25; Rindu Dari Kejauhan
Nak vote dan komen ke tidak? Marah ni marah! 🤪🤪🤪
*******
"Bagaimana hari pertama bekerja?" soalan pertama diajukan ibu apabila aku melewati wanita itu yang sedang tekun membuang kepala ikan bilis.
"Bolehlah." aku menjawab acuh tidak acuh kerana terlalu penat. Bayangkan pada hari pertama bekerja di restoran makanan segera, aku diberi tugas mencuci segala perkakas dapur dan terpaksa berdiri hampir setengah hari.
"Kalau rasa tak mampu buat kerja tu, berhenti. Duduk je di rumah ni, buka tuisyen subjek sejarah untuk budak-budak sekolah yang tinggal di apartment ni." ibu memberikan cadangan. Ikan bilis yang sudah diasingkan kepala dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.
"Hee Ran tak pandailah nak mengajar, bu. Kalau setakat nak ajar Minho tu, bolehlah." aku menyambar sekotak susu kacang soya yang berada di atas meja lalu menapak ke arah bilik.
"Hee Ran mandi dulu ya, bu." aku memberitahu lantas melangkah masuk ke dalam bilik tidurku. Aku perasan, ada beberapa kuntum bunga yang tidak kuketahui jenisnya diletakkan ke dalam gelas kaca.
Di bawah gelas kaca itu pula terselit sekeping kertas putih berlipat dua. Aku tidak menunggu lama, kertas lipatan kertas itu kubuka dan aku membaca tulisan yang tercatit padanya.
Maaf kerana jarang tonjolkan diri. Ada perkara yang harus saya selesaikan di rumah lama. Sebagai pengganti diri, terimalah bunga buttercup ini.
p/s: bunga buttercup membawa maksud keanak-anakan, seperti awak.
I miss you.
PJM
"Sempat lagi dia perli aku." aku meletakkan kembali kertas itu ke atas meja lalu kelopak bunga berwarna kuning tersebut kusentuh dengan berhati-hati.
"I miss you too." tuturku perlahan.
******
"Tidak ada sesuatu makhluk pun yang akan abadi selamanya kecuali Tuhan. Begitu juga dengan bangsa nephilim." di bawah pohon cemara, Iyan menterjemah dan membaca buku 'Seribu Tahun' yang ditulis menggunakan bahasa Hebrew.
Rhosyn disamping jejaka gempal itu turut membaca setiap baris ayat tanpa melangkaunya.
"Nephilim yang dikuasai kegelapan, hidup penuh keserakahan dan kekejaman... Juga pencandu arak seribu tahun, boleh direnggut nyawanya dengan satu cara." kali ini Iyan dan Rhosyn berpandangan di antara satu lama lain dan berbalas senyuman. Namun senyuman itu tidak kekal lama apabila mereka membaca ayat seterusnya.
"Kalau begitulah caranya, aku sanggup lakukan apa sahaja." ujar Rhosyn tenang. Beberapa biji buah berangan yang jatuh daripada pokok sebelah dikutip satu-persatu dan diisi ke dalam bakul.
"Tak, kita perlu cari cara lain." Iyan mencampak buku itu ke tanah. Dalam sekelip mata ianya terbakar dan menjadi abu.
"Cara apa lagi? Itu sahaja cara-caranya yang ada!" bentak Rhosyn. Gadis itu bingkas berdiri.
"Tak, aku tak akan benarkan kau korbankan diri-sendiri." Iyan menyambar lengan Rhosyn lalu puteri kepada Psalm itu dipeluknya erat.
"Aku mohon, jangan korbankan diri kau dan jangan tinggalkan aku." rayu Iyan. Dia tidak mahu kehilangan Rhosyn walau sedetik pun.
"Maafkan aku, Iyan." tutur Rhosyn lalu merungkaikan pelukan dan berjalan meninggalkan lelaki itu bersendirian.
******
Park Jimin tersenyum kecil tatkala melihat pohon kamelia kegemarannya sedang berbunga lebat. Bertemankan pohon bunga itulah Jimin selalu mengadu nasibnya selama ini.
"Kau sihat? Aku tak sihat." Jimin bersandar pada pohon itu. Wajah pucatnya diraup untuk menyeka renik peluh yang membasahi dahi dan pipi. Satu keluhan juga dilepaskan apabila mengingatkan kejadian pagi tadi. Selepas menikmati sarapan, jejaka itu mengalami mual dan muntah-muntah sehinggalah tiada daya untuk menyiapkan kerjanya yang terbengkalai.
Jimin menyalahkan dirinya sendiri kerana bekerja keras sehinggakan waktu makan asyik dilewatkan.
