Trente

"Kau nak pergi mana ni?" Soal Eunwoo lembut.

"Sekolah." Jawabku pendek. Aku membetulkan pakaian seragam sekolahku.

"Tak payah. Duduk rumah diam diam. Kau pun tahu kan yang kau sakit."

"Tapi.. Aku rindu kawan kawan aku." Aku mengeluh nafas panjang.

"Aku faham. Tapi kau kan sakit. Kau tengah bertarung dengan nyawa kau sekarang. Nanti kau pengsan tengah jalan macam mana?"

"Tak apa. Aku ok." Aku menarik senyum.

"Tak.. Kau tak--"

"Sekali ni je. Boleh kan? Aku nak tengok kawan kawan aku untuk kali tera--." Dengan pantas aku memotong ayat eunwoo tetapi eunwoo turut mencelah ayatku.

"Jangan cakap perkataan tu. Aku benci."

"Hmm. Kalau macam tu.." Sambung nya lagi.

Aku sedia menanti jawapan dan akhirnya dia mengangguk.

"Hati hati tau."

"Yelah aku tahu."

--

Aku berjalan kaki menuju ke sekolah. Kekok? Ya. Tipulah kalau aku cakap yang aku tak kekok jalan dengan baju sekolah yang lengkap.

Sebab, dah nak hampir sebulan lebih dah aku tak pakai baju seragam sekolah.

Tiba tiba belakangku dipeluk dari belakang.

Aku menoleh dan,

"Kitorang rindu kau!" Taehyung mengeratkan lagi pelukannya.

Taehyung peluk aku?

Perlahan lahan, pelukan tersebut terlerai.

"Kau pergi mana selama ni weh? Tahu tak hidup kitorang merana selama kau tak ada?" Namjoon mengeluh nafas panjang.

"M--merana?"

"Haah. Semenjak kau tak ada, suga hyung asyik murung je. Makan tak nak minum tak nak. Dia rindukan kau weh." kata Jimin dengan penuh bersemangat.

Rindu?

Hari tu je dia tengking aku?

"Tapi kan.. Suga hyung asyik cakap perkataan curang." Jungkook tiba tiba mencelah.

"Eh haah lah! Aku pun sedar jugak!" Jin mula bersuara.

Curang?

Confirm dia cakap pasal aku.

Kenapa dia langsung tak nak penjelasan yang sah dari mulut aku sendiri?

"Abaikan je lah tu! Kau nak tak jumpa suga hyung ni?" Jhope tersenyum sampai ke telinga.

Comel.

Aku menggeleng kecil. "Tak apa lah. Nanti aku jumpa dia."

Senyuman Jhope mulai pudar.

"Hmm, betul ni? Biar lah suga hyung jumpa kau. Jadi dia lebih bersemangat hari ni."

"T--tak apa.." Aku tersenyum pahit.

Aku segan nak jumpa suga semenjak dia tengking aku hari tu. Gambar tu, hanya salah faham. Aku tak sempat nak jelaskan.

"Tapi--"

"Dahlah hyung. Kan dia tak nak? Jangan lah paksa dia." Taehyung memotong ayat Jhope dengan pantas.

"Ye lah. Aku masuk kelas dulu. Jangan lambat sangat tau masuk kelas. Nanti luhan duk membebel. Nak bernanah telinga aku dengar." Gumam Jhope seraya meninggalkan aku dan ahli ahli yang lain.

Ahli ahli yang lain turut mengikuti jhope dari belakang.

Kini, tinggal aku dan taehyung yang masih berdiri kekok di sini.

"Kau nak masuk kelas ke tak ni?" Taehyung memandang aku.

Aku hanya memandang kasutku kosong.

"Kau ok ke tak ni?"

Aku masih tidak berganjak. Soalan taehyung hanya aku biarkan.

"Tch, aku tahu. Kau tak ok. Kalau kau ada masalah, share je lah."

Dan sekali lagi, aku mengabaikan taehyung.

