Trente-cinq
Seulna's pov
"Tolong ambilkan adam dekat taska. Saya ada dekat hospital sekarang ni." Kataku sebelum aku menutup panggilan.
Aku menghela nafas perlahan.
Kenapa batuk dia tadi teruk sangat? Dia ada penyakit ke?
"Cik ni keluarga bagi pesakit yang bernama Park Jae Eun ke?"
Lamunan ku terhenti.
Seorang doktor yang lengkap pakejnya datang ke arahku. Kaca matanya sempat dibetulkan.
Aku menggeleng kecil. "Tapi saya k--kawan dia." Bohongku.
"Tak ada ke keluarga dia yang datang?" Soal doktor itu lagi. Riak wajahnya mulai bertukar serius.
"T--tak.."
Dia menghela nafas seketika lalu memandang aku.
"Sila ikut saya. Ada hal yang nak dibincangkan."
____________
Seminggu sudah berlalu. Aku berulang alik ke hospital untuk melawat Jae Eun.
Walaupun aku tak terlalu kenal dia, tapi terbit rasa belas kasihan dari lubuk hati bila aku dapat tahu yang dia ada kanser hati, tahap 3.
Dia masih tidak sedarkan diri. Dia cuma perlukan rehat. Bukan tenat mahupun koma.
"Dia dah bangun ke?"
Aku menoleh sebaik sahaja gerangan tersebut bersuara.
"Belum lagi.."
"Kau balik lah dulu. Biar aku uruskan adik aku kat sini. Mesti kau penat kan?" Eunwoo mengukirkan senyumannya.
Eumbi yang masih kecil dan mentah aku pandang dengan perasaan yang geram. Comel! Pipinya yang gebu cukup membuatkan aku bertambah geram.
Hanya aku dan eunwoo sahaja yang tahu tentang Jae Eun. Aku kenal eunwoo pun bila dia call Jae Eun.
Flashback
Telefon pintar milik Jae Eun berbunyi untuk kali yang kelima. Walaupun mod telah ditukarkan kepada silent, tapi nombor milik lelaki tersebut asyik muncul di skrin.
Aku mengalah dan akhirnya aku menjawab.
"Yeo--"
"Jae eun! Kenapa kau tak balik lagi?! Kau ok tak?! Kau kat mana?! Kat luar tu sejuk weh balik lah cepat!" dengan segera aku menjauhkan jarak telefon tadi dari gegendang telinga.
"Weh jawab lah!" Sambungnya lagi. Kedengaran sedikit nada kerisauan.
"M--maaf tapi saya bukan Jae--"
"Kau siapa?! Kau penculik ke?! Bagi balik adik aku sebelum aku call polis!"
"T--tak, s--saya.."
"Bagi balik adik aku!"
"Err.."
"Suara comel tapi perangai macam hanat--"
"Saya bukan penculik! Saya kawan kepada Jae Eun. Dia pengsan tadi. Sekarang dia ada dekat hospital.." jawabku dengan satu lafaz.
"Hospital?! Kau buat apa dengan dia?! Weh hospital mana? Location cepat hantar location!"
↜↜
"Tak apa. Saya ok. Biar lah saya jaga dia dulu."
"Balik je lah penculik. Aku tahu kau penat. Tak payah nak acah sangat. Tch." Eunwoo berdecit.
"Saya bukan pencu--"
Tiba tiba aku ditolak dan akhirnya aku terjatuh dari kerusi.
"Balik. Aku tak nak tanggung kalau kau terpengsan kat sini." Matanya masih tidak lari dari memandang muka pucat Jae Eun.
Kemudian dia menjelingku sekilas. Matanya dan mataku sempat bertembung.
"Balik lah kau." Dengan pantas dia mengalihkan pandangannya dan memandang Jae Eun semula.
Asal aku dugeun dugeun ni?!
"Aish arraseo."
++
Taehyung's pov
Kenapa aku rasa macam tak sedap hati sejak kebelakangan ni?
Khabar Jae Eun pun ntah macam mana.
Eunwoo tak ada bagitahu apa apa pun pasal dia.
Tiba tiba bahuku dilanggar dengan kuat. Aish asal pulak ni?!
Niat aku untuk mencarut terbatas bila nampak sesusuk tubuh pakcik tua yang terjatuh tepat di sebelah kiri ku.
