Trente-quatre

Kenapa makin hari makin complicated? Ugh.

"Dah dah lah tu. Move on lah." Eunwoo menyiku aku yang sedang termenung.

"Aish kau tak faham lah situasi dia macam mana." Aku mendengus perlahan. Hot chocolate yang berada di atas meja hanya mampu aku tenung.

"Listen girl. Aku abang kau. Aku bertanggungjawab untuk protect kau dan eunbi.." Dia memandang eunbi yang leka bermain lego kemudian mengalihkan pandangannya ke arahku semula.

"So, masalah kau, masalah aku jugak. Ok?" sambungnya lalu menghirup hot chocolate miliknya.

Aku berdecit. Kemudian dia menoleh. Perlahan lahan, keningnya diangkat. Senyuman turut diukirkan.

"Aku nak minta bantuan kau, boleh?" Matanya sengaja dikerdipkan.

"Hmm." Setelah sekian lamanya, akhirnya hot chocolate ku aku hirup perlahan.

"Tolong cari kan aku perempuan lawa. Kau kan banyak kawan lawa. Siapa nama dia? Seulgi?" katanya sambil tersengih.

Secara tak sengajanya, minuman aku tersembur.

Seulgi?

Maksud dia,

Seulgila?!

"Wadepak girl!" Jeritnya sedikit kuat, matanya membuntang luas.

"Pftt, ok sorry." dengan sedaya upaya aku tahan gelak aku.

"So macam mana?"

"Macam mana apa?"

"Kenalkan lah aku dengan seulgi tu. Dia kan lawa." Eunwoo tersenyum sampai ke telinga.

"Ya, lawa sangat." jawabku, sedikit sarkastik.

"Kau rasa dia akan terima aku tak? Semestinya lah kan. Sebab aku ni kacak lagi bergaya. Ntah ntah kau pun terpikat dengan aku." Katanya dengan sedikit riak dan takbur.

"Jangan perasan boleh tak?" Aku menjeling eunwoo sekilas.

Ada abang pun perangai macam haram jadah.

"Eh aku cakap perkara yang betul kan?"

"Dia dah ada teman lelaki lah." Jawabku acuh tak acuh. Senyuman eunwoo mulai pudar.

"Em tak pe lah. Perempuan lain kan ada! What about.. Hayoung?"

UFUFUF.

"Buaya darat sungguh."

"What? Aku cari yang single. Aku tak pilih paras rupa ok. Aku pilih dari hati dia." Gumamnya dengan ayat yang klishe nak mati.

"Kau tak pernah jumpa dia pun. Muka pun tak pernah nampak. Tch."

"Haritu aku stalk ig dia dan aku.. Jatuh cinta dari ig. Terima kasih daun keladi kepada ig. Tolong aku weh mana lah tahu ada jodoh." sekali lagi, eunwoo tersenyum sumbing.

"Jodoh kepala kau."

¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯

Taehyung's pov﹁

"Hyung.."

"Apa?" Jawab suga hyung, acuh tak acuh. Matanya masih tidak lari dari memandang telefon pintar miliknya.

"Aku nak tanya sesuatu, boleh?"

"Tanya lah." Jawabnya lagi. Perkataannya jelas sekali dalam keadaan yang mendatar.

"Suga hyung masih suka Jae--"

Telefon dilepaskan. Suga hyung mulai memandang aku. Mukanya kelihatan dingin, sama macam dahulu.

"Jangan sebut nama perempuan tu. Aku.. B--benci.." Dia menghela nafas panjang. Sesekali kedengaran dia mengeluh.

"Tolong jangan siksa dia hyung.."

"Siksa? Huh? Maksud kau? Sejak bila aku siksa dia?" Suga hyung tersenyum sinis.

"Dia masih sayangkan hyung. Dia tak curang p--"

"Kau tak tahu apa apa! Heol!" Kolar bajuku ditarik dengan pantas. Genggaman suga hyung yang sangat erat dapat aku rasakan.

"Kau jangan sibuk urusan aku. Bukan masalah kau." Matanya tajam menikam mataku.

"Apa salah dia hyung?"

"Bukan masalah--"

"Hyung tak sayangkan dia ke?" Dengan pantas aku mencelah.

"Aku tak sayangkan perempuan--"

"Tolonglah hyung. Hyung tak kesian kan dia ke? Suga hyung nak tak kalau dia mati nan--"

Sebuah tamparan singgah di pipiku. Sedikit cecair hangat yang keluar dari celah bibir dapat aku rasakan.

"Jangan cakap perkataan tu." Suga hyung menggepal penumbuknya. Dia memandang aku dengan perasaan amarah yang mendalam.

Darah yang keluar dari bibirku tadi aku lap dengan laju. Kemudian bibirku perlahan lahan mengukirkan sebuah senyuman, sinis.

"Betullah tekaan aku selama ni. Hyung masih sayangkan dia."

++

Aku menilik jam yang berada di tangan. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi, dan aku akan pergi untuk selamanya.

Aku rasa bersalah, sebab aku tak dapat luahkan semua perasaan aku dekat suga sehinggakan dia dan seulgi bersama semula.

Kenapa aku rasa aku macam orang ketiga?

Aku ni betul betul pemusnah hubungan orang ke?

"Awak ok?"

Aku memandang empunya suara tersebut.

Kang seulna.

"Seulna? Awak buat apa kat sini?" tanyaku, dengan soalan yang tidak logik.

"Saja. Tiba tiba rindu tempat ni." Seulna menarik senyum yang lebar. Seketika dia memandang aku.

"Kenapa tak kerja? Ada masalah ke?" sambungnya dalam bentuk soalan.

"Em, tak ada lah. Sengaja je nak berhenti kejap." aku tersenyum nipis.

"Awak tahu tak? Adam tu tengah rindukan awak. Kakak badut cantik katanya." Seulna tersengih secara tiba tiba.

"Oh. Maafkan sa--"

"Tak apa." Belakangku digosoknya perlahan.

Dan tanpa aku sangka, aku terbatuk. Lebih teruk dari sebelum ni.

Aku terbatuk tanpa henti.

Aku memandang seulna yang memandangku dengan muka pucat dan risau.

Dia memandang sekeliling dan seketika dia memandang aku.

"Tolong!"

Katanya sebelum semua pandangan aku gelap.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top