18; Penerimaan Keluarga Song
Nota: Tolong vote dan komen kalau tak nak kena gigit. Rawrrr. 👹
**********
Min Yoongi mengundur beberapa tapak. Nampaknya keputusan beliau pulang ke Zagreb adalah salah. Kini jejaka itu telah dikepung oleh Isaiah dan Hayden.
"Berani kau pulang ke sini, anak haram." sengihan Isaiah melebar sebelum rahang Yoongi dicengkamnya tiba-tiba.
"Aku tahu, motif utama anak haram ni pulang ke sini... Mahu rampas takhta dari tangan Psalm dan kuasai bangsa Nephilim." Hayden mencelah. Telapak tangan kanannya dibuka mengeluarkan api kecil berwarna biru muda.
"Aku bukan anak haram dan aku mahu mengambil kembali apa yang mereka dah rampas dari ayah aku." hambur Yoongi sebelum meronta-ronta cuba melepaskan diri dari mereka berdua, nephilim yang sudah dikaburi kemunafikan Psalm.
"Aku tak akan benarkan!" bentak Isaiah. Semakin kuat rahang Min Yoongi dicengkamnya. Hayden pula tidak berdiam diri. Api kecil di tangan jejaka berambut merah itu dilibas laju ke muka Yoongi.
Garisan daging terbakar nampak jelas bermula di bahagian pelipis mata hingga ke pipi. Min Yoongi jatuh tersungkur ke lantai, mengerang kesakitan.
"Ini baru sikit, Yoongi. Di kemudian hari, kau akan menerima nasib seperti bangsa Haures yang dibakar hidup-hidup oleh ayah kau. Kau dan ayah kau, sama-sama bodoh!" Hayden meludah ke tanah. Jejaka itu menyeringai tajam sebelum hilang dalam sekelip mata bersama Isaiah.
"Tak guna!" Yoongi berteriak kuat, melepaskan amarah dan pada masa yang sama turut kecewa akan diri-sendiri.
Kenapa kau masih lemah, Yoongi?Kenapa????
******
"Tulis apa?" sedang asyik aku menulis sesuatu pada buku nota kecil berwarna ungu, Park Jimin menjengah tiba-tiba. Hampir terperanjat aku dibuatnya.
"Sibuklah. Pergi main jauh-jauh." aku mendengus kerana konsentrasiku menulis catatan harian atau bahasa mudahnya 'diari' sudah terganggu.
"Menulis yang bukan-bukanlah tu." Jimin tertawa kecil. Sempat tocang rambutku diusiknya sebelum jejaka itu menghenyakkan tubuh ke atas katil.
Park Jimin bertingkah seperti biasa tetapi aku... Aku terasa kejanggalannya apabila mengenangkan kisah beberapa hari lepas yang berlaku di pantai.
"Awak..." aku mahu menanyakan sesuatu kepada jejaka itu.
"Apa dia?" Jimin berpaling, kini memberi tumpuan sepenuhnya kepadaku.
"Kenapa awak pilih saya..."
"Kerana satu janji yang pernah awak buat dahulu." tidak sempat aku menyudahkan pertanyaan, Jimin sudah memotongnya.
Janji? Bila masa pula aku pernah berjanji dengan dia?
********
"Hee Ran, hati-hati." Song Dohan berpesan apabila anak perempuannya yang berusia enam tahun itu asyik berlari mengejar seekor rama-rama.
"Alah, budak-budak. Biarkan je dia berlari." Min Woo mencelah.
"Aku bukan apa, dibuatnya jatuh... Pandai pula menangis meraung sampai sakit telinga dibuatnya." Dohan tergelak kecil mengenangkan perangai Hee Ran.
"Ayah, Hee Ran nak ke sana boleh?" Song Hee Ran melaung sambil jarinya ditunding ke arah danau kecil.
"Boleh, tapi hati-hati tau. Jangan sampai pakaian kamu basah." Dohan membalas permintaan anaknya itu sebelum menghenyakkan punggung ke atas tunggul kayu yang sudah pun reput.
"Baik!" Song Hee Ran bersorak girang. Niatnya mahu ke danau kecil kini menyimpang apabila ternampak seorang jejaka sedang termenung di bawah pohon kamelia.
"Eh, ada abang comellah." Hee Ran terus berlari menuju ke arah pohon kamelia. Kehadiran anak kecil itu secara tiba-tiba membuatkan jejaka berwajah sugul terperanjat besar.
"Abang." Hee Ran merapati jejaka tersebut.
"B...bagaimana kamu nampak saya?"
*******
"Janji apa? Seumur hidup saya, baru sekarang saya jumpa awak ya... Jadi, jangan nak menipu." aku menutup buku nota. Bila Jimin menghilang nanti, tahulah aku mana nak sorok buku yang dijadikan sebagai diari ni.
Bawah meja, itulah lokasi yang menjadi tempat aku menyorokkan sesuatu. Dengan menggunakan pita pelekat, aku pernah sorokkan kad laporan prestasi Sekolah Tinggi di bawah meja dari dijumpai ibu.
Cerdik kan aku?
"Song Hee Ran." nama aku diseru.
"Apa dia?"
"Kenapa awak tak agresif seperti dulu?" Jimin bangkit dari katil dan cuba mendapatkanku lagi.
"Maksud awak?"
"Iyalah. Sekarang awak macam menerima kehadiran saya dan ingat tak apa yang berlaku di tepi pan..."
Kejap? Tunggu sekejap? Dia nak ungkit tentang kebodohan aku cium dia...
"Tidak!" aku bangkit dari kerusi dan terus menekup mulut Park Jimin.
"Jangan sesekali ungkit tentang hari tu dan jangan sesekali..."
"Surprise!!! Selamat..."
