24; Sisi Baru Min Yoongi
"Jimin tahu tak awak datang ke sini?" soal Mingyu sambil mengunyah cebisan sotong mentah yang dicelup ke dalam sos cecahan terlebih dahulu.
"Dah tiga hari dia menghilangkan diri. Sembang kosong betul, kata nak setia berada di sisi saya dan tak nak pulang ke Paldang... Ini, dah macam chipsmore." aku menyedut jus poly yang dibancuh oleh Joo Chan. Ini kali kedua aku mencuba minuman tersebut, ternyata aku cukup sukakannya. Kata Joo Chan, jus poly dibuat menggunakan soda limau lemon, sherbet limau nipis dan sedikit vodka. Setiap sedutan, cukup menyamankan.
"Jimin tu banyak berahsia. Sebab itulah dia selesa tinggal di hutan berbanding kami yang lebih memilih bandar sebagai tempat bermastautin." Joo Chan mencelah. Sepiring nachos diletakkannya ke atas meja. Aku mengambil peluang mengamati lengan kanan jejaka itu. Dari siku hingga ke pergelangan tangan, ianya dihiasi tatu bermotifkan bunga ros. Tidak seperti penampilan luarannya yang nampak keras, terselit kelembutan pada diri Joo Chan.
"Bagaimana?" kening Mingyu terjungkit.
"Bagaimana apa?" aku memandangnya hairan.
"Pemulangan hayat kedua, dia bersetuju?" Mingyu dan aku kini berbalas pandang.
"Gagal. Dia tak nak terima langsung." aku melepaskan satu keluhan.
"Nak kami tolong?" Joo Chan menyoal.
"Ya, tetapi bukan sekarang. Kita tunggu waktu yang sesuai." aku menjawab lantas mengenggam kepingan nachos dan menyumbatnya ke dalam mulut. Jenis aku memang takkan control ayu bila makan, aku lebih memilih untuk menunjukkan sikapku yang sebenar dari terus berpura-pura. Ah, lantaklah apa orang nak kata.
"Baiklah. Apa-apa hal, hubungi saya atau Joo Chan." Mingyu tersandar kekenyangan.
"Ya." aku mengangguk patuh.
*******
Park Jimin berdiri di hadapan rumah lama dengan rasa tidak puas hati. Seperti ada yang kurang pada dinding yang baru dibaikinya dan dicat semula.
"Warna terlalu suram ke?" jari-jemari menyentuh dagu, jejaka itu mula berfikir.
"Tak, rasanya dah okey." Jimin menguntum senyum sebelum melepaskan penat lelah di atas batang pohon birch yang hampir reput itu. Beberapa tompok kulat madu tumbuh dengan sihat menarik perhatian Jimin. Tumbuhan itulah pernah menjadi sumber pendapatannya beberapa tahun lepas. Mungkin kerana rasa kulat itu manis apabila dimasak, penduduk Paldang begitu menyukainya.
"Ah! Sudahlah, Jimin. Rehat sudah cukup, sekarang kau kena buat kerja lagi." Jimin berbicara sendiri lantas bangkit dari duduknya.
Bertemankan kicauan unggas dan angin dingin menderu lembut, Park Jimin mula menyambung kembali kerjanya.
*****
"Kak." Minho menjengah memandangkan aku membiarkan sahaja pintu bilikku terbuka luas. Melilau sepasang mata remaja itu seakan mencari sesuatu.
"Apa?"
"Abang Jimin tak ada eh?" Minho menyoal.
"Kau nampak ada ke tidak?" aku mendengus. Terbantut pula niatku untuk mengemaskini fanfiction di aplikasi wattpad.
"Heeee." Minho tersengih lalu mendapatkanku. Aku perasan, dua bar coklat berada di dalam genggaman tangannya.
"Nak membodek apa pula kali ni?" sindirku lalu merampas coklat tersebut dari adikku. Aku sudah masak akan perangainya, kalau mahukan sesuatu... Dengan rela hati dibawanya snek atau coklat untukku.
"Adik nak tahu tentang Abang Jimin." Minho berterus-terang. Punggungnya dihenyak ke birai katil.
