Trente-six
Taehyung's pov
Seusai perempuan tadi atau dikenali sebagai seulgi menamatkan panggilan dengan seseorang, aku terus mengikutinya secara perlahan lahan dari belakang.
Who knows jae eun yang dimaksudkan oleh dia ialah park jae eun buah hati aku?
hAHHAHA ok tae hanya dalam mimpi anda sahaja.
Aku hanya berjalan mengikutinya dari belakang dengan muka yang langsung tak ada feeling.
Atau lebih dikenali sebagai,
Innocent.
Jarak aku dan wanita tadi hanyalah beberapa meter sahaja. Aku sengaja tidak merapatkan jarak antara kami sebab aku takut dia akan perasan yang aku tengah ikut dia.
Aku berhenti berjalan sehinggalah dia berhenti di depan pintu wad dan dengan pantas seorang kanak kanak lelaki muncul di hadapannya.
Aku mengamati muka budak tadi.
Macam kenal..
Seulgi menggosok perlahan kepala budak lelaki tadi. Dia tersenyum seketika. Aku hanya mampu memandang dari jauh.
Tak, masalahnya sekarang ni sejak bila seulgi jadi baik? Dia terminum holy water ke?
"Jae eun noona dah bangun! Yeay!" Kata budak tadi seraya bertepuk tangan beberapa kali.
Seulgi hanya mampu senyum dan memegang erat tangan budak lelaki tadi. "Baguslah kalau macam tu. Nanti bolehlah eunbi main dengan jae eun noona kan?" senyuman nya masih tidak lekang di bibir.
Eunbi?
Aku memang tak salah dengar, kan?
Sebab eunbi satu satunya adik jae eun.
Apa semua ni?
Apa yang dorang tengah rancang?
"Eunwoo hyung! Seulna noona ada kat shini!" budak lelaki tadi menjerit kecil. Hingusnya yang kelihatan di hidung dilapnya dengan pantas.
Seulna?
Siapa seulna?
Bukan dia seulgi ke?
Dan eunwoo..
Tidak sampai beberapa saat, sesusuk tubuh badan lelaki yang tinggi lampai datang ke arah mereka berdua.
Eunwoo hanya senyum dan menganggukkan kepalanya.
Aku memandang eunwoo sekilas dan secara tak sengajanya dia turut memandang aku.
Senyumannya yang tadinya terukir secara perlahan lahan menjadi pudar.
"Taehyung!" jeritnya.
Eunbi dan wanita yang dikenali sebagai "seulna" tadi secara serentak memandang ku.
Dengan selaju yang boleh, aku berlari menuju ke luar pintu hospital.
Paboya kim taehyung!
__________
Author's pov
"Oppa.. Oppa ok ke tak ni?" Soal seulgi prihatin. Tetapi matanya masih tidak berganjak dari skrin telefon.
Soalannya tidak dijawab.
"Oppa?"
"..."
"Ish. Oppa!" dengan wajah yang tidak puas hati, seulgi dengan pantas menolak bahu suga perlahan.
"H--huh? Apa?" dahi suga sedikit berkerut.
"Oppa ok ke tak ni? Asal diam je? Sampai hati oppa palau kita." Seulgi mencebikkan bibirnya dengan sengaja.
"Aku ok. Dah lah. Tak payah nak risau sangat."
"Are you sure, oppa?"
"Aku ok. Boleh tak bagi aku ruang kejap? Aku nak bersendirian sekarang ni. Tolong. Kejap je." Dahi nya dipicit dengan perlahan.
"Ok oppa. Kalau ada--"
"Keluar je lah. Aku pening sekarang ni."
"Nak seulgi urutkan t--"
"Keluar lah!" Jerit suga sedikit kuat. Bahu seulgi terhinjut.
Perlahan lahan seulgi keluar meninggalkan suga yang berada di dalam studionya.
++
Suga's pov
"Keluar lah!" Aku menengking seulgi yang dari tadi masih tidak berganjak dari studioku.
Minah ni nak apa?
Dah lah pandai pandai duduk kat dorm ni. Dia ingat dia special sangat ke?
Akal cetek.
"Suga hyung!"
Sekali lagi, aku mengurut dahiku. Aku penat.
Aku memutarkan badanku dengan malas. Riak wajah taehyung kelihatan sangat risau. Malah lain dari yang lain.
"Apa kau nak?"
"J--jae eun.."
"Jangan sebut nama dia b--"
"Dia masuk hospital!" Tengking taehyung. Wajahnya mulai memerah.