Pintu bilikku terkuak luas. Muncul ayah, ibu dan Minho bersama sebiji kek berwarna ungu.
What the? Takkanlah...
"...hari lahir, Song Hee Ran." ucap ibu dan ayah sambil mata mereka tertancap pada Jimin.
"Ah, kak. Cepatlah tiup lilin ni." Minho memainkan peranan. Aku ditariknya dan dipaksa untuk meniup tiga batang lilin yang kekal setia bernyala di atas kek.
Bagi mengurangkan kejanggalan, aku berpura-pura seperti biasa. Kedua tanganku kemas bertaut dan aku mula memasang impian di dalam hati.
Semoga ayah dan ibu sentiasa sihat.
Semoga keluarga kami dirahmati dan bahagia hingga ke penghujungnya.
Semoga aku menemui cinta sejati yang mampu buat aku gembira setiap masa.
"Fuhhhh!" tiga batang lilin itu kutiup penuh bersemangat sebelum pipi ibu dan ayah kukucup penuh syukur.
"Siapa?" ibu berbisik ke telingaku. Nampaknya ibu tak marah. Ayah pula asyik menguntum senyum.
"Bakal menantu ayah ke?" ayah menyampuk perlahan.
"Haa, perkenalkan... Kekasih hati Kak Hee Ran dan bakal menantu Keluarga Song!" bagitahu Minho penuh teruja.
Gila ke apa adik aku ni?
"Haa, bakal menantu ayah ya? Jom, jom. Kita raikan sambutan hari lahir Hee Ran bersama-sama." ayah menghampiri Jimin. Bahu jejaka tersipu malu itu dirangkulnya.
Aku terkedu, kaku, rasa seperti berada di antara realiti dan mimpi.
Kenapa keluargaku bersikap terlalu terbuka tidak seperti keluarga lain yang lebih berpegang kepada adat dan budaya?
Mati-mati aku ingat ayah akan halau Jimin dan aku pula akan menerima leteran ibu selama 40 hari 40 malam kerana membawa masuk lelaki asing ke dalam bilik secara senyap-senyap.
Vice versa.
Mereka nampaknya suka akan kehadiran Park Jimin. Terdesak sangatkah mereka mahu menantu?
"Jom, Hee Ran. Ibu dah hidang semua makanan kegemaran kamu." ibu menarik tanganku. Mahu tidak mahu, aku terpaksa menurut ibu dan keluar dari bilikku.
Tu dia. Bila sampai ke ruang tamu, mataku membuntang luas. Makanan penuh terhidang di atas meja. Tidak lupa juga dekorasi pada dinding. Ada belon berwarna merah jambu dan ungu lembut serta tulisan gegantung 'happy birthday, princess'.
Okey, sumpah sekarang aku rasa seperti puteri.
"Sini." ayah mengajak aku untuk duduk bertentangan dengan Park Jimin. Kalau boleh aku nak mengelak, tetapi nampaknya ayah cukup beria. Aku akur.
Sesekali Jimin menguntum senyum. Jejaka itu kelihatan sedikit selesa berbanding tadi.
"Aish, lupa pula. Nama kamu siapa?" ayah menyoal. Seketul daging masam manis diletakkan ke dalam mangkuk nasi milik Jimin.
"Park Jimin."
"Orang mana?"
"Paldang."
"Paldang? Ya Tuhan, sepupu ayah pun ada tinggal di sana."
Sekarang ayah membahasakan dirinya 'ayah' kepada Jimin. Aku perasan reaksi jejaka itu.
Park Jimin sukakannya.
"Dahlah bersembang. Kita makan dulu, ayah. Minho dah lapar ni." Minho merengek manja.
Tak padan umur 18 tahun. Kalau nakkan perhatian, rela dia berkelakuan seperti anak kecil.
"Haa, jemputlah makan. Ibu kamu ni, macam-macam dimasaknya biar pun ayah dah larang." ayah tergelak kecil. Ibu pula sibuk membahagi-bahagikan ayam rebus kepada kami berempat.
Sambil makan, sesekali ayah berceloteh manakala Minho cuba membuat lawak hambar. Tawa mengisi di segenap rumah.
"Makan lagi, menantu ayah." ayah sentiasa menyantuni Jimin. Entah kenapa aku rasa cukup senang melihat hubungan yang terbina di antara mereka berdua.
Kreek. Kreek. Srettttttt.
Bunyi sesuatu dari tingkat atas mematikan tawa kami semua.
"Dia dah buat dah, dah buat dah." Minho mendengus.
"Tak boleh ke alih perabot di siang hari? Menganggu ketenteraman tahu tak?" marah adik lelakiku sehinggakan beberapa biji nasi tersembur keluar dari mulutnya.
"Biarkan jelah dia." ayah mencelah.
"Lama sangat dia terbaring di hospital. Bila dah dapat balik ke rumah, mesti nak buat perubahan susun atur perabot." tambah ayah lagi.
Song Minho pandang aku. Aku pandang Park Jimin.
"Dah sedar ke orangnya, bang? Saya tak tahu menahu pula." ibu menyoal.
"Dah." sepatah ayah menjawab.
"Tapi kan..."
Kreeek. Kreeek.
Bicara ayah terhenti. Makin menjadi-jadi orang rumah atas buat hal.
*****
Min Yoongi tersenyum sinis setelah menangkap butir bicara penghuni di tingkat bawah.
"Bergembiralah dulu, Haures. Satu hari nanti, aku akan renggut semua kebahagiaan yang kau ada." kuku tajam dicengkam ke dinding. Cakaran demi cakaran menghasilkan bunyi yang cukup membingitkan.
Bagi Min Yoongi, ianya tidak ubah seperti sebuah melodi iaitu...
Melodi kematian.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top