14; Bukan Rindu Tapi Bimbang

"Dasar Minho pemalas!" aku melepaskan geram sebaik melangkah keluar dari lif. Kaki kutala laju menuju ke satu destinasi; Kedai serbaneka 24 jam.

"Kimchi lobak, mi soba, makgeolli. Kimchi lobak, mi soba, makgeolli..." aku cuba mengingati barang yang dipesan oleh ibu.

Kau pun satu, Song Hee Ran. Dah tahu diri pelupa tetapi tetap berdegil tak nak buat senarai barang. Sekarang, terpaksalah mengingatinya menggunakan otak separa berkarat kau tu haa.

"Kimchi lobak, mi soba..."

"Hee Ran."

Satu suara menyapa ketika aku sedang bergelut dalam sesi menghafal.

"Apa?" aku menggulingkan biji mata. Tak perlu tengok siapa empunya suara itu, sebab aku dah arif sangat.

"Lepas keluar dari hospital makin garang ya?" tawa kecil Min Yoongi meletus. 

"Ya kot. Mungkin nurse ada suntik ubat garang ke tubuh saya ni." aku melangkah menyusuri kaki lima. Kedai serbaneka 24 jam makin jelas kelihatan.

"Hee Ran." tanganku disambar Yoongi tiba-tiba. Haipp! Ini sudah boleh dikategorikan sebagai sentuhan tanpa kebenaran. Sexual harassment betul.

"Apa dia?" aku merentap tanganku dari terus dipegang lelaki itu. Sangkaan aku meleset, Yoongi sekali lagi menarik tanganku sebelum dirinya perasan akan sesuatu.

"B...bagaimana awak dapat tanda ni?" matanya masih tertancap pada pergelangan tanganku.

Heol! Dalam ramai-ramai orang yang sentiasa ada disampingku, mereka tidak perasan akan kewujudan tatu ini. Tetapi tidak bagi Yoongi.

"Ini? Tatu ni? Buat di kedai tatulah." aku membohonginya. Kalau aku cakap tatu ni ada selepas Jimin mengisytiharkan aku dah jadi isteri dia, pasti Min Yoongi akan menuduh aku gila.

••••••

"Oh, buat di kedai tatu. Cantik dan berseni rupanya." tangan Song Hee Ran dilepaskan.

Min Yoongi bereaksi seperti biasa. Hakikatnya dia tahu akan asal-usul tatu itu.

Tatu harimau hitam, tatu yang menjadi kebanggaan bangsa Haures dan ianya hanya muncul apabila mereka berjaya mengahwini seseorang yang bukannya dari bangsa mereka sendiri.

"Haa, kembar awak bagaimana? Masih tiada perubahan?" pertanyaan ramah Hee Ran menyentakkan lamunan Yoongi.

Malas untuk menjawab, Yoongi sekadar menggeleng-gelengkan kepala. Dia risau. Jika dibiarkan Haures tanpa membunuhnya dengan kadar segera, mungkin Yoongi pula yang akan menerima nasib malang di kemudian hari.

Min Yoongi tahu, Haures makin kuat. Jadi dia tidak boleh melengahkan masa. Song Hee Ran yang berada kini di depan mata mesti dipergunakan sebelum segala-galanya terlambat.

"Petang esok saya mahu melawat Yoonjae. Awak mahu ikut?" dari membiarkan tiada apa-apa usaha, Min Yoongi mencuba nasib.

••••••

Yoongi ajak aku melawat kembar dia? Entah apa fungsi kalau aku ikut sekali? Aku bukan kekasih Yoongi mahu pun Yoonjae, apatah lagi ada pertalian darah dengan mereka.

"Cuba bagi satu sebab kenapa awak beria ajak saya ni?" sengaja aku menduga Yoongi.

"Insani." sepatah lelaki itu menjawab. Nadanya juga kedengaran terlalu berharap.

Alahai... Ini yang aku lemah bila konsep 'insani' dibangkit. Aku bukan manusia yang tidak prihatin, cuma...

Alahai... Sekarang aku rasa serba-salah.

"Esoknya pukul berapa? Kita nak jumpa di mana?" akhirnya aku bersetuju dengan ajakan itu. Kalau boleh, ini kali terakhir aku berbuat baik tidak bertempat kepadanya.

