tipu. Dia datang jugak hari ni." Suga yang tadinya tertunduk akhirnya memandang aku.
Aku tersentak. Weh. Jangan cakap yang dia dah tahu--
"Terima kasih sebab datang, park jae eun."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top