Trente et un

"Aku sayangkan kau sampai bunga besi tu mati."

"Aku tak akan pernah berhenti sayangkan kau."

Aku memandang kosong bunga besi yang berada di atas meja.

Kau kata kau sayangkan aku.

Tapi kenapa kau tengking aku dan terima seulgi?

Tak.

Aku rasa aku yang akan mati dulu.

Telefon pintar yang berada di dalam poket berbunyi. Aku mengangkatnya dengan malas.

"Yeoboseyo?"

"Weh lepak weh jom!" Katanya separuh berteriak. Aku menjauhkan telefon dari gegendang telinga.

"Lepak?"

"Haah weh jom lah jom lah jom lah!" Pujuknya dalam nada yang gedik.

"Lepak kat mana?"

"Tak tahu lagi tapi kitorang rancang nak lepak! Jom jom jom!" Suaranya semakin membingitkan telingaku.

"Siapa siapa je?"

"Aku, Jin hyung, kook, tae, namjoon, jimin ngan suga hyung."

Suga?

"Eh tak a--"

"Datang atau kita putus kawan ok bye!" Ujarnya lalu mematikan talian.

Tak apa ke kalau aku datang?

--

Aku menekan loceng dorm dan sejurus itu pintu dorm dibuka oleh seseorang.

"Ha datang pun kau. Masuk lah." Ujar Jhope seraya mengajak aku masuk ke dalam.

Langkah aku terhenti sebaik melihat seulgi yang tengah duduk di sebelah suga.

Hati aku terguris.

Sakit sangat.

"Hahaha. Pandai lah oppa buat lawak. Ni yang seulgi makin sayang oppa ni!" Seulgi ketawa tersipu sipu malu sambil memukul perlahan lengan suga.

Suga hanya tersenyum lalu menggosok tengkuknya.

"Kenapa berdiri kat situ? Mari lah duduk kejap. Kitorang tengah tunggu jin hyung bersiap. Lama betul mengalahkan perempuan."

Lamunan ku terhenti apabila Jungkook memanggil aku.

Sejurus itu semua mata memandang aku termasuk suga dan seulgi.

Seulgi memandang aku sekilas lalu tersenyum sinis manakala suga hanya menjeling aku.

Hina sangat ke kalau aku ada kat sini?

"Err. Tak apa lah. Biar aku tunggu je kat luar." Aku menarik senyum seraya melangkah ke luar.

Kenapa seulgi perlu ada?

--

Di sepanjang perjalanan, aku hanya mendiamkan diri. Hanya kaki sahaja yang berjalan.

"Aduh hyung. Panaslah. Asal tak naik kereta je. Kang tak pasal pasal kook jadi senandung pula." Jungkook mengipaskan dirinya menggunakan tangan.

"Hyung lupa isi minyak." Namjoon tersengih.

"Bukan kau memang senandung ke?" Bidas jimin pula.

Taehyung, seokjin dan hoseok hanya mampu ketawa.

"Ergh oppa.. Panaslah. Tak ada payung ke? Kaki seulgi pun dah sakit. Asyik berjalan je. Bila nak sampai ni?" Keluh seulgi lalu memautkan tangannya pada lengan suga.

"Err, sabar lah. Kejap lagi sampai lah tu kot." Jelas Suga sedikit kekok.

"Aishh. Kaki seulgi dah sakit sangat. Sia sia je seulgi pakai losyen tadi. Makin hi--"

"Kau boleh diam merungut tak perempuan? Bising lah!" Tengking jungkook dari hadapan.

"Oppa.. Tengok j--"

"Seulgi. Sabar sikit boleh kan? Kejap lagi sampai lah tu." Suga kata dengan perlahan tapi masih boleh kedengaran.

Seulgi hanya mampu mengeluh.

"Kita sebenarnya nak pergi mana ni?" Tanya hoseok memecahkan kesunyian selama dua minit.

"Baskin robbins! Fuh, kalau makan aiskrim panas panas macam ni mesti syok kan." Taehyung bertepuk tangan.

"Yang kau gembira sangat ni apasal?" Tanya Jimin.

"Aku bagi cadangan je kan." Taehyung menjeling jimin. Dan jimin menjeling taehyung.

Ha bagus lah tu. Jeling jeling.

"Jae Eun? Nak tak makan baskin robbins?" Soal Hoseok kepadaku. Dia memandangku lalu berjalan mengundur.

"Er.. Mana mana je lah." Aku memaparkan senyumanku.

"Asal kau tak tanya aku?! Aku yang kepanasan kat sini kau elok tanya betina tu kenapa?! Dia tu tahan lah even mati kepanasan kat situ. Sebab badan dia macam jantan!" Langkah seulgi terhenti. Tengkingannya cukup membuatkan bahuku terhinjut.

"Shut up, you slut! He didn't ask you." Namjoon mencelah.

Suga hanya mendiamkan diri.

Semua masalah ni mesti berpunca dari aku kan?

--

"Kau nak makan aiskrim perisa apa? Biar aku orderkan." Soal Jhope.

