36
"Kau...buat apa dekat sini?" tanya Haechan. Raut wajahnya masih jelas menunjukkan dia terkejut dengann kehadiran Chaerin secara tiba-tiba ini.
"Jaemin cakap dia ada dekat sini. Aku datang nak jumpa dia." gadis itu tersenyum manis. Matanya mula meneroka kearah sekeliling rumah itu dam terhenti pada figura Jeno yang sedang berdiri berpeluk tubuh di hadapan biliknya tadi. Heejin turut berdiri disebelah lelaki itu sambil memandang kearah gadis itu.
Haeyoung sudah pastilah tidak akan keluar. Matanya masih sembap akibat menangis tadi.
Kecil besar, kecil besar je Heejin melihat gadis ini sekarang. Wajahnya sahaja polos tetapi perangainya tidak seperti manusia!
"Jaemin." Haechan memanggil lelaki itu apabila dia dapat menangkap figura Jaemin baru sahaja melangkah memasuki rumah bersama Dahyun di sisinnya.
Jaemin terus berpaling kearah Haechan. Dahinya dikerutkan, dia terlalu terkejut apabila menyedari kehadiran Chaerin di hadapan matanya. Gadis itu benar-benar Chaerin kan?
"Jaemin~" Gadis itu terus melepaskan beg sandangnya dan berlari anak kearah lelaki itu untuk memeluknya. Jaemin dengan cepat menyedarkan dirinya dan membalas pelukan teman wanitanya.
Manakala kawan-kawannya yang lain masih keliru, dan sekarang mereka sedang melihat mereka berdua berpelukan di hadapan mereka?
"Meluat pula aku." perlahan Heejin mengeluarkan kata-kata itu sambil menjeling kearah pasangan itu. Jeno hampir sahaja tertawa mendengar kata-kata tidak puas hati Heejin itu.
"Buat apa dekat sini?" soal Jaemin lembut. Dia melepaskan pelukan itu dan mengusap rambut panjang gadis itu. Dia sedikit pelik dengan kehadiran Chaerin kerana sebelum ini, mereka masih bergaduh.
Chaerin langsung tidak bercakap dengan Jaemin kerana katanya Jaemin tidak mempercayai dirinya apabila dia bertanya tentang adakah dia sengaja menolak Haeyoung. Dan sekarang ini, gadis itu berada di sini dam berlakon seakan-akan tiada pergaduhan yang berlaku diantara mereka sebelum ini...
"Nak jumpa ehe~ Tak nak gaduh dah..." Chaerin tersenyum manis dan memegang erat tangan teman lelakinya. Dahyun pula segera berjalan mendekati Jeno, meninggalkan pasangan itu di hadapan pintu.
"Erk... bagi aku masuk dulu boleh tak?" Serentak mereka berdua menoleh ke belakang. Yangyang sedang menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Kekok dia melihat situasi ini di hadapannya.
Jaemin mengangguk kecil dan menarik Chaerin supaya memberikan ruang kepada Yangyang.
"Kalau saya join-"
"Aku tak benarkan." Heejin mencelah perbualan itu sambil berpeluk tubuh. Sekarang pandangan mereka semua terarah kearah Heejin yang sedang memandang tajam kearah Chaerin.
Dia sudah muak dengan perangai gadis itu.
Membuntang mata Haechan mendengar kata-kata Heejin itu. Matanya mencerlung tajam kearah adik kembarnua supaya menjaga kata-katanya. Jaemin juga jelas terkejut dengan bantahan Heejin itu.
"Kau dah sakitkan kawan aku. Jangan ingat senang-senang aku nak maafkan kau." sambung Heejin lagi. Suasana di antara mereka mula menjadi dingin. Masing-masing terdiam.
"Dia tak sengaja Heejin-"
"Kau bodoh ke Jaemin?" Laju Heejin mencelah percakapan Jaemin itu. Panas pula dia dengan lelaki ini. Dia bengap atau apa? Mahu sahaja dia melenting di sini, tetapi dia masih cuba mengawal kemarahannya.
"Lee Heejin!" Haechan memanggil nama adiknya kuat.
"Aku tahu Chaerin salah. Tapi dia tak bermaksud nak buat macam tu."
"Dia tolak Haeyoung, Na Jaemin. Dan kau yakin dia tak sengaja? Mana kau tahu? Sebab bagi aku, dah bukan sekali. Tetapi dah terlalu banyak kali dia sentuh Haeyoung!" jerit Heejin. Kemarahan mula menguasai dirinya.
"Buka mata kau Jaemin! Jangan jadi buta!" tempelak Heejin lagi. Kakinya berjalan mendekati Chaerin dan Jaemin, matanya mencerlung tajam kearah Chaerin yang sudah kelihatan ketakutan itu.
