Quarante-deux

Eunwoo's POV

"Doktor! Doktor!" Laungku beberapa kali. Keadaan semakin haru biru apabila doktor yang aku panggil tadi berlari dengan pantas bersama beberapa orang jururawat.

Dalam keadaan yang cemas, kami masuk ke dalam wad Jae Eun. Ya, aku dah terlambat. Jae Eun telah terbaring di atas katilnya.

"Encik boleh keluar sekejap? Kami nak buat pemeriksaan—"

"Adik saya dah nak mati dah tu doktor! Pemeriksaan apa lagi?! Lakukan je lah pembedahan tu!" Tengkingku. Nafasku mulai tidak teratur.

Sakit bila aku nampak adik aku sendiri terlantar lemah.

"M—maaf tapi, ini kerja saya sebagai doktor." Jelasnya pendek.

Aku hanya mampu mengeluh dan keluar dengan lemah dari wad.

"Doktor bodoh." Gumamku sendiri.

——————

No one's POV—

"Cepatlah! Aish! Masa ni jugak jalan sesak!" Seungcheol menekan hon beberapa kali. Keadaan semakin tidak teratur apabila mereka semua berada dalam keadaan risau, marah, sedih dan tertekan.

"Kau serius ke yang Jae Eun dah pengsan?" Soal Dino. Matanya melirik ke arah Jeonghan yang memegang telefon pintar miliknya.

"Muka aku ni nampak macam main main ke hanat?" Jeonghan menjeling dino sekilas. Dino hanya mampu mengeluh begitu juga dengan ahli yang lain.

"A—aku tak sedap hati lah.." Woozi memandang luar tingkap, risau.

"Aku pun.." Sesekali joshua menghela nafas.

"Boleh tak ikut jalan pintas je?! Aku dah tak tahan lah macam ni!" Jerit minghao dari belakang van.

Seungcheol memandang minghao dan laluan yang sesak itu beberapa kali. "Haih asal aku tak terfikir ha?!" Seungcheol menepuk dahinya kemudian mengambil jalan pintas.

"Weh, kereta habis minyak.." Namjoon mengeluh. Dia menggosok tengkuknya beberapa kali.

"Aish jadi kita nak pergi hospital macam mana?!" Jin meraup wajahnya. Sesekali dia menjeling namjoon yang masih tersengih.

"Lari!" Jerit Taehyung kemudian dia berlari keluar dari dorm.

"Ha?"

"Lari pergi hospital! Laju weh laju!" Giliran jungkook pula yang berlari meninggalkan mereka berempat.

"Ikut je lah!" Jerit jimin sekali gus berlari pantas.

Hoseok, Namjoon dan Jin mengeluh kemudian mereka ikut berlari bersama sama.

——————

Eunwoo tidak senang duduk menunggu di luar wad kecemasan. Perasaannya bertambah risau apabila Jae Eun telah dimasukkan ke bilik pembedahan.

"Hyung!"

Eunwoo menoleh. Kelihatan Jungkook yang sedang berlari tercungap cungap ke arahnya. Begitu juga dengan ahli bangtan dan sebongs yang lain.

"Jae Eun m—macam mana?" Soal namjoon dalam keadaan tercungap cungap. Dia mengambil nafas beberapa kali.

"T—tak tahu.. Dia masih dalam bilik pembedahan." Eunwoo meraup wajahnya kasar.

"Kenapa korang tercungap cungap ni?" Woozi memandang keenam enam ahli bangtan yang terduduk di atas kerusi.

"K—kitorang lari pergi sini.." Jawab jimin dalam nada yang tersekat sekat.

"Kenapa pulak?" Hoshi memandang mereka dengan dahi yang berkerut.

"Namjoon ni ha. T—taknak isi minyak. Pemalas." Jin melap peluhnya menggunakan sapu tangan kecilnya yang berwarna pink.

"Kejap! Korang tak sedar ke yang someone is missing here?" Vernon mula menukar topik.

"Hayoung?" Mingyu memandang Vernon. Kemudian Vernon menggeleng kecil.