"Er.. Mana mana je." Aku tersengih.

Asal rasa janggal huh?

"Betul ni?" Tanyanya dengan prihatin sekali lagi.

"Dia cakap mana mana je kan? Kau bagi lah dia kayu pun dia still makan. Em, aku dengan suga oppa nak perisa very berry strawberry." Seulgi terus memautkan tangannya ke lengan suga.

"Suga hyung bukan biasanya makan perisa mint ke--"

"Kau diam! Apa yang aku makan, suga oppa pun makan juga." Seulgi memotong perkataan Jungkook dengan pantas.

Jungkook hanya menjeling seulgi sekilas.

"Ha cepat lah. Yang kau duduk tercegat kat situ kenapa? Aku dah kepanasan dah kat sini ni." Seulgi mengeluh sekali lagi.

Dengan malasnya, jhope berjalan lalu memesan beberapa aiskrim.

"Um, oppa. Jom keluar? Kat sini still panas lah." Pujuk Seulgi.

"Kat sini sejuk lah. Kat luar yang panas." Jawab Suga acuh tak acuh.

"Jebal?"

"Hyung, kau bawa je lah dia keluar. Kang terbakar pula dia kat sini." Perli jimin. Telefon yang berada di tangannya masih tidak dilepaskan.

"Haah hyung. Kalau kau tak bawa dia keluar, makin membebel pula." Bidas jungkook pula.

"Aish arraseo. Kajja."

Dengan perlahan lahan suga dan seulgi keluar.

"Kenapalah suga hyung buat tindakan melulu macam tu? Dia dengan minah psiko tu bukan sesuai pun." Jungkook bersuara selepas suga dan seulgi beredar.

"Ye weh. Aku lebih rela Jae Eun jadi kakak ipar aku dari seulgi. Ew." Sambung Jimin pula.

Aku hanya mampu mendengar. Aku tak nak buka mulut. Aku malas.

"Asal kau senyap memanjang je ni?" Jimin mencuit bahuku.

Aku menarik senyum lalu menggeleng.

"Kau ada masalah ke? Share je. Kitorang sanggup dengar." Jelas jin seraya memandangku.

Manakala jungkook, jimin dan namjoon hanya mengangguk anggukkan kepala mereka.

"Tak ada lah. Aku ok je." Jawabku pendek.

"Tak. Kau tak ok. Aku kenal kau bukannya sehari dua. Aku kenal kau dah bertahun tahun dah." Ujar Taehyung. Dia memandangku serius.

"Ye, tapi aku ok je lah. Mana ada masalah." Aku tersengih.

"Kenapa kau dengan suga hyung, putus?" Kali ini, namjoon berbicara.

"Sejak bila--"

"Aduh. Oppa. Cepatlah! Lambatnya jalan."

Kata kataku terhenti sebaik sahaja seulgi mulai masuk ke dalam. Tengkingannya kepada suga sudah cukup membuatkan orang sekeliling memerhati mereka berdua.

Tangan seulgi tidak terlepas dari lengan suga.

Kemudian, kedua dua mereka mengambil tempat dan duduk di hadapanku.

"Oppa, boleh tak kita duduk kat sana? Kat sini masih panas lah. Seulgi tak dapat oksigen yang cukup." Seulgi mencebik.

"Kita baru je duduk kan?" Jawab suga pendek.

"Aish oppa.. Oppa nak tak seulgi mati kepanasan kat sini? Okay fine!" Seulgi menyilangkan tangannya di atas dada.

"Kalau kau mati pun, kau ingat suga hyung kisah ke? Dia still sayangkan jae--"

"Dia cakap nak pindah tempat je kan kook? Yang kau nak tengking tengking dia kenapa? Dah lah kook, jangan layan seulgi macam sampah." Suga berdiri dan diikuti oleh seulgi.

Seulgi memandang kami tajam lalu tersenyum sinis.

"Eh hyung? Asal berdiri ni?" Sergah jhope secara tiba tiba.

Jhope menatang beberapa jenis aiskrim yang pelbagai perisa di atas dulang.

"Duduklah. Aiskrim dah nak cair ni." Sambung Jhope lalu meletakkan dulang tadi di atas meja.

"Kitorang nak duduk kat sana so yeah, thank you." Seulgi mengambil dua aiskrim berperisa strawberry lalu membawanya ke meja yang lain.

Suga yang kelihatan seperti hamba abdinya hanya menurut lalu duduk.

"Kau tak kisah ke? Aku dah orderkan aiskrim perisa mint untuk kau." Riak wajah jhope kelihatan risau.

"Eh tak apa lah. Lagipun, aku memang suka aiskrim perisa mint." Aku tersengih. Aku mengambil aiskrim berperisa mint tadi lalu aku suakan ke dalam mulutku.

Dari jarak yang jauh, aku nampak suga hanya menyuakan sesudu aiskrim ke dalam mulutnya.

Dan tanpa aku sangka, mata kami bertembung. Perlahan lahan, dia mengukirkan senyumannya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top