27; Penjara 'Tangisan Kesunyian'

Aku dan Min Yoongi berdiri di tengah-tengah lautan pohon bunga lili labah-labah merah.

Aku tahu tentang bunga ini memandangkan aku peminat setia animasi Jepun iaitu Tokyo Ghoul, Higanbana, Inuyasha dan Jigoku Shoujo. Lili labah-labah merah atau lycoris radiata membawa maksud atau simbolik kepada selamat tinggal, kematian, perpisahan, kehilangan memori dan pengabaian.

Baru sekarang aku faham kenapa Psalm menamakan tempat ini sebagai penjara 'tangisan kesunyian'.

"Tempat ini tiada penghujungnya walau jauh mana kita cuba melarikan diri." sambil menahan kesakitan, Min Yoongi merebahkan tubuhnya ke tanah.

"Mereka akan biarkan kita mati di sini ke?" aku duduk di sebelah Nephilim yang tercedera itu dan mengamati keadaan sekeliling. Selain bunga lili labah-labah merah, terdapat juga pohon berduri tumbuh subur menjalar di sana-sini.

"Tak, mereka hanya akan dera emosi kita sahaja. Mereka takkan biarkan kita berlapar bahkan kita akan dihidang segala jenis makanan dan minuman sampailah tiba masanya... Masa untuk kita menjadi korban kepada Psalm durjana itu." terang Yoongi kepadaku. Aku perasan, terdapat lelehan darah di hujung bibirnya.

"A...awak okey?" aku menyeluk kocek seluar kerana aku tahu aku sentiasa membawa sepeket tisu ke mana sahaja aku pergi.

"Ada pun." aku tersengih lalu merapati Yoongi. Lelehan darah itu segera kusapu sebelum ianya menjadi kering.

Tanganku ditepis Yoongi sebelum dicerlung tajam. Nampaknya dia tak suka bila aku berbuat demikian.

"Saya memang bencikan awak, tetapi hati saya masih ada rasa belas kasihan bila melihat orang ditimpa kesusahan." tanpa menghiraukan cerlungan tajam itu, aku tetap mengesat darah tersebut sehingga ia betul-betul hilang.

"Kau dah tak takut dengan aku?" Yoongi menyoal. Jari-jemarinya pantas memetik sekuntum bunga lili labah-labah merah.

"Tak, sebab saya tahu kenapa awak jadi macam ni." aku menjawab tenang.

"Apa sebabnya?"

"Bunga di tangan awak, ianya bermaksud pengabaian, kehilangan, perpisahan... Sama seperti awak. Semua itu membuatkan diri awak berubah menjadi raksasa. Ditambah pula dengan kewujudan Psalm yang selalu menekan kehidupan awak... Awak terpaksa. Hakikat sebenarnya awak terlalu sunyi, Min Yoongi." aku memandang seraut wajah gusar jejaka itu.

"Kau berbicara seperti kau dah kenal aku begitu lama, tetapi kau salah... Aku tidak pernah sunyi." rengus Yoongi lalu mengeluarkan sesuatu dari poket baju denim yang dipakainya.

Sekotak rokok dan sebatang pemetik api.

Jika Haures yang aku kenali tidak merokok, Nephilim pula seperti gemarkan aktiviti yang boleh menjahanamkan diri-sendiri. Sikap mereka terlalu berbeza.

"Sebatang rokok mengandungi arsenic, ammonia, methanol, napthalene dan banyak lagi racun di dalamnya. Setiap sedutan membawa keburukan." nasihat yang selalu kulontarkan kepada ayah, kini aku menitipnya kepada Yoongi.

"Kisah pula aku." Yoongi menyalakan rokok tersebut tanpa menghiraukan nasihatku. Belum sempat dia menyedut rokok itu, aku menariknya selamba lalu menyumbat sebatang lolipop ke mulut Yoongi.