"Tak sah kalau aku tak bodoh." Jimin tertawa kecil sebelum matanya dipejam rapat menahan sakit kepala yang menyerang tiba-tiba. Bergandingan pula dengan rasa mual, Jimin tidak mampu bertahan lama. Jejaka itu bangkit dari duduknya dan terus berlari ke tebing tasik.
Park Jimin muntah-muntah lagi. Kedua-dua belah kakinya menjadi lemah dan jejaka itu terus rebah ke tanah tidak sedarkan diri.
******
"Atuk Kang! Atuk Kang!"
Tidak senang lelaki berusia 60 tahun yang mahu menikmati ubi kentang rebus setelah namanya dipanggil berkali-kali.
"Atuk Kang! Tolong kami!"
Kang Min Woo kenal suara-suara yang memanggilnya. Ia milik Kim Taeyong dan Kim Seon Woo, anak kembar jirannya yang tinggal tidak jauh dari situ.
"Kenapa ni? Aku nak makan pun tak senang!" rengus Min Woo lalu menjengah keluar. Kelihatan Taeyong dan Seon Woo sedang memapah seseorang.
"Kami jumpa abang ni pengsan di tepi tasik semasa kami mahu mengutip pucuk daisy mahkota. Jadi kami bawa ke rumah atuk sebab kami tahu atuk boleh tolong dia." tercungap-cungap Taeyong menceritakan perihal sebenar.
"Ah, kalau macam tu... Bawakan dia ke ruang tamu." Min Woo bergegas masuk ke dalam rumahnya dan mengambil sebiji bantal dan sehelai comforter.
"Nak baringkan di mana ni, Atuk Kang?" Seon Woo bertanya. Terpapar kepayahan remaja itu dan kembarnya memapah Park Jimin yang masih belum ada tanda-tanda untuk sedar dari pengsan.
"Sini." Min Woo turut membantu memapah Jimin dan dibaringkan jejaka itu ke atas hamparan comforter.
"Gementar kami dibuatnya." Taeyong melepaskan satu keluhan manakala Seon Woo sudah terduduk kepenatan. Kang Min Woo tergelak besar dengan tingkah pasangan kembar tersebut lalu mencapai mangkuk berisi ubi kentang rebus.
"Makan ni. Kalau dahaga, pergi je ke dapur atuk... Dalam peti ada minuman yogurt." bagitahu lelaki tua itu ramah.
"Ah, tolong ambilkan atuk semangkuk air bersih ya." tambah Kang Min Woo.
"Baik!" jawab si kembar serentak lantas mereka berdua berlari ke dapur.
Sementara menunggu anak-anak jirannya kembali ke ruang tamu, Min Woo mengamati wajah pucat Jimin yang sedang terbaring tidak sedarkan diri itu.
Air muka Min Woo berubah. Dia kenal jejaka itu walaupun sudah lima belas tahun berlalu.
Jejaka itulah yang memberikan pertolongan ketika dia hampir lemas di Tasik Paldang selepas sampan yang dinaikinya terbalik.
"Aku cam kau sebab aku terhutang budi sampai ke hari ini." wajah Park Jimin disentuh.
*******
"Kak, bila dapat gaji pertama?"
Sedang menikmati makan malam, Minho menyendeng di sebelahku.
"Apahal pula sibuk-sibuk nak tahu bila akak dapat gaji ni?" aku menjelingnya.
"Alah, ada lah benda yang dia nak minta kamu belikan." tebak ibu.
"Ibu ni, macam tahu-tahu pula." Minho tersengih. Kepalanya yang tidak gatal sengaja digaru.
"Haa, nak apa?" aku menyambar paha ayam rebus.
"Wang saku untuk lawatan sambil belajar ke Busan. Minho tak kisah berapa akak nak bagi, seikhlas hati." Minho tersengih. Paha ayam rebus di tanganku cuba dirampasnya namun aku cepat bertindak. Aku menggigit sebahagian isi ayam tersebut hingga menampakkan tulangnya.
"Bu, tengoklah anak perempuan ibu. Makan gelojoh, kalah binatang berwarna pink. Nama apa dah binatang tu ibu?" Minho bangkit dari duduknya dan menjauhkan diri dariku.
"Kau nak minta duit dengan aku, lepas tu kau kutuk aku. Haa, eloklah sangat. Aku bagi 1000 won je nanti." kulit kacang edamame kubaling ke arah Minho, tepat mengenai bibirnya.
"Kak Hee Ran jahat! Nanti Minho bagitahu ibu dan ayah, Kak Hee Ran dan Abang Jimin dah..."
