40
"Tuan Park." Jaemin berjalan mendekati Haeyoung dan menarik tangan gadis itu untuk berdiri di belakangnya. Tangan Haeyoung dicapai dan digenggamnya erat. Gadis itu sedang menggeletar. Wajahnya kekal ditundukkan memandang kearah lantai, tidak berani mahu bertentang mata dengan ayahnya itu.
Jaemin mula berasa kasihan dengan gadis itu, tangannya menggeletar terlalu kuat akibat ketakutan. Tangan gadis itu diusap lembut supaya Haeyoung dapat menenangkan dirinya sedikit, kerana dia berada bersama gadis itu sekarang.
Dia berpaling semula ke hadapan, memandang tepat kearah Tuan Park yang sudah memerhatikan mereka daripada tadi. Wajahnya langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi tetapi matanya kekal pada pegangan tangannya dengan Haeyoung.
"Jadi kamu ke kawan lelaki yang Haeyoung bawa datang rumah hari itu?" soal Tuan Park. Jaemin mengerutkan dahinya. Kenapa tiba-tiba dia membangkitkan hal ini?
"Ya." jawab Jaemin pendek. Matanya menangkap kearah katil yang berada bertentangan dengan mereka, Haechan yang sedang memandang pelik kearah mereka berdua, lagi-lagi Haeyoung yang sedang bersembunyi dibelakangnya. Lagilah lelaki itu pelik.
Jaemin memberikan isyarat mata kepada Haechan supaya dia tidak perlu risau dan kembali ke katil Hendery tadi.
"Appa buat apa dekat sini...?" Haeyoung memberanikan diri untuk bersuara, tetapi dia masih tidak berani bertentang mata dengan ayahnya. Dia mahu mendengar jawapan ayahnya. Walaupun dia masih tidak mendapat penjelasan penuh daripada Hendery, tetapi dia lebih mahukan penjelasan daripada mulut ayahnya sendiri.
Dia masih tidak mempercayai... bahawa ayahnya telah berkahwin dengan wanita lain selain daripada ibu kandung mereka. Dia masih berharap, semua yang didengarinya petang tadi hanya sekadar penipuan.
"Haeyoung kau okey?" bisik Jaemin perlahan. Badannya dipusingkan menghadap gadis kecil itu apabila dia perasan air mata yang sudah bertakung pada tubir matanya. Kedua-dua bahunya dipegang dan diusap perlahan.
Haeyoung perlahan-lahan mengambil nafas panjang. Dia perlu menenangkan dirinya sendiri, dia tidak mahu nampak lemah di hadapan Chaerin. Ayahnya dan juga Jaemin sudah melihat sisi lemahnya, jadi tidak mahu orang lain melihat sisi itu padanya. Walaupun gadis itu sudah pernah melihat dia dipukul...
"Ehem." suara deheman itu membuatkan mereka berdua menoleh semula. Tuan Park sedang memandang tajam kearah Haeyoung, seakan gadis itu sudah membuat kesalahan besar.
"Kamu buat apa dekat sini?" soal ayahnya semula, mengabaikan soalan Haeyoung tadi.
"Melawat kawan." Haeyoung menjawab perlahan. Matanya memandang sekilas kearah Chaerin yang sudah terbaring diatas katil. Dia ternampak Chaerin sedang tertawa sinis. Dia berasa sungguh kecil sekarang. Dirinya terlihat seperti seorang yang penakut!
"Kamu dan Chaerin kawan ya Haeyoung? Sejak bila kamu berkawan dengan dia?" Tuan Park mengukirkan senyuman dan berjalan mendekati Haeyoung.
"Macam mana tuan boleh kenal Chaerin? Saya tak sebut nama dia lagi." tanya Jaemin, bibirnya sudah mengukirkan senyuman sinis kepada lelaki tua itu. Dia telah memerangkap dirinya sendiri, padahal mereka berdua langsung tidak pernah menyebut nama Chaerin.
Mata lelaki tua itu membuntang, terkejut dengan pertanyaan Jaemin itu. Dia melihat kearah Chaerin dan Haeyoung bersilih ganti. Haeyoung mula mengangkat wajahnya dan memandang kearah ayahnya, raut wajah yang sedang cemas.
Seketika kemudian, raut wajah Tuan Park kembali berubah, berubah menjadi senyuman sinis dan menyeramkan. Senyuman yang ditakuti oleh Haeyoung dan membuatkan luka yang dalam pada dirinya. Lelaki tua itu akhirnya tertawa sinis sambil bersilih ganti memandang kearah Haeyoung dan Jaemin.
Jaemin mengerutkan dahi, dia mengambil beberapa langkah tapak ke belakang dan masih memegang erat tangan Haeyoung supaya menjauhkan diri sedikit daripada ayah kandungnya itu.
Haeyoung mula dapat merasakan jantungnya sedang mengepam darah ke seluruh tubuh badan dengan semakin laju, manik-manik peluh mula membasahi dahinya. Kelakuan ayahnya sekarang, serupa semasa ayahnya memukulnya. Air liurnya ditelan perit. Segala mimpi buruknya seakan kembali berputar.
"Kau... dah tahu kan?" soal Tuan Park sinis. Kakinya berjalan mendekati katil Chaerin dan menoleh kearah Jaemin semula. Panggilan drastik yang sudah ditukar itu membuatkan dia tersentak. Jaemin juga sudah mula berasa resah, tetapi disebabkan mereka masih di tempat publik, rasa risaunya sedikit berkurang.