Aku melutut di hadapannya. Pakcik tua tadi hanya mampu mengurut dadanya.
Eh dada ke yang kena lantai? Halah pakcik ni.
"Ahjusshi ok ke?" Soalku. Bahunya aku sentuh.
Tidak sampai untuk beberapa saat, tanganku ditepisnya kuat.
Haih pakcik ni kang keluar silat aku kang susah lak.
"Ahjusshi?"
Sekali lagi, dia tidak menyahut. Dia hanya mampu mengurut dadanya.
"Ahju--" ayatku terhenti seketika apabila pakcik tadi mengangkat mukanya.
Kecilnya dunia ni weh ffuhh.
"Ahjusshi.. Park?!"
Pakcik tadi menarik senyumnya. Perlahan lahan dia mengangguk.
"Macam mana ahjusshi boleh jadi macam ni?" Soalku sedikit risau.
"J--Jae Eun macam mana?"
Soalanku hanya dibiarkan. Gilirannya pula menanya soalan.
"S--saya.."
"Boleh bawa ahjusshi jumpa Jae Eun?" senyuman ahjusshi park masih tidak pudar.
"D--dia.."
"Boleh kan? Ahjusshi nak minta maaf d--dengan dia.." Seketika dia menunduk.
"B--boleh.. Tapi ahjusshi kena pergi klinik du--"
"T--tak apa. Ahjusshi tak apa apa. Jatuh sikit je ni."
"Sikit apa nya ahjusshi? Berdarah tu. Nanti kalau dibiarkan, makin teruk lah luka kat lutut ahjusshi." Bebelku sambil membetulkan posisiku.
"Mari saya bantu."
Aku membantu ahjusshi park dengan menolongnya untuk bangun. Tangannya aku pimpin erat untuk membolehkan dia berdiri dengan stabil dan seimbang.
--
Mesej yang dihantar oleh Dino hanya aku biarkan. Untuk seketika, mesej yang baru sahaja diberikannya kepada ku cukup membuatkan aku menjadi bertambah risau.
"Aku masih tak dapat berita apa apa tentang Jae Eun. Abang dia pulak, hilang ntah ke mana. Rumah dia kosong."
Aku menghela nafas seketika.
Kau kat mana Jae Eun?
Ayah Jae Eun disarankan untuk berehat seketika di hospital seoul disebabkan umurnya yang semakin melonjak dan kakinya yang tidak sekuat yang dahulu.
Kadang kadang aku rasa bersalah mulai muncul secara tiba tiba bila aku teringat yang aku pernah tumbuk ahjusshi park.
Aku tersengih sendiri, seperti orang yang tidak waras. Secara tiba tiba aku turut teringatkan kisah aku dan Jae Eun yang pergi ke amusement park. Balik sekolah berkejar kejar seperti orang gila.
Ya, aku rindukan dia.
Tapi malangnya, cinta aku hanya bertepuk sebelah tangan.
Tapi tak apa, asalkan dia bahagia.
Angin lembut yang menyapa di mukaku hanya aku biarkan. Entah kenapa, suasana di hospital lebih menenangkan berbanding suasana di bandar.
Aku mula menapak masuk ke dalam taman mini yang berada tidak jauh dari wad wad yang lainnya.
Aku melabuhkan punggungku di atas bangku kayu yang tepat terletak di bawah pokok.
Seorang perempuan yang berada beberapa meter dari tempat duduk ku hanya aku pandang sekilas sebelum aku betul betul perasan wajahnya.
Takkanlah dia ni,
Seulgi?
Aku berdiri dan bertujuan untuk datang ke arahnya. Apa tujuan dia datang sini? Siapa sakit? Mana suga hyung? Bukan biasanya dia dan suga hyung berkepit ke?
Tapi tidak semudah itu sebelum sebuah panggilan mulai diangkatnya dengan pantas.
"Apa?! Jae eun dah sedar?!" Matanya terbuntang luas. Senyumannya mulai terukir lebar.
Jae eun?
Park jae eun?
Aku tak salah dengar kan?
Sedar?
Sedar apa ni?
Jae eun sakit ke?
"Baiklah! Saya datang sekarang juga!" Dia terus mematikan panggilan. Telefon pintarnya diletakkan dengan cermat di dalam beg sandangnya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top