29; Malam Bulan Berdarah

"Pergilah ke sekolah, biar ibu jaga ayah dan Jimin." Junri menghulurkan sebekas roti kukus berintikan kacang merah kepada anaknya.

"Minho dah maklumkan kepada guru kelas. Dia faham. Ibu jangan risau tau, Minho minta Choi San dapatkan nota-nota subjek yang Minho dah terlepas." terang Song Minho kepada ibunya. Dia tidak sanggup melihat wanita itu tidak cukup rehat kerana terpaksa menjaga dua orang pesakit serentak.

Junri melepaskan satu keluhan.

"Kakak kamu bagaimana? Masih belum ada khabar berita?"

"Tak ada, bu." roti kukus disambar dan Minho menggigitnya lemah. Walaupun perut berkeroncong hebat, tetapi selera hampir mati. Dipaksa juga dirinya menelan roti tersebut untuk mengelakkan gastrik dan migraine datang menyerang.

"Ibu yakin, kakak kamu berada dalam keadaan selamat di suatu tempat. Ibu yakin sangat." bahu Minho dirangkul erat. Akhirnya tangisan Junri pecah jua selepas beberapa hari dia menahan kesedihan.

"Ya, ibu. Kakak selamat. Suatu hari nanti dia akan pulang ke pangkuan kita." tubuh ibunya didakap erat. Minho turut menangisi diri.

******

"Bunyi apa tu?" ralit melihat kawanan kupu-kupu hinggap di atas batuan di pinggir air terjun, aku tersentak dengan bunyi sesuatu.

"Ah, itu? Bunyi gendang, tanda meraikan malam bulan berdarah yang akan menjelma nanti." Min Yoongi menjawab. Dirinya seperti juga aku, begitu asyik melihat kupu-kupu.

"Jadi apa yang berlaku malam nanti?" aku menyoal kerana ingin tahu.

"Kebiasaannya bangsa Nephilim akan melakukan ritual malam bulan berdarah dengan mengorbankan sesuatu, sama ada haiwan atau bangsa lain yang berani menceroboh Tanah Zagreb. Tetapi malam ini berbeza..." Yoongi menarik nafasnya dalam. Sebiji batu dicampak ke dalam air.

"Rhosyn dan Theodore akan disatukan dan kita berdua bakal menjadi korban kekejaman Psalm." sambung Yoongi. Kali ini batu kecil dicampak ke arahku.

Eh, dia ajak aku bergurau nampaknya.

"Ambil ni!" aku menampar permukaan air kuat hingga terpercik ke muka Yoongi. Daripada memikirkan maut bakal menjemputku malam nanti, baik aku bergembira terlebih dahulu.

"Perempuan nakal!" Yoongi mendengus. Permukaan air disepaknya kuat dan kini... Aku basah lencun.

"Nephilim tak guㅡ Ahhhhh!" aku cuba bangun untuk membalas dendam kepada jejaka itu namun aku silap langkah. Aku hampir tergelincir dek batuan yang licin tetapi aku bernasib baik. Min Yoongi pantas bertindak dengan menyambar tubuhku. Sekarang aku berada di dalam dakapannya dan kami saling bertentang mata.

"Hati-hatilah." pesan Yoongi seraya dengan itu wajahnya semakin menghampiri wajahku.

D...dia nak buat apa?

"A...awak jangan..." aku menjadi gugup lantas memejam mata rapat.

"Kau pejam mata buat apa?" dahiku ditonyoh kuat. Tubuhku juga ditolaknya jauh sebelum jejaka itu memerhati keadaan sekeliling.

Telingaku dapat menangkap derap kaki seseorang.

"Zimzalabim zim zimzalabim zim zimzalabim zim zim."

Muncul Iyan sambil menari ceria. Di tangannya pula sesuatu yang cukup aku kenali.

"Telefon saya!" aku bergegas mendapatkan jejaka berbadan gempal itu dan merampas segera telefon pintar milikku.

"Bagaimana telefon saya boleh berada den..."

