38

"Sun- Sunwoo..." Mata Haeyoung menggeletar sebaik sahaja dia melihat kearah teman lelakinya yang berdiri tidak jauh daripada mereka.

Dia berjalan perlahan cuba mendapatkan Sunwoo. Entah sejak bila, manik-manik peluh mula membasahi dahinya. Dia gementar. Sunwoo nampak semua itukah?

Na Jaemin bodoh!

Sebaik sahaja dia sudah berada dekat dengan Sunwoo, Haeyoung mencapai tangan lelaki itu erat dan memandang tepat ke dalam anak matanya.

"Sunwoo- tadi tu-"

"Yang lain ada dekat dalam ke?" soal Sunwoo riang, dia memotong percakapan Haeyoung. Bibirnya mengukir senyuman lebar seakan tiada apa yang terjadi tadi. Padahal Haeyoung yakin, Sunwoo paati melihat Jaemin menciumnya tadi.

Haeyoung teragak-agak mengangguk dan membalas senyuman lelaki itu pahit  Dia tidak mampu untuk tersenyum lebar.

Pandangan Sunwoo terhenti pada Jaemin yang masih statik berdiri di tempat tadi, merenung lama kearah mereka berdua. Sebelah tangannya berada di dalam poket.

"Korang belum makan lagi kan? Aku ada bawa sikit makanan." kata Sunwoo teruja. Dia mengusap rambut gadis itu sebelum mengambil semula plastik yang terlepas pada pegangannya tadi. Haeyoung mengangguk kekok.

Sunwoo memang sengaja buat begini ke? Rasa bersalah mula menggunung di dalam dirinya sekarang.

Baru sahaja Sunwoo mahu menarik tangan Haeyoung masuk ke dalam rumah, bunyi keluhan panjang daripada Jaemin menghentikan pergerakannya. Matanya memandang kearah lelaki itu. Jaemin tersenyum pendek dan berjalan keluar daripada kawasan rumah itu tanpa menghiraukan pasangan itu.

"Jom."

--

"Kau tak kata pun nak datang Sunwoo." tegur Haechan yang baru masuk ke ruang makan. Mereka baru pulang daripada berjalan-jalan, atau lebih tepat menjauhkan diri daripada Chaerin buat sementara waktu.

Sekarang ini, Chaerin sudah tiada di dalam rumah ini. Dia sedang bersama dengan Hendery, tidak tahu kemana lelaki itu membawa gadis itu dan Jaemin pun masih tidak pulang ke rumah.

"Aku baru je datang." jawab Sunwoo ringkas.

"Haechan sini tolong aku!" jerit Jihyun daripada dapur. Haechan segera berlari masuk ke dapur apabila namanya dipanggil.

Jeno mengambil tempat duduk di hadapan Sunwoo manakala Dahyun terus masuk ke dapur untuk menolong Jihyun memasak. Haeyoung masih duduk di sebelah Sunwoo, tetapi dia hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu bagaimana mahu memulakan perbualan mereka.

Perasaannya sudah bercampur baur sekarang. Takut? Serba-salah? Marah? Ya, semua itu bercampur sehingga membuatkan kepalanya sakit!

Kenapa Jaemin menciumnya tadi!

"Haeyoung, ada apa-apa jadi ke?" soal Jeno setelah menyedari tingkah laku pelik Haeyoung itu. Lain macam sahaja gadis itu sekarang.

"Eo- tak ada." Haeyoung menggeleng laju dan tersenyum kecil. Dia memandang sekilas kearah Sunwoo yang sedang berbual bersama Yangyang yang baru masuk ke ruang makan. Tanpa sedar, dia mengeluh perlahan. Kenapa terlalu banyak perkara yang terjadi serentak pada hari ini?

Patutnya percutian ini membuatkan dia tenang, tetapi makin berserabut fikirannya sekarang.

"Lepas makan malam ni aku nak bercakap dengan kau." bisik Haeyoung perlahan kepada Sunwoo. Dia terus bangun daripada tempat duduknya tadi dan berjalan menuju kearah tangga. Selera makannya jugak sudah hilang.

"Haeyoung kau tak nak makan?" soal Jeno. Haeyoung hanya menggeleng sebelum dia kembali menaiki anak tangga itu menuju kearah biliknya.

"Mana Na Jaemin ni! daripada tadi tak balik." bebel Heejin tidak puas hati. Matanya kembali melihat kearah jam dinding. Kemana pula lelaki ini pergi berseorangan?

"Jeno cuba call dia." arah Heejin.

--

"Sampai bila kau cuba sorokkan kenyataan ni daripada Haeyoung." Anak mata lelaki itu memandang sekilas kearah gadis yang sedang merenung ke luar tingkap itu.

