35
Haeyoung menundukkan wajahnya dan mengigit bibir. Matanya mencuri pandang Dahyun yang sedang duduk di hadapannya dengan wajah yang berkerut.
Kedengaran keluhan panjang keluar daripada mulut Jaemin. Dia menoleh kearah Jaemin yang sedang berpeluk tubuh.
"Kau tanya kawan kau ni. Dia yang larang aku bagitahu Jihyun dan yang lain." kata Jaemin, masih dengan raut wajah dinginnya. Dia perasan Jaemin baru sahaja menjelingnya.
Nampak sangat dia sedang memerlinya sekarang kerana Dahyun sudah mendapat tahu!
"Jangan marah aku. Marah dia." sambung Jaemin lagi apabila dia melihat Dahyun yang baru sahaja ingin membuka mulut. Haeyoung memukul kuat bahu Jaemin tidak puas hati. Sukalah lelaki itu sekarang.
"Abang kau tahu ?" sekali lagi Haeyoung terdiam apabila Dahyun membicarakan tentang Chanyeol. Pasti akan berlakunya perang dunia ketiga sekiranya Chanyeol mengetahui tentang hal ini.
Dahyun mengeluh apabila tiada jawapan daripada Haeyoung. Jelaslah Chanyeol juga tidak mengetahui tentang hal ini.
"Haeyoung, bertahun-tahun kau tahan benda ni seorang diri. Kau gila ke?"
"Jaemin ada tolong aku..." Haeyoung menggarukan kepalanya yang tidak gatal sambil memandang Dahyun tanpa perasaan bersalah.
"Park Haeyoung!" jerit Dahyun geram. Sakit pula kepalanya memikirkan perkara yang baru diketahuinya ini. Hal ini bukannya kecil, tetapi besar! Sepatutnya dia membawa kes ini kepada mahkamah!
Tetapi dia masih perlu mengawal perasaannya supaya tidak menyakitkan hati Haeyoung kerana... lelaki itu masih bergelar seorang ayah kepada Park Haeyoung.
"Haeyoung, aku taknak kau biarkan hal ini berlarutan. Cepat atau lambat Chanyeol akan tahu juga nanti." kata Dahyun serius. Dia memandang tepat ke dalam anak mata gadis itu.
Perasaan bersalah terhadap abangnya mulai menggunung. Bayangkan perasaan Chanyeol apabila mengetahui tentang hal ini...
"Jaemin... kau pula." Dahyun menoleh kearah lelaki yang duduk disebelah Haeyoung itu.
"Jaga dia." kata Dahyun ringkas. Haeyoung mengerutkan dahinya. Kenapa? Kenapa pula Jaemin perlu menjaganya? Lelaki itu tidak perlu menjaganya lagi disebabkan dia sedang bercinta dengan Sunwoo.
"Sunwoo boleh jaga aku-"
"Chanyeol percayakan dia?" Dahyun memotong percakapan Haeyoung dan menyebabkan gadis itu terdiam. Ya, Chanyeol sememangnya tidak percayakan lelaki lain kecuali Jaemin. Susah lelaki itu mahu memberikan kepercayaannya kepada orang lain.
"Chaerin macam mana? Dia tak akan cemburu ke?" balas Haeyoung semula. Dia berpaling kearah Jaemin yang daripada tadi mendiamkan diri. Mata mereka berdua fokus kearah lelaki itu.
"Jaemin... tolong jangan bagi Chaerin apa-apakan Haeyoung lagi. Aku tahu kau sayangkan dia, tapi tolong jangan bagi dia dekati Haeyoung dah." pinta Dahyun. Dia cuba tidak mahu menggoreskan perasaan lelaki itu memandangkan lelaki itu masih bercinta dengan Chaerin.
Tetapi kejadian dimana Chaerin menolak Haeyoung dengan sangat kuat itu tidak berhenti bermain difikirannya. Lelaki itu sudah tahu akan kebenarannya.
"Dahyun aku cuma... tak percaya dia buat macam tu. Aku yakin dia tak sengaja tolak kau..."
Dang!
Seakan ada sesuatu yang menampar hatinya. Perasaannya berkecai mendengar kata-kata Jaemin itu. Lelaki ini... masih mempercayai Chaerin daripada apa yang berlaku di hadapan matanya.
Kenapa? Kenapa dia menjadi berharap kepada lelaki itu selepas dia meluahkan perasaan padanya? Padahal dia sudah mempunya Kim Sunwoo disisinya.
Entah kenapa hatinya seakan diremuk-remuk. Tanpa sedar, air matanya sudah bertakung. Hatinya terlalu sakit mendengar kenyataan itu.
Haha. Apa yang dia harapkan daripada Na Jaemin? Menunggu lelaki ini melamarnya? Tidak mungkin. Dia terlupa suatu perkara yang penting. Seo Chaerin masih memegang status sebagai kekasih Na Jaemin.
"Aku masuk dulu." Segera Haeyoung bangun daripada tempat duduknya dan masuk ke dalam rumah. Dia mengabaikan panggilan Dahyun padanya.