"Rhosyn yang bagi pada aku." jawab Iyan  lurus.

"Rhosyn yang bagi?" aku berfikir sejenak.  Ah,  semalam kami meluangkan masa di tepi air terjun ini selepas berjaya melarikan diri dari istina. Tak sangka pula aku, Rhosyn sejenis makhluk panjang tangan.

"Ah, apa-apalah." aku membelek-belek telefon berjenama Samseng S200, edisi Born To Slay yang menjadi kegilaan AMRY kerana pengeluarannya adalah terhad. Aku tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan telefon tersebut hingga rela membuat ansuran bulanan.

Tetapi, walau mahal mana pun telefon ini... Ianya tidak berguna langsung di sini kerana tiada sebarang liputan. Kalau ada, dah lama aku hubungi keluarga dan bagitahu kepada mereka bahawa aku baik-baik je.

"Iyan, aku nak cakap sikit dengan kau boleh?" Yoongi mendapatkan Iyan lalu mereka berdua menjauhkan diri dariku.

Mesti ada benda penting yang ingin dibincangkan dan tak nak aku tahu. Harap-harap mereka bukan talam dua muka atau tikam belakang. Di hadapan aku berpura-pura baik, di belakang... Mungkin telah berpakat dengan Psalm dan merencanakan rancangan untuk membunuhku.

Agh! Kau kuat berprasangka buruklah, Hee Ran.

Tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus. Tenangkan fikiran.

******

"Kalau apa-apa berlaku pada aku nanti, tolong lindungi perempuan tu dan hantar dia pulang." wajah Iyan ditatap Yoongi.

"Tak, mana boleh. Kita lindungi dia sama-sama, kita hantar dia sama-sama dan kau... Kau harus hidup." tegas Iyan sebelum wajahnya bertukar cemberut.

"Aku cuba." mudah Min Yoongi membalas. Sesekali Song Hee Ran berada tidak jauh dari situ dikerlingnya.

"Selain dia, Rhosyn juga perlukan pertolongan sebab aku tahu... Dia sedang merencana sesuatu tanpa pengetahuan kita. Aku juga mahu dia terus hidup dan mengecapi bahagia." Yoongi menambah. Dia terhutang budi dengan gadis itu dari dahulu hingga sekarang. Rhosyn terlalu banyak berjasa kepadanya.

"Aku tahu. Aku akan pertaruhkan nyawa aku untuk lindungi dia." jawab Iyan bersemangat. Sedikit senyum terukir di bibir jejaka tersebut. Jika Rhosyn rela berkorban untuk Yoongi, apa salahnya Iyan berkorban untuk Rhosyn dan nampaknya Yoongi pula rela berkorban demi menghantar Song Hee Ran pulang ke pangkuan keluarganya dengan selamat.

"Yoongi, bila kita dah bebas daripada cengkaman Psalm dan Zagreb kembali aman makmur di bawah pemerintahan kau... Kita jemput artis Kpop buat persembahan di sini tau." Iyan memasang angan-angan seraya itu bahu Yoongi dirangkulnya erat.

"Banyaklah kau." dahi Iyan ditonyoh dan rangkulan tersebut dirungkaikan. Yoongi mengatur langkah kaki untuk mendapatkan Song Hee Ran.

Langkah kakinya mati, tidak dapat diteruskan lagi apabila Isaiah dan Hayden memunculkan diri.

Min Yoongi takkan lari kerana ia takkan menyelesaikan masalah. Kali ini dia tidak akan main-main, jadi malam nanti... Dia akan berkorban apa sahaja demi melunasi dendamnya terhadap Psalm serta melindungi insan-insan yang dia sayang iaitu Iyan, Rhosyn dan juga Song Hee Ran.

******

"Bang, Minho rasa abang tahu apa yang berlaku pada Kak Hee Ran. Abang sedarlah segera, leraikan segala kekusutan ini." wajah Park Jimin tatap, tangan kanannya pula digenggam erat.

