37

"Jaemin, kalau aku bagitahu... jangan putus dengan Chaerin..." Jaemin mengerutkan dahinya. Apa yang Haeyoung cuba sampaikan ini?

krkk...

"Jangan merepek Park Haeyoung." Mereka semua laju menoleh kearah pintu. Jaemin mengangkat keningnya pelik. Mengapa Hendery tiba-tiba muncul disini-

"Seo Chaerin."

"Buka topeng kau." Lelaki itu terseyun sinis kearah gadis itu sambik berpeluk tubuh.

Tersentak gadis itu dibuatnya apabila Hendery tiba-tiba mencampakkan telefon padanya. Dengan laju Chaerin menangkapnya. Membuntang matanya sebaik sahaja dia menyedari pemilik telefon itu. Dialah pemiliknya. Telefon pendua yang cuba disorokkan daripada orang lain.

Tetapi bagaimana telefon ini boleh ada pada tangan Hendery?

Belum sempat dia mahu menyimpan semula telefon itu, Jaemin terlebih dahulu merampas telefon itu pada pegangan Chaerin.

"Jaemin... bagi balik-" Hendery menarik tangan Chaerin supaya dia tidak dapat mendekati Chaerin. Dahinya berkerut melihat tindakan drastik Hendery itu.

Jaemin terus membuka telefon itu dan menekan gallery. Satu fail yang menangkap perhatiannya. Fail yang dinamakan sebagai 'Haeyoung'.

"Jaemin jangan-"

Satu persatu video mula dimainkan pada skrin telefon itu. Video yang menunjukkan Haeyoung sedang dipukul oleh ayahnya. Matanya membuntang. Bagaimana... Chaerin boleh ada kesemua video ini... termasuk rakaman di dalam bilik bacaan di rumah Haeyoung-

Matanya mula menggeletar memandang kearah Chaerin, meminta penjelasan daripada gadis itu. Mengapa semua video itu boleh ada padanya. Termasuk video yang paling terbaru, semasa ayah Haeyoung datang ke kampus mereka. Dan jelas kedengaran suara gadis itu sedang tertawa sinis sambil merakam kejadian itu.

"Chaerin..." lelaki itu perlahan-lahan menoleh kearah teman wanitanya. Tangannya mula menggeletar membuatkan telefon pada pegangan tangannya terlepas. Matanya dipejam rapat, tidak sanggup melihat kandungan video itu lagi.

Chaerin mengetahui semua perkara itu selama ini... tidak. Tidak mungkinkan? 

Renjun dan Jihyun semakin keliru dengan keadaan disitu. Manakala Haeyoung mulai bangun daripada katil itu.

"Jaem-" Belum sempat dia mahu memanggil nama lelaki itu, Jaemin sudah berjalan keluar daripada bilik itu tanpa berkata apa-apa. Hatinya hancur melihat semua ini.

"Jaemin!" Haeyoung menjerit. Baru sahaja dia mahu membuka langkah untuk mengejar Jaemin, Hendery terlebih dahulu menangkap pergelangan tangannya.

Lelaki itu memandang sekilas kearah Chaerin yang sedang menundukkan pandangannya dan kembali memandang kearahnya semula.

"Dia... adik tiri kau Haeyoung."

--

"Jaemin!"

"Na Jaemin!" kakinya berhenti melangkah. Nafasnya cuba diaturkan untuk menahan kemarahan yang sudah di dalam dadanya. Dia terus berlari keluar daripada rumah

Bahu lelaki itu ditarik kasar membuatkan tubuhnya berpusing menghadap gadis itu sekarang. Dengan tajam, Jaemin memerhati ke dalam anak mata gadis itu. Mata yang jelas menunjukkan perasaan tidak puas hati dan kemarahannya.

"Jangan tinggalkan Chaerin." sebaris ayat itu lancar meluncur laju daripada bibirnya. Tetapi masih, Haeyoung memberikan tatapan lembut kepada lelaki itu untuk menenangkannya. Dia masih tidak mahu hubungan Chaerin dengan lelaki itu hancur disebabkan olehnya. Kerana dia tahu...

Jaemin masih mencintai gadis itu.

"Tch." Jaemin tertawa sinis membuatkan Haeyoung tersentak. Entah mengapa, dia berasa takut berhadapan dengan Jaemin sekarang. Dia lebih takutkan tatapan sinis lelaki itu berbanding tatapan amarahnya..

Hatinya semakin terasa direnyuk-renyuk. Perempuan ini bodoh atau buta? Chaerin jelas sekali mengetahui semua rahsia gelapnya. Kenapa dia masih mempertahankan gadis itu?

"Haeyoung... selama ini, aku ikut permintaan kau."

"Kau suruh aku diamkan diri. Aku senyap. Kau suruh aku jangan bagitahu sesiapa termasuk abang kau. Aku buat. Tapi sekarang? Kau nak aku teruskan hubungan dengan perempuan yang dah bersubahat dengan ayah kau? Eh tak... dia bukan ayah kau... dia raksasa."

Seakan-akan hatinya sedang ditembak beberapa kali akibat daripada kata-kata Jaemin itu. Dia terlalu terkejut sehingga dia mati akal. Tidak tahu apa yang mahu dikatakan. Ya, ayah dia sememangnya raksasa. Tetapi... dia masih mengharapkan lelaki itu memberikan kasih sayang padanya. Kasih sayang sebagai seorang bapa...