"Eunbi?" Soal Wonwoo pula. Sekali lagi, vernon menggeleng.

"Eunbi ada kat rumahlah! Dia tidur." Eunwoo menyampuk.

"Oh haa aku tahu! Ahjusshi Park!" Giliran jun pula yang bercakap.

"Lagi lah tak! Appa aku ada kat rumahlah dengan eunbi!" Eunwoo menumbuk bahu jun perlahan.

"Suga hyung.." Taehyung menunduk. Sesekali kedengaran dia menghela nafas.

Semua mata mulai melirik ke arah taehyung.

"Mana dia?" Soal jeonghan pelik. Manakala ahli yang lain menganggukkan kepala tanda menyokong soalan yang diberikan jeonghan.

"T—tak tahu.. Dia cakap dia ada hal penting tapi dia tak nak bagitahu pun apa hal tu." Taehyung mengeluh. Dia melemparkan pandangan ke arah bilik pembedahan.

"Aku risau.." Sambung taehyung lagi. Dia meraup wajahnya.

"Suga hyung pandai jaga diri. Kau tak payahlah risau sangat.." Hoseok menepuk nepuk belakang taehyung. Taehyung hanya senyum segaris.

Kasut tumit tinggi mulai kedengaran di cuping telinga masing masing. Kelihatan seulna dan seulgi yang berada dalam keadaan cemas sedang berjalan ke arah mereka.

Hayoung yang berkasut flat turut berada di belakang seulgi dan seulna.

"Jae eun macam mana?" Soal Seulna. Adam yang berada dalam ketakutan dipegang erat.

"Dia ada dalam bilik pembedahan.." Jawab Eunwoo perlahan.

"Dah berapa jam?" Seulgi pula menyoal. Eunwoo menghela nafas.

"2 jam setengah.." Eunwoo menarik senyum.

"Oh.."

"Ni anak siapa kau bawa ni seulgi? Tak puas lagi ke nak sakitkan hati Jae Eun?" Sinis Woozi tidak puas hati. Pandangan dingin dilemparkan ke arah seulna.

"A—awak dah salah faham ni.. Saya seulna, kakak seulgi.." Seulna menjawab dalam keadaan yang tergagap. Kemudian dia menarik senyum.

"O—oh.. Mian."

"Aku tak tahu pulak yang kau ada kembar. Asal tak roger eh?" Jin tertawa kecil. Kali ini, pandangan dilemparkan ke arah seulgi.

"Sorry.. I lupa nak bagitahu.." Seulgi menggosok tengkuknya perlahan.

"Apak ah sama do muka dorang. Kau boleh cam ke seulgi mana satu?!" Soal dino mengejut.

"Diam ah kau. Bising je mulut." Seungcheol menggulingkan bebola matanya. Menyampah dengan perangai dino yang terlebih nakal.

"Aku tanya je.."

Perlahan lahan pintu bilik pembedahan dikuak perlahan dari dalam. Kesemua mereka berdiri sebaik sahaja melihat doktor tadi keluar dari bilik.

"Adik saya! Doktor, adik saya macam mana?!" Soal eunwoo teruja. Dia berdiri tepat di hadapan doktor tersebut.

"Kawan saya! D—dia macam mana?!" Hayoung turut menyoal. Tangan miliknya dipegang erat. Sejuk.

"Pesakit ok. Semuanya berjalan dengan lancar. Cuma.."

"Cuma apa doktor?!" Giliran taehyung pula menujukan soalan.

"Dia perlu berehat dengan sepenuhnya. Saya harap semuanya berada dalam keadaan yang tenang." Doktor tadi membuka mask yang dipakainya. Beberapa orang jururawat mulai keluar dari bilik pembedahan.

"Kami boleh melawat sekarang ke doktor?" Eunwoo bertanya untuk kali yang kedua.

"Kena tunggu 2 jam lagi. Pesakit memerlukan istirehat yang cukup."

"Oh.."

"Em, doktor!" Laung eunwoo lagi. Doktor tadi menoleh ke belakang.

"Nae?" Dia mengukirkan senyuman.

"Boleh kami tahu siapa penderma tu?"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top