Puntung rokok yang masih bernyala kucampak jauh, jatuh di celah-celah pohon bunga lili labah-labah merah.

Aku sedar, Min Yoongi tergamam dengan perbuatanku. Aku menghadiahkannya sengihan lebar lalu menjarakkan diri dari lelaki itu dengan lebih jauh.

Aku merebahkan tubuh ke atas lautan bunga. Langit sentiasa hitam, sesekali angin dingin menyapa... Kalau berlama terkurung di sini, aku pasti aku akan jadi gila.

"Kalau kau penat, kau tidurlah. Aku tak ada selera untuk berbuat apa-apa pada kau." Yoongi bersuara setelah lama berdiam diri.

Aku tergelak kecil lantas mengerlingnya. Bayangkan nephilim berwajah serius sedang mengulum lolipop, nampak perbezaan yang cukup ketara.

Aku akui, dirinya nampak comel di saat ini.

Ah, jangan fikir yang bukan-bukan. Ini bukan masa untuk bersenang-lenang atau gembira.

Aku memejam mata rapat. Di dalam hati, aku tidak putus berdoa bahawa aku akan selamat dan dapat kembali ke pangkuan keluarga yang pastinya sedang menanti aku di rumah.

******

"Rhosyn, tolong jangan bercanda." Iyan mendepakan kedua-dua belah tangannya untuk menghalang Rhosyn supaya tidak melarikan diri daripadanya.

"Aku tak bergurau, Iyan. Aku serius!" bentak Rhosyn. Berkali-kali rancangannya diutarakan kepada Iyan, berkali-kali jugalah orang suruhan istana itu tidak mempercayainya.

"Kau akan mati."

"Ya, aku akan mati. Kita semua akan mati, cuma cepat atau lambat sahaja." Rhosyn tersenyum manis. Betapa kuatnya gadis itu membicarakan tentang kematian dengan tenang.

"Tapi kau akan dikira bunuh diri." hujah Iyan. Ketegasan dan kedegilan Rhosyn tidak mampu dilunturkan dengan mudah.

"Bukan bunuh diri, tetapi berkorban... Pengorbanan demi melihat dunia ini aman tanpa cengkaman nephilim munafik." Rhosyn membuka langkah, meninggalkan Iyan bersendirian.

*******

"Tak dapat, bu." skrin telefon pintar ditekan geram. Sudah tiga puluh kali. Song Minho cuba menghubungi kakaknya, tetapi gagal.

Nombor yang anda dail di luar liputan. Sila cuba laㅡ

"Fuck!" carutan pendek meluncur laju dari mulut Minho membuatkan Junri terpempan.

"Sabarlah, mungkin kakak kamu ke mana-mana dan telefonnya rosak atau habis bateri." Junri cuba menenangkan anak lelakinya.

"Tak, ibu. Minho yakin, ada sesuatu yang buruk berlaku kepada kakak." Minho meraup kasar wajahnya. Sepasang mata remaja itu turut merah dan berair.

"Kalau kamu mahukan kepastian, kita tanya Jimin bila dia dah sedar nanti." pandangan Junri dialih ke arah unit kecemasan di mana para doktor dan jururawat sedang bertungkus-lumus merawat suami dan kekasih anak sulungnya.

"Tak mungkin Abang Jimin akan sedar dalam masa yang terdekat ni. Doktor dah cakap, kecederaan yang dialaminya hampir sama seperti ayah." satu keluhan dilepaskan lalu Minho bangkit dari duduknya.

"Kamu nak ke mana?" Junri menyoal apabila menyedari anaknya mahu beredar.

"Ke rumah Choi San. Ibunya seorang detektif yang bekerja di bahagian jenayah, jadi Minho nak minta dia mengesan keberadaan Kak Hee Ran." terang Minho tanpa berahsia.

"Ya, baiklah. Hati-hati ke sana. Jangan lupa selalu telefon ibu jika ada perkembangan tentang kakak kamu." Junri meraih tangan anaknya dan mengenggam erat buat seketika.