"Jadi jangan berlakon. Aku tahu kau dah tahu semuanya."
"Haeyoung jangan risau... kau cuma jangan bagitahu Chanyeol dan eomma kau tentang perkahwina ini. Kalau tak, kau tahu apa yang akan jadi kan...?" mata Haeyoung membuntang sebaik sahaja mendengar kata-kata lelaki itu. Gadis itu mengangguk laju. Bibirnya digigit kuat, menahan rasa ketakutan yang sudah menyelubungi dirinya.
"Sayang, apa dah jadi diantara kamu dengan lelaki tu?" lembut sahaja kata-kata itu keluar daripada bibir Tuan Park, dia mengusap rambut panjang Chaerin yang sedang terbaring itu.
Haeyoung sedikit tersentak mendengar nada suara ayahnya itu. Sedikit sebanyak, perasaan cemburu muncul di sudut hatinya. Ayahnya tidak pernah bercakap lembut dengannya malah tidak pernah mengusap rambutnya seperti itu. Bagaiman ayahnya boleh melayan anak tirinya selembut itu dan melayannya seperti dia bukan darah dagingnya.
"Kami dah putus dan jangan risau, saya akan jaga Haeyoung mulai sekarang." selamba sahaja Jaemin mengeluarkan kata-kata itu. Haeyoung terus memukul lengan Jaemin tetapi lelaki itu masih tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Chaerin masih kekal mendiamkan diri, dia bermain-main dengan jari-jemarinya. Gelisah melihat keadaan tegang diantara ayahnya dan Jaemin.
Tuan Park kembali memandang kearah pasangan itu. Dia merenung Haeyoung daripada atas sehingga bawah.
"Kau bercinta dengan perempuan murah ni ke?" soal Tuan Park sarkastik.
Ouh tidak, seakan ada sesuatu yang sedang menampar dirinya sekarang. Walaupun sudah banyak kali dia dilabel seperti itu oleh ayahnya, tetapi kata-kata itu masih menusuk dalam hatinya. Air mata yang ditahan daripada tadi akhirnya jatuh juga. Dia sudah tidak tahan berhadapan dengan ayahnya.
Perasaan takut, gementar, resah dan marah. Semuanya bercampur-baur. Tetapi dia tidak kuat. Tidak kuat untuk bangun untuk dirinya sendiri. Bibirnya seakan-akan digam sehingga dia tidak mampu untuk membuka mulut.
"Mungkin tuan anggap saya kurang ajar tapi sekurang-kurangnya saya tak bercinta dengan perempuan yang bertopengkan jin dan saya tak menyesal putus dengan dia." jawab Jaemin tenang, dia mengukirkan senyuman semanis-manisnya kepada lelaki itu.
"Haeyoung... appa nak bercakap dengan kamu sekejap." mata Haeyoung membuntang. Tidak... tidak...
Tangannya kembali menggeletar. Pasti perkara itu akan terjadi sekali lagi. Dan tiada sesiapa boleh menghalangnya.
"Haeyoung jangan pergi." tegas Jaemin bersuara. Tatapan yang lembut tadi terus bertukar serta merta. Tangan Haeyoung digenggam semakin erat, tidak mahu Haeyoung melepaskan pegangan tangannya.
"Jaem..." Haeyoung bersuara perlahan. Dia tidak mahu Jaemin terlibat, jika tidak lelaki ini akan turut terlibat sekali, lebih baik hanya dirinya sahaja terkena tempias. Haeyoung memegang tangan Jaemin supaya melepaskan tangannya. Dia mengusap tangan lelaki itu dan sempat mengatakan supaya jangan risau.
"Haeyoung, aku tahu apa dia akan buat-"
"Ya, aku tahu. Aku cuma nak cuba bercakap dengan dia untuk selesaikan perkara ini. Jangan risau. Kalau terjadi apa-apa, aku call kau." Haeyoung memberikan senyuman pendek kepada lelaki itu. Jaemin pasrah. Perlahan-lahan tangannya mula melonggarkan pegangan tangannya pada Haeyoung.
Dia tahu Haeyoung tidak boleh dipaksa. Dan tidak mungkin ayahnya akan memukulnya di hospital kerana tempat ini terlalu publik.
Namun sangkaannya salah, sebaik sahaja Haeyoung mendekati ayahnya yang sudah berada tidak jauh daripada katil Chaerin, tangan gadis itu digenggam kuat. Dia dapat merasakan kuku ayahnya itu menekan kulit tangannya.
Haeyoung tahu semua ini akan terjadi, walaupun di tempat publik, perkara ini masih akan terjadi... dan dia masih akan dipukul. Mungkin lebih teruk daripada sebelumnya...
Air matanya tidak berhenti mengalir, suara tangisan itu sedaya-upaya ditahan supaya tidak kedengaran. Tarikan kasar ayahnya itu sahaja mampu membuatkan dia menangis.
"Tak guna!"
dush!
Haeyoung ternganga, dia terlampau terkejut apabila seseorang datang kearah mereka berdua dan menumbuk ayahnya sehingga cengkaman pada tangan Haeyoung terlepas. Kakinya menapak beberapa langkah ke belakang akibat terkejut.
Wajahnya diangkat.
"Chanyeol-"
"Macam mana kau boleh ada dekat sini!"
🤫🤫🤫
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top