Quarante
Jae Eun's POV
Dua hari lagi. Ya, dua hari lagi sebelum pembedahan tu akan dilakukan. Walaupun doktor sendiri tak pasti yang semuanya akan berjalan dengan lancar.
Hampir dua bulan setengah doktor mencari siapa penderma yang sesuai dan hendak menawarkan diri, dan akhirnya ada gerangan yang sudi mendermakan sebahagian daripada organ miliknya untuk diberikan kepada aku.
Ya, siapa pun dia, tak kira lelaki mahupun perempuan, kalau pembedahan tu berjalan dengan lancar, aku akan peluk dia dengan erat. Erat sangat sebab sanggup dermakan organ dia untuk orang macam aku.
"Eun.."
Aku menoleh. Dan ya sudah pasti, ianya min yoongi.
Sejak kebelakangan ni, dia kerap lawat aku. Sikap dia pun elok je.
Yalah, memandangkan masa aku dah tak panjang.
"Nae?" Aku mengukirkan senyuman kepadanya.
Seperti biasa, dia turut membalas dengan senyuman di bibir.
"Aku sayangkan kau tau. Aku takkan pernah berhenti sayangkan kau. Walaupun bila aku dah tak ada nanti." Rambut ku diusapnya perlahan.
Tak, yoongi.
Aku yang akan pergi dulu.
"Nado." Jawabku pendek dan spontan. Dia tertawa kecil.
"Cute, like always." Senyumannya masih tidak pudar.
"Yoongi.."
"Nae chagi?" Suga menjawab dengan pantas. Matanya tidak lekang dari memandang aku.
"Boleh tak awak datang lusa? Jebal?" Pujukku. Dia hanya memandang aku. Perlahan lahan senyumannya memudar. Masih kelihatan sedikit senyuman di bibirnya.
"Aku tak janji. Tapi aku cuba." Gumam Suga perlahan tapi tetap aku dengari.
"Wae? Awak ada hal ke?"
Kedua dua tanganku diraihnya.
"Nae. Penting sangat."
"Tapi aku cuba untuk datang ok? Don't worry." Sekali lagi, dia mengusap rambut ku.
Entah kenapa, ianya cukup membuatkan aku rasa selesa. Dengan sisa sisa hidup yang tinggal. Aku tak boleh tinggalkan Suga macam tu je. Aku tak boleh.
"Ok, saya faham."
"Maaf tau kalau aku tak dapat datang—"
"Tak apa."
Tiba tiba pintu dikuak dari luar. Aku hendak menoleh tetapi dihalang oleh Suga. Dia membenamkan aku ke dalam pelukannya.
"Ke—"
"No, just don't." Ujarnya dengan cukup perlahan.
"Jae Eun.."
Suara tu..
Takkanlah?
"Kau nak apa lagi? Tak cukup ke dengan dendam kau kat Eun aku? Please, leave us alone." Ujar Suga sedikit kuat. Pelukan antara kami masih tidak terlerai dari tadi.
"I nak minta maaf je. Salah ke? Hina sangat ke I?" Giliran perempuan tadi pula bersuara.
"Kang Seulgi. Please. Hormat privasi orang lain. Dia perlu berehat." Sekali lagi, Suga mempertahankan kata katanya.
Seulgi?
Jadi, betullah tekaan aku?
"Please, last chance. Jae Eun?"
"Seul—"
"Leave us alone!" Belum sempat aku menghabiskan bait kata ku, Suga dengan pantas mencelah terlebih dahulu. Kali ini, tengkingannya yang semakin kuat cukup membuatkan aku tersentak.
"I just wanna talk to her, min Yoongi. Not you. Please. One more time. Lepas ni aku janji, aku takkan kacau korang."
"Aku cakap t—"
"Yoongi, sekali je. Bagilah dia peluang." Rayuku sekali gus meleraikan pelukan antara kami berdua.
"Aku tak nak kau disakiti lagi. Cukuplah dengan apa yang dia dah buat dengan kau du—"
"Last chance. Dia akan ok. Trust me." Tangannya aku genggam dengan erat. Suga hanya mengeluh perlahan.
"Kau ok, aku ok." Suga mengoyakkan senyuman.
—————
"Eun, I minta maaf. Sumpah. I mengaku yang I menyesal dengan perbuatan I dulu." Rayunya. Tanganku diraih, meminta simpati.