"Sudah-sudahlah, jangan bergaduh. Nanti jiran atas bawah semua dengar." marah ibu.
"Minholah yang mulakan dulu, bu. Bluerrk!" aku menjelir kepada adikku itu.
"Bluerrrk!" Minho turut membalas. Ditonggeng punggungnya dan ditepuk beberapa kali.
Ya Tuhan, childish teruk.
"Bu, ayah pulang malam ni kan?" dari melayan perangai tidak matang Minho, baik aku mencari topik baru untuk mengelakkan pertengkaran berlanjutan.
"Sepatutnya ayah kamu dah sampai." bagitahu ibu. Terpapar di wajahnya satu kerisauan.
"Kalau macam tu, Hee Ran tunggu ayah di bawah eh."
Memandangkan aku sudah selesai makan, segera aku ke sinki dan mencuci tangan. Beberapa batang lolipop yang terdampar di atas pantri turut kusambar. Sambil-sambil tunggu kepulangan ayah, bolehlah hilangkan kebosanan dengan memakan lolipop.
"Jangan lupa telefon ayah sekali tau. Risau pula ibu ni haa." pesan ibu sebaik aku melewatinya.
"Eung." aku membalas faham.
*******
"Maaflah. Makanan ini je yang ada. Duda tua katakan." Kang Min Woo menghulurkan semangkuk bubur kosong, kimchi kubis ranum dan ikan bilis goreng kepada Park Jimin.
"Terima kasih." pemberian itu tidak ditolak oleh Jimin kerana dirinya sudah kelaparan.
"Aku yang sepatutnya ucapkan terima kasih kepada kau kerana pernah tolong aku dulu." Min Woo bersila di hadapan Jimin. Inilah masanya untuk mengenali jejaka yang memiliki wajah yang tidak dimamah usia itu.
Park Jimin diam, bubur panas dihirupnya dengan berhati-hati.
"Aku tahu, kau bukan orang biasa." tambah Min Woo.
"Encik tak takut dengan saya?" akhirnya Jimin bersuara.
"Tak, sebab kau baik. Kalau kau jahat, kau takkan selamatkan aku dulu." senyum di bibir Min Woo terukir. Jimin turut tersenyum.
"Kau jangan risau, aku takkan dedahkan identiti sebenar kau pada orang orang lain. Aku kan lelaki. Tak macholah kau membawang di sana-sini." tawa lelaki tua itu meletus.
"Membawang?" Jimin cuba mencerna perkataan tersebut.
"Mengumpat." tegas Min Woo, makin galak dirinya ketawa.
Tidak jadi Jimin menyuap bubur ke mulutnya. Jejaka itu turut ketawa.
********
"Ya, ayah jangan tergesa-gesa tau. Ambil masa." aku berpesan kepada ayah.
"Baiklah, anak ayah." ayah membalas lantas memutuskan panggilan terlebih dahulu. Kata ayah, lagi setengah jam dia akan sampai. Jadi, ada baiknya aku menunggu di bangku dari terus berdiri bak patung mannequin.
Sambil berjalan ke arah bangku, aku membuka pembungkus lolipop. Tidak sempat kusuakan ke mulut, lolipop terlepas dari tanganku apabila aku dipeluk erat sesuatu.
Aku yakin, ia bukan manusia tetapi...
*****
"Di ruang tamu ni banyak nyamuk. Kau tidurlah di bilik aku. Aku pula tidur di bilik kegemaran mendiang isteri aku." bagitahu Kang Min Woo kepada Park Jimin.
Bagai mencurahkan air ke daun keladi, bicara itu tidak diendahkan Jimin malahan dirinya ralit memandang potret yang tersangkut di dinding.
"Haa, itu gambar sepupu aku dan anak-anaknya. Dulu selalu juga mereka datang ke sini, tapi sekarang... Jarang sekali." Min Woo melepaskan satu keluhan.
"Song Hee Ran." imej kanak-kanak perempuan bertocang dua itu disentuh Jimin.
"Kau kenal dia?" Min Woo menyoal pelik.
"Ya, dia isteri saya." jawab Jimin tanpa berahsia kerana ketika ini, dia rindukan gadis itu.
"Bagaimana..."
"Jimin! Tolong saya!"
"Arghhh!" Jimin terduduk tiba-tiba apabila suara Hee Ran menjerit meminta pertolongan menerjah kuat gegendang telinganya. Bingit, ia cukup membingitkan.
"Tolong saya, Jimin!"
"Kenapa ni? Sakit kau menye..." tidak sempat menghabiskan kata, Jimin hilang begitu sahaja dari pandangan Kang Min Woo.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top