"Jangan takutkan dia..." Segera Jaemin menarik gadis itu untuk berdiri di belakangnya, menghalang daripada Heejin terus memandangnya.
Heejin berdecit tidak puas hati. Yangyang terus menarik tangan Heejin supaya jauh daripada Jaemin. Gadis itu sedang terbakar sekarang. Jikalau Heejin marah, sudah pasti salah seorangnya akan berada dalam bahaya.
"Aku rasa kau boleh balik Chaerin." kata Heejin dingin. Yangyang masih memegang tangannya. Tidak mahu gadis itu pergi kearah pasangan itu semula.
"Heejin, jaga mulut kau." marah Haechan. Matanya mula memandang tajam kearah abangnya. Haechan ini bodoh atau memang tidak tahu apa-apa yang berlaku sekarang?
"Kau boleh tidur sini. Kau masuk bilik kosong lagi satu." kata Haechan. Lelaki itu tersenyum pahit.
"Aku tak rasa aku nak dia ada dalam rumah ini." Mereka semua menoleh kearah tangga. Hendery sedang menuruni anak tangga dengan raut wajah tenang. Kakinya terus berjalan mendekati Chaerin dan Jaemin.
Semakin pelik mereka semua dengan keadaan yang berlaku sekarang. Kenapa Hendery masuk campur?
"Aku nampak kau Seo Chaerin."
"Kenapa kau biarkan Haeyoung kena pukul dengan ayah dia haritu?"
"Jap- apa?" Membuntang mata Jaemin apabila mendengar kata-kata Hendery. Dia tidak salah dengar kan? Hendery tahu? Dan apa kaitan Chaerin dalam hal ini?
"Hyung! Apa kau merepek ni? Haeyoung kena pukul?" Haechan memandang Hendery tidak percaya. Mereka semua terkejut dengan kenyataan Hendery tadi.
Manakala Chaerin yang masih berada di belakang Jaemin turut terkejut. Wajahnya diangkat dan memandang wajah Hendery yang sudah tersenyum sinis kearahnya.
"Aku tahu Chaerin. Jangan ingat aku tak tahu." kata Hendery sebelum lelaki itu terus berjalan keluar daripada rumah itu, meninggalkan yang lain yang masih terpinga-pinga dengan keadaan yang baru sahaja terjadi.
"Chaerin..."
--
"Haeyoung... bangun." Jihyun menggoncangkan bahu gadis itu sekali lagi. Perlahan-lahan gadis itu membukak kelopak matanya dan bangun daripada posisi baringnya. Matanya merenung ke hadapan tanpa memikirkan apa-apa. Matanya masih lagi terbuka walaupun sedikit. Rasanya matanya masih lagi sembap akibat menangis tadi.
"Macam mana kau boleh tertidur dalam bilik ni?" soal Jihyun, dia menyengetkan kepalanya dan memandang Haeyoung yang masih lagi mamai itu. Pelik juga dia apabila Jeno mengatakan Haeyoung sudah tertidur di dalam bilik mereka. Dia mahu bertanya pada lelaki itu, tetapi dia seperti dalam mood yang tidak baik.
Haeyoung mengelipkan matanya beberapa kali. Dia masih terpana, belum dapat memproses apa yang berlaku.
Setelah dia menyedari keadaan bilik itu, baru dia tersedar, dia sudah tertidur diatas katil Jeno. Dia perasan Renjun sedang elok berbaring di katil disebelahnya sambil membaca buku.
"Mana yang lain?" soal Haeyoung, dia sengaja tidak menjawab persoalan Jihyun itu.
"Jeno, Heejin, Haechan dengan Dahyun keluar. Hendery pun memang dah keluar lama. Yangyang tengah mandi. Jaemin dan Chaerin-"
"Chaerin?" tanya Haeyoung terkejut. Jadi apa yang dia dengar sebelum tidur itu sememangnya benar? Chaerin ada disini?
Jihyun mengangguk, tetapi raut wajahnya menunjukkan ada sesuatu perkara buruk yang terjadi.
"Aku pun tak tahu sangat. Masa aku dengan Injun keluar daripada bilik, diorang semua tengah berkumpul dekat ruang tamu. Dan masing-masing terus keluar kecuali Yangyang. Jaemin dengan Chaerin pun macam dalam keadaan serius tadi..."
tok! tok!
Mereka bertiga berpaling kearah pintu bilik itu. Sebaik sahaja pintu itu dibuka, wajah Jaemin terpancul di hadapan pintu bilik itu- bersama dengan Chaerin di belakangnya.