"Baik, bu. Ibu jangan risau." wajah ibunya disentuh lembut lantas Song Minho melangkah pergi.

******

"Ugh!" aku terjaga dari tidur serta-merta kerana mual menyerang. Tidak sempat untuk berdiri, aku muntah-muntah di situ juga.

"Kedegilan seorang manusia akhirnya memakan diri." Min Yoongi menggelengkan kepala lalu menghulurkan semangkuk kecil air kepadaku. Aku tidak mengambilnya kerana bimbang minuman itu tercemar atau mengandungi racun.

"Air ini bersih, makanan tu pun tiada racun. Aku dah rasa semuanya dan aku masih hidup." jari dituding ke arah setalam makanan.

Memandangkan tekakku terasa perit dan rasa mual masih belum hilang, aku menyambar air tersebut dan meminumnya. Terasa sejuk dan cukup segar.

"Aku dah cakap, mereka takkan sesekali biarkan kita berlapar dahaga. Kita akan dimewahkan dengan segala makanan dan minuman sebelum nyawa kita direnggut mereka." tambah Yoongi lagi sebelum mengangkat setalam makanan dan menyerahkannya kepadaku.

Ada stik daging dihiasi sayur adas, risoto hitam, dan beberapa potong limau gedang.

Di saat inilah aku rasa aku berada di antara syurga dan neraka. Syurga kerana makanannya nampak menyelerakan, neraka kerana aku terpenjara di tempat yang terlalu sunyi ini.

"Silap haribulan boleh tembus talam tu jadi mangsa renungan kau." sindir Yoongi. Aku sekadar mencebik dan mula duduk bersila. Walaupun perasaan was-was wujud dalam diri, aku tetap menjamah hidangan tersebut.

"Awak dah makan?" aku mengangkat pandang, lupa mahu bertanya tentang jejaka itu.

"Dah." jawab Yoongi sepatah. Melihatkan wajah pucat serta bibirnya yang merekah dan menggelupas, aku dipagut bimbang.

"Dah insaf renung talam, sekarang muka aku pula jadi mangsanya." terjungkit sedikit senyum di hujung Min Yoongi. Beberapa tangkai bunga lili labah-labah merah dipetiknya.

Aku berpura-pura tidak faham akan sindiran tersebut lalu menyambung makan lagi.

"Aku andaikan kau tak tahu sesuatu tentang bunga ini." kelopak bunga lili labah-labah merah dicarik Yoongi.

"Apa dia?" aku menyoal tidak sabar.

"Daun dan bunga higanbana ini tidak tumbuh serentak. Jika bunganya mekar, daun akan jatuh berguguran. Apabila dedaunannya tumbuh menghijau, bunga pula akan layu." terang Yoongi.

Okey, aku dah dapat info baru dan ternyata... Masih banyak lagi tentang bunga itu yang aku tidak tahu.

"Lagi satu, jangan terpedaya dengan kecantikan dan kegarangan bunga ini... Umbinya beracun." Yoongi duduk mencangkung di sebelahku. Aku direnungnya tajam.

Koff! Koff! Uhuk! Aku tersedak. Makanan di dalam mulutku turut tersembur keluar dan ada yang hinggap ke muka Yoongi.

"Song. Hee. Ran." Yoongi mengetap bibir geram lantas meraup kasar wajahnya. Tidak lupa juga, dahiku ditonyoh jejaka itu.

"Ayah saya pesan, jangan main tonyoh kepa..."

"Nampak gayanya penjara ini sedang dihujani bibit-bibit cinta."

Bicaraku tersebut apabila ada suara yang mencelah. Kabus hitam berpusaran kini membentuk figura seorang lelaki.

Psalm? Ya, ianya Psalm!

Apa dia buat di sini? Ajal aku dan Yoongi dah sampai ke?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top