"Kita jumpa di hadapan blok, pukul 3 petang." jawab Yoongi bersama wajah yang ceria. Bukan main tadi mendung bak awan sarat air hujan.

"Okey. Dah, dah... Sekarang jangan ikut saya lagi. Awak boleh balik." aku menghalau lelaki itu.

"Terima kasih, awak."

"Mi soba, kimchi lobak, tauhu... Eh, kejap... Rasanya bukan tauhu. Apa dia ya?" terkumat-kamit aku cuba mengingati barang-barang yang dipesan ibu.

Sekarang aku dah ingat-ingat lupa. Aghh! Geramnya!  Min Yoongi punya pasallah ni.

••••••

Melalui tingkap yang terbuka, aku dapat melihat bulan mengambang penuh serta merasai angin malam sepoi-sepoi bahasa bertiup menampar lembut wajahku.

Antara waktu malam yang cukup indah bagiku walaupun bintang tidak kelihatan di dada langit.

Jika aku mati dan dilahirkan kembali, aku mahu menjadi sebiji bintang kerana mahu berada di sisi bulan... Sama-sama menyinari dunia ini.

"Jauh termenung, rindukan kita ke?" suara menyapa tiba-tiba berjaya membuat aku terperanjat dan hampir terjatuh dari bangku.

Haa, tu dia. Park Jimin dah muncul selepas beberapa hari menghilangkan diri. Aku baru ingat nak raikan hari kehilangannya, sekali... Ada lagi.

"Kalau saya rindu awak, memang buang tabiat nak matilah jawabnya." tiada kuasa melihat wajah itu, bulan di langit menjadi tatapanku.

"Ya ke? Kenapa saya dapat merasakan awak merindui saya..."

"Itu bukan rindu, tapi bimbang." aku memangkah laju bicara Jimin.

"Okey, bimbang pun bimbanglah. Sekurang-kurangnya awak tetap prihatin dan masih mengambil berat tentang saya." Park Jimin berdiri di sebelahku. Badannya disandarkan pada dinding konkrit.

"Ada apa pada bulan mengambang tu sedangkan saya sudah ada di sini." daguku dicuit Jimin, seakan lelaki itu mahu aku melihatnya.

Ya, sekarang aku dan dia memberi panahan mata. Walaupun hanya untuk beberapa saat, ia berjaya mewujudkan satu kejanggalan luar biasa.

"Hari ni buat apa?" Jimin menyoal.

"B...buat apa? Seperti biasalah. Menghadiri kuliah, tolong ibu buat itu ini, bergaduh dengan Minho tak guna tu dan..."

"Dan..." Jimin berpeluk-tubuh sepertinya mendesak aku menyudahkan bicara.

"Itu jelah." aku mencemik.

"Tak, saya rasa bukan setakat itu je... Awak curang di belakang saya ya?"

"Curang?" aku hampir tersedak air liur sendiri. Tuduhan apakah ini?

Kejap! Kenapa aku rasa Jimin tahu semua aktiviti yang aku lakukan hari ini?

Ya, aku lupa. Dia hantu jembalang yang mempunyai kuasa istimewa. Ah, tak hairanlah asyik soal aku yang bukan-bukan.

"Encik Park, dengar sini ya. Sesiapa yang saya jumpa, awak tidak perlu tahu. Saya nak curang ke, nak kahwin ke... Awak siapa? Awak tiada hak..."

"Kan saya dah cakap, awak isteri saya. Saya berhak untuk cemburu bila awak bertemu lelaki lain terutamanya Si Tak Guna tu." intonasi Jimin berubah tinggi.

"Si Tak Guna? Siapa? Maksud awak Yoongi?" dari meja belajar, aku menapak ke katil.  Geram pula bila bergaduh dengan hantu jembalang tak sedar diri ni.

Tak habis-habis isytihar aku isteri dia.

"Jauhkan diri dari dia. Dia bukan manusia seperti yang awak sangka." aku diberi amaran.

"Sama je kan macam awak." aku menggulingkan biji mata tanda tak kuasa dengan Park Jimin.

"Tak, kami tak sama." Jimin menyangkalnya perlahan sebelum meraih tangan kiriku dan menghadiahkan aku satu kucupan di dahi. Aku tidak mampu mengelaknya.

Dalam sekelip mata, aku kini berada di satu tempat yang cukup asing bagiku.




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top