"Haeyoung aku nak penjelasan kau sekarang." kata Jaemin dingin. Haeyoung terkaku, matanya memandang kearah Chaerin yang sedang menunduk memandang lantai, matanya sembap... Dia menangis ke?
Jihyun dan Renjun juga turut terkejut melihat keadaan mereka bertiga yang seperti perang dunia ketiga ini.
"Chaerin... dia buat apa pada kau..." soal Jaemin. Matanya memandang tepat ke dalam anak matanya.
Haeyoung mengemam bibirnya. Jantungnya mula berdegup dengan semakin laju. Apa yang patut dia lakukan sekarang? Kenapa fikirannya kosong sekarang? Dia tidak dapat memikirkan apa-apa!
"Hendery hyung bagitahu Chaerin tahu tentang ayah kau." kata Jaemin lagi.
"Jaemin saya tak tahu!" jerit Chaerin. Anak matanya bergetar memandang kearah Jaemin.
"Diam Chaerin!" marah Jaemin. Tersentak bahunya mendengar suara amarah Jaemin itu. Buat pertama kali dia mendengar lelaki itu menjerit. Sebelum ini tidak pernah dia mendengar lelaki itu menjerit, dia sangat mengenali Jaemin dengan sikap tenangnya. Haeyoung cuba mengambil nafas sedalam-dalamnya.
Tangannya mula perlahan-lahan menggeletar akibat ketakutan mendengar suara jeritan lelaki itu. Amarah lelaki itu mengingatkan dia kepada ayahnya, kejadian itu mula bermain-main di dalam fikirannya. Dia mengenggam kedua-dua belah tangannya dengan erat, dengan harapan tangannya berhenti menggeletar.
Tetapi tidak... ia menjadi semakin teruk. Kejadian ayahnya memukul dirinya semakin banyak terbayang di dalam fikirannya. Air matanya kembali bertakung pada tubir matanya.
Ouh tidak... tidak sekali lagi...
Jaemin memandang Haeyoung yang hanya mendiamkan dirinya itu. Dia mengambil nafas dalam, cuba menenangkan dirinya sendiri. Dahinya dikerutkan apabila Haeyoung hanya menundukkan wajahnya.
Jaemin tersentak apabila tersedar akan kesalahannya, dia terlupa Haeyoung tidak boleh mendengar suara jeritan lelaki kerana itu boleh membuatkan gadis itu triggered.
Dengan cepat dia berlari mendekati gadis itu dan memegang kedua-dua belah bahunya.
"Aku minta maaf Haeyoung... Aku lupa. Aku minta maaf." Lelaki itu terus mendakap tubuh kecil gadis itu dan mengusap belakangnya untuk menenangkan gadis itu. Tangisan gadis itu juga sudah mulai kedengaran apabila Jaemim memeluknya. Dada Jaemin cuba ditolak beberapa kali apabila dia dapat merasakan perasaan bahaya itu muncul di dalam dirinya.
Tetapi rontaannya itu tidak berjaya, Jaemin tetap cuba memeluk gadis itu dan menenangkannya. Rambut gadis itu diusap perlahan-lahan, dia mengetahui itu salah satu cara untuk membuatkan gadis itu tenang.
"Jaemin apa awak buat-" kata-kata Chaerin itu terhenti apabila Jaemin memandangnya tajam. Jihyun dan Renjun juga turut terdiam. Apa yang baru berlaku di hadapan mereka ini? Adakah hanya mereka berdua tidak tahu menahu tentang apa yang terjadi di dalam rumah ini?
Beberapa minit berlalu, tangisan gadis itu mulai perlahan kedengaran. Jaemin melepaskan pelukannya itu dan memegang kedua-dua belah bahu Haeyoung. Tangannya mengangkat dagu Haeyoung untuk bertentang mata dengannya.
"Bagitahu aku Haeyoung. Tolong bagitahu aku..." sayu lelaki itu memandang kearah gadis itu. Perasaan bersalah mula menguasai dirinya apabila melihat pandangan sayu lelaki itu.
Tubuh Jaemin terus ditolak lembut untuk menjauhi dirinya, Chaerin masih merupakan kekasih lelaki itu, pasti gadis itu akan kecewa melihat teman lelakinya memeluk perempuan lain.
Haeyoung menarik nafas dalam. Dia sudah membuat keputusan.
"Jaemin... kalau aku bagitahu, tolong jangan putus dengan Chaerin..."
hai! chapter ni panjang daripada biasa sebab gue nak hiatus start harini hingga minggu depan ಥ_ಥ
lepas habis exam, gue sambung update semula :3
stay safe and have a nice day! <3
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top