Tiba-tiba aku rasa stress dan pada masa yang sama curiga tentang Minho. Kenapalah sibuk sangat nak tahu hal Jimin?
Aku sendiri pun tak tahu latar belakang sebenar hantu jembalang tersebut, inikan pula mahu bercerita kepada Song Minho.
"Kalau nak tahu tentang latar belakang dia, kau tanyalah sendiri. Jangan tanya akak." aku menarik laci meja dan meletakkan coklat pemberian Minho ke dalamnya lalu mengambil sesuatu.
"Dah lama akak nak bagi kau benda ni." aku mencampakkan bungkusan kertas kepada Minho. Remaja itu bertindak pantas dan menyambutnya.
"Apa ni kak?"
"Serbuk teras kayu gaharu. Jimin yang hadiahkan. Kau gunakan ia sebagai aromaterapi, katanya bau kayu tu bila dibakar... Boleh menenangkan minda dan mengurangkan keresahan." terangku seperti apa yang diberitahu Jimin beberapa minggu lepas.
Sebenarnya Jimin menghadiahkan serbuk kayu itu kepadaku, namun aku tahu... Minho lebih memerlukannya. Sudah hampir lima tahun adik lelakiku itu bergelut dengan penyakit anxiety dan beberapa kali aku pernah melihatnya mengalami serangan panik.
"Sampaikan terima kasih aku kepada Abang Jimin ya?" Minho bingkas berdiri lalu keluar diri bilikku tanpa banyak bicara.
Pheww. Aku menarik nafas lega. Ternyata aku berjaya mengalihkan topik perbualan yang hampir-hampir meluruhkan jantungku.
"Minho, Minho." aku menggelengkan kepala lalu menyambar telefon pintar. Masa untuk menaip fanfic lagi.
******
"Dahlah buat muka macam tu." aku mencubit pipi Jung Yong In. Aku tahu Yong In terlalu kecewa kerana permohonan bekerja separuh masa ditolak. Aku juga merasa kecewa kerana bekerja di Baskin-Robbins adalah impianku semenjak kumpulan idola hangat Korea Selatan, Born To Slay diumumkan menjadi duta terbaru untuk jenama aiskrim popular itu.
"Esok kita cuba cari kerja lagi. Manalah tahu ada rezeki." aku memujuk Yong In. Langkah kuatur tidak sabar menuju ke perhentian bas. Penat sangat sehari suntuk ke sana ke mari memburu kerja. Apabila sampai di rumah nanti, aku mahu terus tidur dan skip makan malam.
"Ya, aku tahu." Yong In menjawab lemah. Sesekali matanya melilau seakan mencari sesuatu.
"Ah! Han Gyul!" jerit Yong In teruja apabila terlihatkan teman lelakinya memarkir motorsikal di pinggir jalan.
Tu dia, dari sedih... Mood rakan baikku itu berubah ceria.
"Aku balik dulu ya, Hee Ran. Jaga diri dan jumpa esok." pamit Yong In lalu berlari mendapatkan Han Gyul. Kini aku harus menanti bas bersendirian.
"Penat?" satu suara menegurku membuatkan aku terperanjat. Suara itu...
Aku memalingkan wajah. Berdiri Min Yoongi bersama kuntum senyuman. Beg plastik putih berisi sesuatu dihulurkan kepadaku. Aku tidak menyambut pemberian tersebut malahan aku menginjak sedikit, cuba menjauhkan diri dari jejaka itu.
"Aku bukan nak apa-apakan kau." Yoongi menyambar lenganku dan dalam sekelip mata aku dan dia berada di satu tempat yang dipenuhi pokok bunga ros pelbagai jenis dan warna.
"Ki...kita di mana sekarang? Awak jangan berani nak..."
"Kita berada di Taman Ros Keisei." jawab Yoongi selamba.
"Kei...Keisei?"
Jepun ke? Aku sekarang berada di Jepun?
"Dahlah buat muka takjub macam tu. Jom." aku diheretnya menuju ke arah gazebo putih. Bagaikan lembu dicucuk hidung, aku menurut sahaja. Sebenarnya, aku sudah terpukau dengan keadaan sekeliling.