"Dah lah tu. Jom masuk kelas. Dah lambat dah ni." Taehyung duduk melutut di hadapanku. Aku memandangnya seketika.

"Ok.. Aku kekok je sebab dah banyak kali ponteng." Aku jawab dengan spontan.

"Betul ni?"

"Ish betul lah. Tak payah lah sampai nak berlutut depan aku macam tu. Lawak kau tahu?" Aku ketawa kecil.

"Aku sanggup berlutut dengan kau beribu kali pun asalkan kau tersenyum. Tak best lah nampak kau asyik murung je." Taehyung menampakkan senyuman kotaknya.

"Mengadalah kau."

"Mengada dengan kau je. Ha jom." Taehyung tersengih.

Aku dan Taehyung menapak ke dalam kawasan sekolah.

Dan seperti yang dijangka, luhan setia dengan buku disiplin yang berada di tangannya.

Dasar budak nerd.

Dah lah nerd, kejam pulak tu. Ha sila lah mampus ye.

"Eh nak pergi mana tu princess dan prince?" Luhan berteriak sedikit kuat. Aku dan taehyung menoleh.

"Kenapa lambat?"

"Bukan urusan kau." Taehyung jawab tiga patah.

"Aku tanya leklok jawab lah leklok. Ada jugak aku--"

"Kalau nak tulis nama kitorang tulis je lah. Aku rasa tahi telinga aku dah keluar dah sekarang ni." Bebel Taehyung seraya memegang pergelangan tanganku.

Luhan hanya menjeling kami sekilas lalu mencatat sesuatu.

"Kim Taehyung, dimerit 3."

"Bla bla bla." Taehyung menekup telinganya.

"Park Jae Eun, dimerit 7."

"Eh kau ni dah kenapa? Asal banyak sangat?! Kau memang me--"

"Me apa me? Ayammee? Mee goreng mamak? Mee maggi senang dimasak lazat dimakan?" Luhan menjungkitkan keningnya.

"Kau tak perlu jadi ketua pelajar kalau perangai kau hawau macam ni." Ujar Taehyung lalu menarik aku.

--

"Kau ok tak stay lama lama kat sini? Aku dah nak balik dah ni." Ujar Hayoung seraya mengemas backpack berwarna biru lautnya.

Aku hanya mengangguk.

"Jangan lama sangat. Hati hati tau. Jaga kesihatan kau. Bye!" Hayoung memeluk aku seketika lalu meninggalkan aku bersendirian di kelas.

Kepala aku mula pening. Mata aku rasa berat sangat sekarang ni.

Aku kena balik.

Dengan pantas, aku mengemas beg ku lalu menuju ke koridor.

"Oppa.. Jebal.. Mark betul betul nak bunuh keluarga seulgi. Oppa je yang mampu selamatkan seulgi dan keluarga seulgi.."

Langkahku mulai terhenti. Aku tak boleh dengar semua ni.

Tapi kenapa aku hati aku terdetik nak berhenti dan dengar semuanya?

Aku rasa macam nak rebah sekarang ni.

Kaki, tolong jalan.

"Aku tak--"

"Oppa hiks.. Seulgi tahu yang seulgi banyak buat salah.. Jebal.. Terima seulgi balik? Kita boleh buka buku baru." Seulgi kata dengan nada yang tersekat sekat.

Aku hanya mampu mendengar perbualan mereka. Aku tak boleh tengok. Aku hanya nak dengar dan balik.

Aku tahu suga takkan terima dia.

"Oppa.. Jebal.."

Seulgi semakin menangis teresak esak.

Mata aku semakin memberat. Aku nak pengsan sekarang ni. Aku tak larat.

Aku berjalan setapak dan,

"Aku terima kau semula."

Terima kasih atas semua perbualan bodoh yang baru mereka bincangkan tadi.

Aku mulai trauma.

Aku benci kau, suga.

Tapi aku masih sayangkan kau.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top