Trente-neuf

"T—tae?"

Taehyung mengukirkan senyuman sebaik sahaja melihat aku dan hayoung.

"Kau buat apa kat—"

"terlalu panjang untuk diceritakan. Masuklah." Pelawa taehyung sekali gus membuatkan aku sedikit terkejut.

Apa maksud dia, terlalu panjang untuk diceritakan?

Sesampainya di dalam wad pesakit tadi, kelihatan sesusuk tubuh lelaki tua yang terlantar di atas katil. Berjenis jenis wayar berada di tangan lelaki itu. Dia baring membelakangkan kami.

Hayoung menggerakkan kerusi roda milikku ke arah lelaki tua tersebut. Riak wajah hayoung dan taehyung kelihatan tenang sahaja.

"Weh, siapa lelaki ni?" soalku dalam keadaan yang mengejut. Kerusi roda yang digerakkan oleh hayoung aku tahan menggunakan kakiku.

Taehyung dan Hayoung hanya senyum segaris. Tiada jawapan diberikan.

"Ni atuk kau ke tae?" tanyaku lagi. Taehyung menggeleng kecil. Senyuman masih tidak hilang di bibir.

"Jadi?" sambungku sepatah.

Aku menoleh ke arah lelaki tersebut sebaik sahaja jawapan langsung tidak diberikan.

Entah kenapa, rasa takut mulai menerpa diri.

Tapi dalam masa yang sama, aku rasa tenang.

"Appa.."

Tiada jawapan diberikan.

"Appa.. Jae Eun rindu appa.."

"..."

"Ap—"

Tanganku diraihnya perlahan. Tanganku dan tangannya kini mulai bertaut. Tetapi matanya masih terpejam rapat.

"Jae eun.. Anak Appa.." Ujarnya dalam nada yang perlahan.

"Appa.. Maaf—"

"Maafkan appa.. Appa jahat. Appa kejam. Appa bukan appa yang baik."

"tak—"

"Dulu appa pernah cakap yang appa nak jual Eun. Nampak tak betapa kejamnya appa? Appa terlalu sibuk dengan permainan haram tu sehinggakan appa lupa yang appa perlu jaga kamu bertiga."

"Appa.."

"Appa dera Eun. Appa paksa Eun bagi appa duit. Sepatutnya duit tu, appa yang berikan untuk Eun. Untuk perbelanjaan sekolah Eun. Tapi nampak tak apa yang appa buat? Appa pukul Eun. Appa dera Eun sama macam appa dera eomma eun dulu.."

"Eun dah—"

"Appa lah penyebab eomma kamu mati. Appa ni bodoh. Appa terlalu pentingkan diri sendiri. Appa alpa. Appa terlalu sibukkan diri dengan perkara yang sia sia. Appa ni pembunuh."

Dengan pantas aku memeluk appa. Aku rindu appa sangat sangat. Aku rindu pelukan appa. Syukurlah, appa dah sedar semua kesalahan dia.

"Appa.. perkara dah jadi pun kan? Appa janganlah ungkit balik semua tu. Yang penting appa dah sedar semua kesalahan appa." Aku menangis sepuasnya dalam dakapan appa. Walaupun aku masih rindukan eomma, tapi aku perlu sedar yang aku masih ada appa. Walaupun appa tiri.

"Eun, kalau eun masih rasa appa ni jahat, pukullah appa. Appa sanggup. Asalkan Eun boleh maafkan appa.." sambung appa dalam nada yang cukup perlahan.

"T—"

"Kami semua dah lama maafkan appa. Appa tak perlulah risau sangat." Jelas Eunwoo lalu memeluk aku dan appa. Begitu juga dengan Eunbi.

"Appa dah jatuh miskin. Nak tahu tak appa kerja apa?" Appa memecahkan kesunyian sekali gus meleraikan pelukan.

"Tukang kebun?" Soal eunwoo. Dahinya berkerut.

Appa tersenyum lalu menggeleng.

"Eunbi tahu! Mesti appa kerja polis kan! hehe." Eunbi tersengih.

Appa tertawa kecil. Pipi eunbi ditarik perlahan.

"Kalau boleh, appa dah lama dah jadi polis. Tapi appa dah tak boleh jadi polis. Appa kan dah tua." Senyuman masih terukir di bibir appa.

"Habis tu? Appa kerja apa sekarang ni?" Eunwoo membuka bicara.

Appa menghela nafas kecil. "Penjual aiskrim je." kemudian appa kembali tersenyum.

"Ok lah tu! Asalkan appa dapat rezeki dari kerja yang baik." Eunwoo tersenyum nipis.

"Eun nak tahu sesuatu tak?" Appa meraih tangan ku secara tiba tiba.

"Apa dia?"

"Eun masih ingat tak ahjusshi yang jual aiskrim kat taman hari tu?"

Aku mengangguk kecil.

"Appa lah tu. Appa tak mengaku sebab appa malu.."

"Eun dah lama dah tahu." Aku tersengih.

"Happy family! Sukanya!" Hayoung mencelah. Dia memandang kami berempat lalu tersenyum.

"Ey. Dah lah prank aku tak nak bagitahu." Aku menjeling hayoung sekilas.

"Eh apa aku pulak? Tanya Tae. Dia ni yang tetiba nak prank." Hayoung menunjuk ke arah taehyung. Taehyung tersenyum petak.

——————

No one's POV—

"Ya? Syukurlah kalau macam tu. Nanti saya datang lawat dia lagi." Ujar seorang wanita lalu mematikan talian. Senyuman masih tidak hilang di bibir.

"Nak lawat siapa?"

"S—seulgi.."

"Unnie nak lawat siapa?" Soal seulgi sambil memerhati kakaknya, seulna.

"Kawan." Jawab seulna pendek.

"Siapa?"

"Bukan hal kau. Dah lah—"

"Unnie still marahkan seulgi ke?" Tangan seulna diraih pantas.

"N—"

"Maafkan seulgi. Seulgi minta maaf sangat sangat. Mianhae. Seulgi—"

Seulgi terus terbenam dalam dakapan seulna.

"Aku dah lama maafkan. Tak payahlah risau sangat." Bukan seulna seraya menepuk belakang seulgi. Seulgi hanya mampu tersenyum.

"Unnie.."

"Nae?"

"Nanti boleh tak temankan seulgi lawat kawan kat hospital Seoul?"

Dengan serta merta seulna meleraikan pelukan tadi.

"S—siapa?"

"Jae Eun. Park Jae Eun."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top