Tiada jawapan. Lelaki itu melepaskan keluhan panjang dan kembali membetulkan kedudukannya. Tangannya kembali memegang erat stereng kereta itu.

"Chaerin, aku dah tahu semuanya jadi bagitahu aku-"

"Diam Hendery. Kau sepatutnya lebih tahu daripada yang lain. Aku benci kenyataan sebenar aku ialah adik tiri Haeyoung." dingin gadis itu bersuara. Matanya memandang tajam memandang kearah Hendery.

"...dan kenapa kau bagitahu dia?" suara itu kembali menggeletar, dia sedang cuba menahan tangisan di hadapan lelaki itu.

"Aku hantar kau pergi rumah Jibeom." Hendery mengeluh perlahan, mengabaikan soalan gadis itu. Dia tidak mahu mereka berdua berlawan mulut dalam keadaan dia memandu sekarang.

"Ah... mesti Jibeom bagitahu kau kan? Tch." Chaerin tertawa sinis. Dia sudah agak sepupunya itu tidak boleh dipercayai.

"Jangan libatkan Jibeom. Dia tak ada kaitan dalam hal ni. Aku sendiri yang nampak video dan mesej diantara ayah Haeyoung dengan kau." tutur Hendery mendatar.

Seo Chaerin ialah sepupu kepada Jibeom. Dia sudah lama mengetahui hal ini kerana dia sering datang ke rumah lelaki itu, dan pada waktu itu juga dia bertembung dengan Chaerin semasa dia mabuk.

Semasa Jibeom sedang menguruskan Chaerin, tanpa sengaja dia terjumpa telefon yang terjatuh daripada beg tangan Chaerin. Daripada situ, rahsia besar gadis itu terbongkar.

Ya, dia bukanlah anak kandung kepada ayah Haeyoung, tetapi ayah Haeyoung telah berkahwin dengan ibunya secara senyap-senyap tanpa pengetahuan keluarganya enam tahun yang lepas.

Pada mulanya, apabila Haeyoung berpindah ke sekolahnya, dia berasa sedikit gementar. Tetapi perasaan itu perlahan-lahan bertukar menjadi perasaan cemburu dan dengki.

Di hadapan matanya sendiri, dia melihat teman lelakinya berlari membelikan ubat kepada gadis itu. Dia mengikutinya dalam diam. Jelas kelihatan badan gadis itu dalam keadaan yang dipenuhi lebam.

Perlahan-lahan Haeyoung mula menarik perhatian guru-guru mereka setelah dia memenangi beberapa pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Salah satu sebab, dia mula membencikan Park Haeyoung. Dia seakan-akan mencuri segalanya daripada dirinya. Termasuk Na Jaemin.

Bermula daripada hari itu, dia mula menyebarkan berita palsu kepada ayah Haeyoung, atau lebih tepat, ayah mereka berdua. Memandangkan dia tahu, ayahnya merupakan seorang yang panas baran dan mementingkan pandangan orang ramai. Dia jugalah yang memasang kamera di dalam bilik belajar ayahnya sehingga dia dapat mengakses semua video rakaman CCTV itu.

"Jadi kau ada hak untuk bagitahu dia?" soal Chaerin sinis, matanya tepat memandang kearah lelaki itu.

"Berhenti dengan permainan kau Chaerin." kata Hendery dingin.

"Kau suruh aku berhenti? Sedangkan perempuan tu buat aku terseksa selama bertahun-tahun dan hidup dalam persembunyian tanpa ayah disebabkan keluarga dia!" Chaerin menjerit sekuat hati. Air mata mula laju menuruni pipinya. Fikirannya kembali bercampur-baur. Tangannya mengenggam erat kepalanya sambil tersedu-sedan menangis.

"Chaerin... tenangkan diri kau." Hendery mulai risau melihat gadis muda itu. Pada bila-bila masa sahaja dia boleh hilang fokus jika Chaerin tidak berhenti meracau seperti ini

"Kau suruh aku bertenang...?" perlahan-lahan wajahnya diangkat dab menoleh kearah lelaki itu.

"Berhenti. Aku suruh kau berhenti sekarang!" Tanpa teragak-agak gadis itu terus mencapai stereng kereta itu, membuatkan pandangan lelaki itu terus dihalang. Sedaya-upaya, dia cuba untuk menahan stereng itu daripada dipusing ke tepi. Hendery tergamam, membuntang matanya melihat tindakan drastik Chaerin itu.

"Chaerin!"

pinn!

malam ni akan ada update lagi 🤣 memandangkan malam semalam, wifi ditutup jadi tak lepas nak update 🥲

mungkin cerita ni habis kurang daripada 50 chapter huehue XD

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top