08; Rumah Lama
"Di sana!" Myungsoo menunding ke satu arah dan melangkah cepat. Aku yang mengekori Myungsoo dari belakang pada mulanya kini menyaingi dan berjalan seiring dengan lelaki itu.
Runtuhan rumah lama didekati kami berdua. Tidak henti Myungsoo mengambil gambar runtuhan rumah tersebut menggunakan kamera digital miliknya manakala aku pula mencatit sesuatu.
"Sebelum Tasik Paldang dan empangannya wujud, kawasan ini merupakan tanah pertanian. Hampir 90 peratus penduduk Paldang bercucuk-tanam tetapi setelah wujudnya tasik ini.. Keadaan terus berubah. Mereka terpaksa mencari tanah baru atau mencuba nasib menjadi nelayan, memukat ikan." terang Myungsoo kepadaku.
"Ahh.." aku mengangguk faham. Sepupu ayah, Pakcik Hong juga tinggal di sini dan menjadi nelayan setelah tanahnya tenggelam menjadi tasik.
"Hee Ran, okay tak?" kini Myungsoo mendapatkanku, menunjukkan gambar hasil tangkapannya.
"Okay sangat dah ni. Tak sangka awak pandai ambil gambar." aku memujinya untuk mengambil hati, ada udang di sebalik batu katakan.
"Kalau macam tu..awak berdiri di sana." lelaki itu mengarah dan menyuruhku berdiri betul-betul di bawah pohon birch.
"Nak buat apa?" aku tersipu malu namun tetap melangkah ke arah pokok tersebut dan berdiri tegak memandang Myungsoo.
"Senyum." kamera ditala ke arahku. Myungsoo menguntum senyum sebelum membilang.
"3, 2, 1.."
Kcakk! Kcakk! Kamera berbunyi. Aku diserang debaran kencang. Bagaimanalah rupanya hasil tangkapan gambar tersebut? Aku cantik ke tidak?
"Nanti saya hantar gambar ni melalui kakaotalk ya." Myungsoo tersenyum lagi, menampakkan lesung pipitnya.
Ya Tuhan, dugaan apakah ini?
Nak je aku menjerit sekarang ini dengan sekuat hati; Myungsoo, saya sukakan awak!!!
"Hee Ran, apa kata kita.."
"Myunsoo, saya sukakan awak." meluncur laju ayat itu dari mulutku tanpa aku jangka. Pada masa yang sama angin berhembus kuat hingga beberapa pohon birch bergoyang-goyang.
"Apa? Saya tak dengar?" kening kiri Myungsoo terjungkit.
Dia tak dengar? Syukur Ya Tuhan. Sejujurnya aku sendiri rasa tidak bersedia untuk membuat pengakuan tersebut terhadapnya.
"Tak..lepas ni kita nak ke mana?" aku mencipta pembohongan.
"Ah, kejap lagi kita ke sana. Kemudian baru kita jumpa Mingyu dan Nayeon. Sebelum tu, saya nak masuk ke sana. Awak nak ikut?" Myungsoo membuka langkah, menuju ke sebuah rumah yang masih utuh walaupun sudah lama ditinggalkan.
"Awak masuk dulu. Kalau selamat, baru saya masuk." aku tersengih. Hakikatnya aku takut kalau ada labah-labah dalam rumah itu. Boleh histeria aku dibuatnya kalau terjumpa serangga tersebut. Baik berada di luar, boleh ambil angin dan melihat kawasan sekitarnya.
"Ya, tunggu di luar ni tau. Jangan pergi mana-mana." pesan Myungsoo seakan bimbang terhadapku sebelum dirinya melolos masuk ke dalam rumah lama yang ditinggal orang.
"Baik." dengan patuh, aku kekal berdiri dan memerhati keadaan sekeliling.
"Bunga tu.." mataku membuntang tatkala terpandang bunga kembang girang, tumbuh merenek di celah semak-samun.
"Ya Tuhan, kat sini pun ada bunga ni ya?" berbekalkan perasaan teruja dan jakun, aku mendekati bunga tersebut. Seingat apa yang aku tonton, bunga kembang girang bukan sekadar bunga tetapi turut boleh dimakan. Celup sahaja bunga ini ke dalam bater, kemudian goreng. Enak dimakan begitu saja tanpa sebarang sos cecahan.
Aih, tiba-tiba kecur air liur pula bila membayangkannya.
"Hee Ran.."
"Ya?" automatik aku menyahut. Aku tidak terus berpaling kerana aku baru sedar suara itu bukan milik Kim Myungsoo.
"Song Hee Ran." namaku diseru lagi. Tubuhku menjadi kejung serta-merta. Aku ketakutan.
"Jangan takut. Saya bukan orang jahat. Sudah lama saya ternanti kehadiran awak."
Bu..bukan orang jahat? Tetapi kenapa aku rasa auranya begitu menyeramkan?
Hantu jembalangkah? Atau syaitan bertanduk dua?
"Hee Ran." belum sempat aku memejam mata rapat, satu wajah muncul di hadapanku. Terlalu dekat hingga hidung kami hampir berlaga.
"To.." aku mahu menjerit supaya Myungsoo tahu aku di dalam keadaan bahaya, namun mulutku ditekup kasar sebelum pandanganku berubah gelap-gelita.
••••••
"Awak memang gila eh? Dah tak ada kerja di atas dunia ni sampai nak culik anak orang? Paras rupa okay, tapi otak tak berfungsi." aku memaki lelaki yang masih memilih untuk berdiam diri.
"Bagi saya kunci sekarang juga, kalau tak..saya tendang dinding rumah buruk awak ni sampai roboh." aku menyinsing lengan baju hingga ke siku.
"Kalau nak kunci, datang ke sini." rambut dikuak ke belakang. Akhirnya nak juga dia bersuara.
"Awak cabar saya eh?" aku mencapai pelocok sinki dan berjalan ke arah lelaki itu bersama amarah yang tidak dapat dibendung lagi.
"Nak?" segugus kunci sengaja ditayangkan kepadaku. Memang nak cari gaduh agaknya.
"Sini!" aku cuba merampas kunci tersebut namun lelaki itu lagi pantas. Tangan kananku dipulas ke belakang.
"Lepaslah! Sa.."
Sakriti se od ljudskog vida.
Sakriti se od ljudskog vida.
Sakriti se od ljudskog vida.
Ayat sama, diulang tiga kali dan dihembus ke ubun-ubunku membuatkan aku terdiam buat seketika.
"Nah, kuncinya." segugus kunci diletakkan ke dalam telapak tanganku. Lelaki itu mengundur beberapa langkah.
"Pintu tak berkunci pun." terjungkit senyuman di hujung bibirnya.
Apa? Apa? Tak kunci?
"Larilah ke mana awak mahu lari, tetapi saya jamin awak akan kembali lagi ke sini."
Ah, merepek. Siapa yang nak kembali ke rumah buruk ni, lepas tu bersama lelaki penculik?
"Siap awak, saya report polis nanti." tanpa sengaja aku menunjukkan jari tengahku kepadanya. Tidak mahu melengahkan masa, aku menendang pintu hingga terbuka luas lalu aku berlari tanpa berpaling ke belakang.
Kau tunggulah! Nanti polis datang tangkap kau!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top