"A--"
"Suga hyung sukalah kan dia masuk hospital? Oh, nak tunggu dia mati baru nak sedar?" Urat urat yang berada di lehernya kelihatan dengan sangat jelas.
"Maksud kau.."
"Suga hyung dah tak kisah dah?" Senyuman sinisnya masih tidak lekang di bibir.
Aku tahu taehyung tengah marah sekarang ni.
Tapi kenapa aku rasa lemah bila dapat tahu jae eun masuk hospital?
Kenapa aku rasa tak sedap hati?
"Dah lah. Tae nak pergi hospital. Lawat jae eun." Taehyung menghela nafas berat seketika.
"Oh, kenapa tae bagitahu hyung? Mian, tae lupa yang hyung bencikan dia."
"Taehyung.."
Tangan taehyung aku tarik dengan pantas. Dengan malas dia menoleh.
"Apa--"
"Aku nak ikut."
Taehyung memandangku dengan riak wajah yang terkejut. Perlahan lahan dia mengukirkan senyuman, kemudian mengangguk kecil.
"Nae. Kajja."
--
Aku memandang kosong bubur yang berada di tepi katil. Sumpah aku rasa tak ada selera sekarang ni.
"Jae eun.. Makanlah.. Dah seminggu lebih dah kau tak makan. Mesti kau lapar kan?" Eunwoo melabuhkan punggungnya di tepi katil.
"Nak oppa suapkan ke?" Eunwoo tersenyum nakal.
Aku membulatkan mataku. Dengan pantas aku menggeleng.
"Ha habis tu? Makanlah. Takkan kau nak mati kebuluran kat sini."
"Aish tak nak lah. Tak suka bubur!"
"Gedik lah kau. Habis tu nak makan apa? Chicken chop?" Kata eunwoo, malas.
Aku tersenyum manja. Kemudian aku mengangguk perlahan.
"Makan bubur tu dulu."
"Taknak."
"Makan."
"Taknak lah."
"Makan lah weh."
"Tak--"
"Makan, please?"
Jap. Tu bukan suara eunwoo.
Aku menoleh ke belakang.
Taehyung?
"T--tae.. Apa kau--"
"Hyung, benarkan saya jumpa jae eun sekejap? Kejap je." Taehyung tersenyum kekok.
Aku memandang eunwoo yang kebetulan memandangku juga.
"Arraseo.."
AISHH AJSJSKASJSK ASAL DIA BAGI GREEN LIGHT PULEK.
Aku memutarkan bebola mataku. Aku yang tadinya duduk bersila di atas katil mula membetulkan posisi untuk baring.
Kerusi plastik yang berada di tepi katil ditarik oleh taehyung dengan perlahan.
"Makan lah."
Aku tidak menjawab. Tidak menggeleng mahupun mengangguk. Hanya diam terkaku di atas katil.
"Kalau kau sayangkan aku, kau akan makan."
Kata kata taehyung hanya aku endahkan.
"Jae eun, pusing lah weh. Makan. Aku rindukan kau." Tiap bait kata kata taehyung aku dengarkan. Semuanya dia kata dengan jelas.
"Kau tak rindukan aku ke?"
"..."
"Hahaha, aku rindu kau weh." Taehyung mulai ketawa. Aku tahu, tu ketawa palsu.
Ada ke ketawa sambil tarik hingus? Ada ke weh?
"Aku sayangkan kau tapi dalam masa yang sama aku bencikan kau." Taehyung berhenti ketawa. Semuanya cukup sunyi. Hanya bunyi kipas yang berada di siling sahaja kedengaran.
Benci?
Benci tapi sayang ke acaner ni HAHHAAHAHA k staph it.
Aku menghela nafas kemudian berpaling menghadapnya.
Taehyung sedikit tersentak. Kemudian dia menyambung kata katanya.
"Aku benci kau sakit macam ni. Aku benci. Aku tak suka. Bila kau nak sembuh macam dulu?" Taehyung melemparkan pandangannya ke luar tingkap.
"Aku dah sembuh lah. Aku penat je ni. Everything's fine--"
"Boleh tak berhenti menipu?" kelopak mata taehyung kelihatan bersinar. Dia mengetap bibirnya.
"Hey. Janganlah nangis. Aku ok lah." Aku menarik senyum.
Taehyung memandang aku semula. Dia turut tersenyum nipis.
Air mata taehyung aku lap menggunakan ibu jari milikku.
Taehyung menepis dan mengelakkan jariku dari menyeka air matanya.
"But you're crying too."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top