"Ibu menangis tadi, bang. Suaminya dilanggar orang, anak perempuannya hilang dan abang... Abang terbaring kaku seperti ini. Kasihan ibu." rintih Song Minho. Hidung dan sepasang mata remaja itu kemerah-merahan kerana menahan sebak terlalu lama.

"Bila abang dah sedar nanti, Minho janji... Minho akan sentiasa sebelahi abang dan jadi bakal adik ipar yang baik. Minho tak tipu ni, bang. Minho serius." Minho mengangkat tangan kanan melafazkan janjinya kepada Jimin.

"Jan...ji?"

Suara lemah menyapa pendengaran Song Minho. Matanya membuntang dan mulut sedikit ternganga sebelum ditekup tidak percaya.

"A...abang! Abang dah sedar?" Minho menjerit teruja lalu tubuh yang terlantar di atas katil itu dipeluk dengan berhati-hati.

"Maafkan abang, Minho. A...abang tidak mampu lindungi kakak kamu." bergetar ulas bibir Park Jimin cuba menahan tangisan, tetapi dia tidak kuat. Air mata mula melimpah keluar dari tubir matanya. Dalam dakapan Song Minho, Park Jimin terus menangis dan menangis sehinggalah dia tertidur kembali.

*******

"Keluar, saya mahu tukar pakaian." arah Rhosyn kepada orang suruhan Psalm.

"Baik." tidak mahu mencetuskan amarah gadis tersebut, orang suruhan itu akur lalu mengundurkan diri.

Jubah putih yang tersarung pada tubuh Rhosyn kini melorot jatuh ke lantai. Tanpa seutas benang, dirinya menapak ke arah meja lalu mengeluarkan sebilah belati. Cebisan kain di sisi pula digumpal sebelum disumbat ke mulut sendiri.

Rhosyn nekad. Andai darahnya yang bersatu dengan racun hemlock pada belati itu boleh membunuh Psalm... Dia tidak kisah.

Zzzap! Belati dihunus tepat ke  tengah-tengah perutnya. Rhosyn mengetap kain di mulut untuk mengelakkan dirinya menjerit agar tidak diketahui yang lain.

Belati itu kini ditarik lantas disisipkan ke betis. Sehelai kain bersih dicapai. Sambil menahan kesakitan, bahagian tikaman dibalut dengan berhati-hati.

"Maafkan aku, Yoongi. Maafkan aku, Iyan." Rhosyn membiarkan sahaja air matanya berguguran membasahi pipi. Gaun kembang merah hati yang diperbuat daripada bulu angsa disarungkan ke tubuh tanpa menunggu lama.

******

Aku menunduk. Tidak sanggup melihat Min Yoongi disepak, ditendang oleh Isaiah dan Hayden di hadapan puluhan tetamu istimewa jemputan Psalm.

Psalm memang kejam. Dirinya nampak seronok melihat Yoongi diperlakukan sedemikian.

"Bawa perempuan tu ke sini!" arah Psalm tiba-tiba. Seraya dengan itu, dua ekor makhluk bertaring tajam hingga ke dagu menyeretku kepada Psalm.

"Song Hee Ran sayang." Psalm berbisik manja tetapi ia cukup menjengkelkan bagiku. Aku ditarik ke dalam dakapannya dan dipaksa mendongak ke langit.

"Tengok, bulan sedang berdarah." kuntuman senyum lelaki tua itu memekar.

"Sekarang tiba masanya!" laung Psalm kuat, maka hadirin yang ada berdiri tegak dan pandangan ditala ke arah bulan yang sedang mengambang.

Melalui ekor mata, aku dapat menangkap susuk tubuh Rhosyn berjalan diiringi Theodore. Riak wajahnya nampak berbeza. Aku rasa dia sedang menahan kesakitan.

"Mengumumkan ketibaan pengantin lelaki, Thedore dan pasangannya Rhosyn untuk memberi tunduk hormat kepada Psalm." pengumuman dibuat oleh Isaiah. Kini semua mereka yang ada mengangkat gelas berisi arak dan mengucapkan sesuatu yang aku tidak faham.