"Jangan disebabkan aku... kau masih cintakan dia kan..." perlahan Haeyoung mengucapkan kata-kata itu, lemah. Wajahnya ditundukkan memandang tanah. Lebih-lebih lagi, dengan kenyataan yang baru sahaja dia tahu.

"Aku cintakan kau Park Haeyoung! Bukan dia!" Jaemin menjerit sekuat hati melepaskan amarahnya. Gadis ini terlalu buta untuk melihat semua ini. Semua kelakuannya dan perbuatannya selama ini. Tidakkah itu terlalu jelas?

Walaupun dia masih bercinta dengan Chaerin pada waktu itu. Tetapi dia banyak meluangkan masa dengan Haeyoung. Dengan kebodohannya sendiri, dia lambat menyedari semua itu. Dan perkara itu membuatkan dia mencintai dua gadis pada satu masa yang sama.

Tetapi tidak sekarang, Chaerin menghancurkan kepercayaannya...

Frustasi dan serabut. Semuanya bercampur baur. Kepalanya seakan mahu meletup memikirkan perkara yang baru diketahuinya daripada Hendery.

Haeyoung terdiam mendengar jeritan Jaemin itu. Matanya terkebil-kebil, terlalu terkejut dengan kenyataan yang baru sahaja didengarinya

"Jaemin, kau bergurau ke?" setelah beberapa detik, Haeyoung kembali mengeluarkan suara. Entah apa yang didengarinya itu betul atau tidak. Tetapi dia mengambil keputusan untuk tidak mempercayainya.

Lelaki itu hanya berada dalam fikiran yang tidak rasional.

Jaemin terkilan melihat reaksi daripada Haeyoung. Gadis itu seakan-akan langsung tidak terkesan.

"Bangun Na Jaemin. Sedarkan diri. Kau mungkin fikir aku gila sebab masih biarkan perempuan tu."

"Aku cuma taknak biarkan kau terseksa disebabkan aku nanti! Ya aku bodoh sebab masih fikirkan kau dalam keadaan sekarang. Aku bencikan perempuan tu, terlalu benci sampai aku jijik nak tengok muka dia!"

"Aku pun tak faham kenapa aku masih pentingkan perasaan kau dulu berbanding diri aku. Aku taknak kau sakit! Aku- tak sanggup. Aku terlalu bodoh sebab dah terlanjur jatuh cinta pada kau!" Haeyoung menjerit kuat, melepaskan segala yang sudah terpendam lama di dadanya. Dia sudah melepaskan semuanya... Beban di bahunya seakan berkurang satu tetapi- adakah dia baru sahaja meluahkan perasaannya ?

Kau memang tak tahu malu pada kali ini Park Haeyoung.

Haeyoung menundukkan wajahnya apabila anak matanya bertembung dengan wajah terpinga-pinga Jaemin. Dia tidak silap dengar kan?

Haeyoung betul-betul sudah memalukan diri dia sekarang. Mukanya sudah semakin berona kemerahan. Ah sudahlah. Lebih baik dia melarikan diri! Segala amarahnya pada Jaemin tadi automatik dilupakan.

Baru sahaja badannya berpusing kebelakang untuk melarikan diri, tetapi Jaemin terlebih dahulu dapat menangkap pergelangan tangan Haeyoung.

"Habis aku? Kau tak fikirkan perasaan aku? Kau nak aku habiskan hidup dengan perempuan tu sepanjang hayat? Macam mana kau yakin aku masih cintakan dia? Macam mana kau yakin aku akan terseksa nanti? Perasaan aku dah lama mati untuk dia." mendatar kata-kata itu keluar daripada mulut Jaemin.

Tetapi Haeyoung masih tidak mengubah fikirannya. Tidak mungkin. Dia yakin Jaemin masih mencintai gadis itu. Dia terlalu kenal dengan Na Jaemin. Lelaki itu sememangnya akan menyayangi sesuatu benda atau seseorang tanpa penghujung.

"Kau jangan terlalu yakin Jaem."

"Apa yang kau nak aku buat? Buat kali ketiga aku cakap aku cintakan kau bukan dia!" Jaemin mendengus tidak puas hati. Kenapa keras kepala sangat gadis yang berada di hadapannya. Mengapa gadis itu terlalu memaksa dia untuk meneruskan hubungan dengan Seo Chaerin!

"Kau keliru dengan perasaan kau-" kata-kata Haeyoung terhenti apabila dia dapat merasakan sesuatu yang lembut mendarat pada bibirnya. Matanya membuntang melihat wajah Jaemin yang sedang memejamkan mata terlalu dekat dengannya.

Tetapi dia mati akal. Tidak tahu apa yang mahu dilakukannya. Otaknya seakan-akan berhenti berfungsi buat seketika untuk memproses apa yang baru terjadi.

Na Jaemin- menciumnya!

duk!

Haeyoung tersedar. Dengan segera, terus dia menolak kedua-dua bahu Jaemin kuat menyebabkan ciuman mereka terlepas, badan Jaemin mengundur beberapa tapak kebelakang akibat tolakan daripada Haeyoung.

Matanya laju mencari kearah suara yang baru didengarinya tadi. Haeyoung berpaling laju kebelakang. Ouh tidak... dia sudah ternampak.

"Sun- Sunwoo..."

hai!

walaupun dah banyak kali edit, aku tetap tak puas hati, tapi takpalah 🥲 memandangkan aku nak cuba habiskan story ni dalam tiga hari. aku risau pdpr dah start nanti aku susah nak buka wattpad 🤣

malam nanti ada update lagi !

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top