"Untuk kau." beg plastik diletakkan ke atas ribaku sebaik aku menghenyak punggung ke atas bangku.
"Apa benda ni?" sambil bertanya, tanganku menyelongkar beg plastik tersebut. Ada beberapa biji mochi bunga sakura dan nasi kepal pelangi berintikan kari kacang peas. Ini...
Aku mendongak, memandang wajah Yoongi.
"Aku tahu, itu yang kau inginkan selama ini." Yoongi mengambil tempat duduk di sebelahku lalu menyambar sebiji mochi bunga sakura.
"Awak makan jelah." aku menyerahkan kembali pemberian itu kepadanya. Dibuatnya ada racun, tidak ke aku akan mati katak begitu sahaja?
"Ya, aku sedang makan. Aku takkan risikokan diri-sendiri kalau benda alah ni mengandungi racun." jejaka itu menyindir. Dinikmatinya mochi bersama senyuman.
Aku syak kepala Nephilim bedebah ni terhantuk di mana-mana, lain macam perangainya atau pun... Ada udang di sebalik batu.
"Kalau awak mahukan sesuatu, cakap je. Tak perlu bawa saya sampai ke sini." aku memandang sebal wajah pucat jejaka itu.
"Ya, aku mahukan sesuatu tetapi aku tahankan ia buat sementara waktu." berbekalkan keberanian, Yoongi menyentuh tatu harimau hitam yang sudah pun pudar di pergelangan tanganku.
"Kau tahu tak apa maksud tatu ini?" Yoongi menyoal.
Aku mengeluh di dalam hati. Hari tu Mingyu dan Joo Chan dah bangkitkan perkara tersebut, hari ini... Giliran Min Yoongi pula.
"Tahu, ianya menandakan saya isteri kepada Haures." aku menjawab mudah.
"Satu lagi, ia berfungsi sebagai penjejak. Jadi, ke mana sahaja kau pergi... Haures boleh mengesannya dengan mudah." giliran Yoongi pula menambah.
"Iya?" kening kiriku terjungkit.
"Habis, bagaimana awak dapat mengesan di mana keberadaan saya? Asyik muncul dengan tiba-tiba je." aku mencebik.
"Gerak hati." jawab Yoongi ringkas.
Phui! Gerak hatilah sangat kan?
"Saya nak tanya sesuatu boleh?" dari terus duduk-duduk, baik aku bangun dan menikmati keharuman bunga ros yang tumbuh subur di taman ini.
"Apa dia?" Yoongi mengekori langkahku.
"Kenapa awak terlalu berdendam dengan Haures?" aku menyoal kepada jejaka berambut hitam itu.
"Hobi." sepatah kata meluncur laju dari mulut Yoongi.
"Kenapa awak memilih untuk berdendam sedangkan awak boleh hidup bahagia seperti makhluk Tuhan yang lain?" sengaja aku melontarkan soalan itu untuk bermain dengan psikologi Nephilim.
Min Yoongi terdiam. Langkahnya dipercepatkan seperti mahu meninggalkanku.
"Awak berhak bahagia, Nephilim. Jadi, tolong jangan ganggu Haures lagi!" aku melaung.
"Diam!" Yoongi membentak.
"Saya tahu awak mangsa keadaan. Awak terpaksa. Awak dipaksa!" aku melaung lagi.
Ssap! Kini Min Yoongi berada di hadapanku dalam sekelip mata. Wajah kami terlalu dekat hingga aku dapat merasai nafas hangat jejaka itu.
"Aku akan bunuh kau kalau kau berani buka mulut lagi." Yoongi berbisik ke telingaku memberikan amaran lalu tanganku diraihnya kasar.
Tidak sampai beberapa saat, aku kembali berada di perhentian bas... Berseorangan.
*********
Setakat ni okey ke tidak jalan ceritanya? 😅 Apa pun, jangan lupa vote dan komen ya. Kalau baik hati, hebahkan kewujudan fanfic ini kepada rakan-rakan anda. 🥰
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top