"Aku Psalm, dengan ini... Aku mengumumkan Theodore dan Rhosyn sebagai pasangan suami-isteri  yang diberkahi bulan berdarah dan aku... Aku akan korbankan isteri Haures ini sebagai  balasan kerana telah merahmati semua penduduk Zagreb!"

Tidak semena rahangku dicengkam kuat oleh Psalm. Tangan kanannya pula menjalar di bahagian dadaku. Aku tahu... Psalm mahukan jantung aku sebagai bahan utama arak seribu tahun bagi mengekalkan keabadiannya.

Aku memejam mata rapat.

"Lepaskan Song Hee Ran!" jeritan kuat kedengaran. Saat mataku membuntang kembali, tubuh Hayden dan Isaiah melayang ke udara manakala tetamu yang hadir melarikan diri.

"Selamat tinggal, Psalm durjana."

Dalam sekelip mata, Rhosyn menikam ayahnya berbekalkan sebilah belati. Tepat-tepat belati itu tercucuk di dada kiri lelaki tua tersebut.

Aku tergamam.

"Kau juga harus mati!" belati ditarik dan kini dihunus ke perut Theodore sebelum Rhosyn rebah menyembah bumi.

"Rhosyn!" belum sempat aku mendapatkan gadis itu, Iyan terlebih dahulu merangkulnya.

"Aku dah agak kau akan buat kerja seperti ini. Kenapa Rhosyn? Kenapa?" Iyan meraung. Jari-jemarinya menggeletar menyentuh wajah pucat Rhosyn.

"Se...sebab aku mahu tengok semua orang bahagia." Rhosyn menguntum senyum buat seketika sebelum tersembur darah merah pekat dari mulutnya.

"Bertahan, Rhosyn. Kita ke hospital. Rawatan doktor boleh sembuhkan kau." aku meraih tangan gadis itu. Dingin, terlalu dingin.

"Song Hee Ran! Hati-hati!"

Aku dengar Yoongi menjerit memberi amaran. Belum sempat aku mendongak, tubuhku dipeluk erat jejaka itu lalu kami rebah menyembah lantai.

"Aku takkan se...sekali benarkan kamu semua hidup!" tawa Psalm bergema memenuhi Tanah Zagreb. Lelaki tua itu tidak mampu bertahan lama, tubuhnya juga tersungkur ke tanah dan menggelupur tiba-tiba sebelum keras membatu.

"Hee Ran... Pandang tepat mata aku." Yoongi cuba menyentuh tanganku namun kelihatan tiada daya.

"Ya?" aku memegang tangannya lalu aku letakkan ke pipi kiriku. Aku memandang tepat sepasang anak matanya.

"Kau akan lupakan semua memori di antara aku dan Haures, dan hiduplah bahagia serta bebas tanpa cengkaman sesiapa." Yoongi memberitahu sambil tersenyum.

Ini senyuman yang paling manis pernah aku tengok selama mengenali jejaka berbangsa Nephilim tersebut.

"Bertahan Yoongi. Iyan, bawa Yoongi dan Rhosyn ke hos..."

"Rhosyn sudah meninggal, Hee Ran." Iyan membaringkan tubuh Rhosyn ke tanah. Kini dirinya bangkit menuju ke arahku.

"Ooči u oči, neka sve sjećanje izblijedi.
Tako da se bol može sretno zamijeniti."

Yoongi mengumam, menutur mantera yang sama berulang-kali. Wajahnya pula semakin membiru.

"Iyan, bawa Hee Ran pulang." arah jejaka itu kepada rakannya.

"Tak. Kita akan pulang sama-sama." aku mendakap erat tubuh Yoongi seakan tidak mahu berpisah dengannya tetapi Iyan berjaya menrentapku.

"Lupakan semuanya, Song Hee Ran. Lupakan semuanya." sempat Yoongi mengerling ke arahku sebelum matanya tertutup rapat.

"Tak. Tidak!!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top