"Gwenchana." Aku memeluknya sekejap untuk menenangkannya.
"I lah penyebab you dengan yoongi gaduh teruk. Gambar you dengan Mark yang yoongi bagi hari tu kat you, dari I lah."
"Tak mengapa." Aku cuba mengukirkan senyuman, walaupun segaris.
"You baik sangat. Yoongi betul betul bertuah sebab dapat you. I je yang iri hati kat you dulu. I ni perampas—"
"Shh. Tak mengapa. Dahlah, jangan ungkit perkara lama. Tak elok." Belakangnya aku tepuk perlahan.
Tiba tiba esakan kecil kedengaran. Seulgi menunduk.
"Hey, janganlah nangis! Nanti makeup tu luntur lah!" Aku tertawa kecil.
Comel.
"I malu lah dengan you. Macam langit dengan bumi. Kenapa you baik sangat?!"
"Eh mana ada lah!"
Perlahan lahan tisu dari beg tangannya diambil olehnya lalu air mata yang mengalir di pipi dilap perlahan. Kemudian, dia menyambung percakapannya.
"Macam mana you boleh berkenalan dengan kakak I?" Soalnya melulu. Air mata yang tadinya berada di pipi kering kerana sudah dilap sepenuhnya.
"Oh, dari Adam."
"Adam?"
"Ya. Saya kan dulu kerja part time jadi badut kat situ. Em malulah kalau nak diingat semula." Jelas ku satu persatu. Aku tersengih di akhir perkataan ku.
"Oh.." Seulgi mengangguk kecil.
"Awak dengan kakak awak macam mana?" Soal ku pula.
"Kami—"
"Kami ok je. Dah berbaik dah pun. Ego masing masing dah hilang."
Seulna terlebih dahulu menjawab sebelum seulgi. Dia memimpin Adam dengan erat. Manakala Adam pula setia memegang patung kumamonnya.
Alahai, comel macam Suga!
"Eomma, siapa tu?" Soal Adam prihatin sambil memandang aku.
"Ni kawan eomma. Kawan ahjumma seulgi jugak!" Seulgi menjawab soalan Adam.
"Ish, kita tanya eomma bukan tanya dia. Sibuk je!" Adam menjelirkan lidahnya.
Aish comel je budak ni. Kalau boleh, dah lama dah aku gigit. Geram!
"Dan, ni lah kakak badut Adam." Giliran seulna pula memecahkan kesunyian. Adam memandang aku dan seulna silih berganti.
"Betul ke ni noona?" Soal Adam kepadaku pula. Aku mengangguk tanda ya.
"Wah, comelnya kakak badut! Betullah tekaan Adam! Noona memang comel! Adam rindu noona!" Serta merta, Adam memeluk lutut aku.
"Noona pun rindukan Adam." Kepalanya aku usap perlahan. Pelukannya semakin erat.
"Dah, Adam pergilah main kat taman sana! Appa ada kat sana tu." Seulna menepuk belakang Adam.
"Nae eomma." Sahut Adam kemudian berlari ke arah sesusuk tubuh lelaki berhoodie hitam.
Kejap.
Hoodie hitam.
Mark?
"Em, seulna?" Soalku tapi mataku tetap melirik ke arah Adam dan lelaki yang digelar "appa" oleh Adam.
"Nae?"
"Saya nak tanya something, tapi.. saya takut soalan ni terlalu sensitif." Aku menggosok tengkukku perlahan. Aku mulai berasa kekok secara tiba tiba.
"Tanya lah." Seulna mengukirkankan senyuman manis.
"Er, awak dan Mark dah ok ke?" Soalku sambil menunduk.
Seulna tertawa kecil.
"Ok dah. Awak tak perlulah risau. Kenapa?" Soal seulna pula. Sisa tawanya masih kedengaran tetapi perlahan.
"T—tak ada lah. Saja tanya." Aku tersengih.
"You tak nak tanya I ke?" Seulgi tiba tiba mencelah. Dia turut tersengih.
"Er.. awak— er awak single ke?" Soalan itu tiba tiba sahaja terfikir di fikiran dan secara tak sengaja aku tertanya soalan tu.
"Haah, I still single. Belum ada lagi yang bertakhta kat hati I." Seulgi menayangkan senyumannya.
Haih murah senyum betul dua beradik ni.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top