Akhirnya, air matanya tumpah jua setelah ditahannya. Semakin deras air mata yang menuruni melalui pipinya.
Bodoh Haeyoung! Jangan menangis disebabkan lelaki itu! Jangan jadi lemah Haeyoung! Jangan jadi lembik!
Tetapi semua itu tidak berjaya, kata-kata kasar kepada dirinya itu hanya membuatkan air matanya keluar semakin banyak.
"Haeyoung kenapa ni?" suara garau itu menegur gadis itu dengan pandangan risau. Tidak pernah dia melihat Haeyoung menangis.
Terhincut bahunya apabila dia mendengar suara garau itu menegurnya. Kenapa dia boleh tertangkap menangis sekarang! Padahal dia sudah cuba untuk laju berjalan masuk ke dalam biliknya.
"Masuk bilik aku dulu." Seakan faham dengan kondisi gadis itu yang mungkin malu dan tidak mahu orang lain melihatnya menangis, lelaki itu terlebih dahulu menarik tangannya dan masuk ke dalam biliknya.
"Haeyoung? Kenapa? Apa jadi?" Sekali lagi, dia terkejut melihat Heejin yang sedang berbaring diatas katil lelaki itu. Segera dia bangun daripada posisinya dan memeluk tubuh kecil gadis itu.
"Tak apa, tak apa, aku ada dekat sini." Heejin terus mengusap belakang badannya untuk menenangkan gadis itu. Dia ingatkan tangisannya akan hilang begitu sahaja, tetapi makin kuat tangisannya apabila Heejin memeluknya.
Dia sememangnya membencikan sentuhan fizikal, tetapi kadang-kala dia tetap mahukannya. Cuma dia terlalu malu untuk memintanya.
Pelukan Heejin itu seakan memberi dia kelegaan untuk menangis tanpa merisaukan apa-apa yang berlaku dan hanya perlu melepaskan segala perkara yang sudah lama terbuku di hatinya.
Jeno mengunci pintu bilik itu supaya tiada orang yang boleh masuk ke dalam bilik itu. Dia memandang sayu kearah gadis yang sedang menangis teresak-esak itu.
Ya, dialah yang menarik gadis itu masuk ke dalam bilik yang dikongsinya bersama Renjun dan Hendery. Tetapi sekarang Renjun dan Hendery sedang berbual di bilik Haechan, Yangyang dan Jaemin. Kebetulan, dia sedang berbual dengan Heejin di dalam biliknya sementara menunggu makan malam nanti.
Setelah tangisan gadis itu mulai perlahan-lahan menghilang, Heejin menarik gadis itu duduk diatas katil milik Jeno. Dia mengelap air mata yang jatuh dengan ibu jarinya.
"Dah okey sikit?" Haeyoung mengangguk. Sekurang-kurangnya, dia terasa seperti satu beban di bahunya sudah berkurang satu.
Dia menoleh kearah Jeno yang masih berdiri berdekatan pintu itu dengan raut wajah yang risau.
"Janganlah pandang aku macam tu." marah Haeyoung dengan suaranya yang sudah serak basah. Semakin malu dirinya apabila menyedari Jeno sudah melihatnya menangis daripada awal tadi.
"Maaf..." ucap Jeno perlahan. Kakinya perlahan-lahan datang mendekati dua orang gadis itu dan dia duduk di atas katil itu.
"Cerita dekat kitorang Haeyoung. Jangan pendam. Dah lama kau pendam. Jangan anggap kau bebankan kitorang kalau kau cerita." Haeyoung mengigit bibirnya apabila mendengar kata-kata Jeno itu.
Dia sedang berlawan dengan dirinya sendiri. Adakah dia perlu memberitahu mereka? Tetapi dia tidak mahu kelihatan lemah, tetapi hatinya meronta untuk memberitahunya. Dia sudah tidak sanggup memendamnya lagi.
"Jaemin..."
"Dia cakap dia sukakan aku."
Diam... Sunyi... Mereka berdua terkaku mendengar kata-kata yang keluar daripada bibirnya sebentar tadi. Jelas raut wajah mereka berdua sangat terkejut.
"Dan dia masih percayakan Chaerin... Dia yakin Chaerin tak sengaja tolak aku hari tu."
"Lelaki tu bodoh ke-" kata-kata Heejin itu terhenti apabila Jeno memandangnya tajam, mengisyratkan supaya dia mendengar dahulu tanpa mencelah. Heejin menarik nafasnya supaya menahan dirinya daripada memaki Jaemin.
"Tapi kenapa..."
"Kenapa aku rasa sakit? Kenapa aku berharap pada dia? Aku tak faham. Aku letih rasa benda ni setiap hari. Bila Jaemin cakap macam tu. Hati aku rasa sakit teramat." Haeyoung memejamkan matanya. Dia berasa sakit setiap kali mengingatkan kejadian tadi. Bodoh Park Haeyoung, kenapa kau berharap!
"Haeyoung jawab soalan aku." Haeyoung perlahan-lahan kembali membuka kelopak matanya dan memandang kearah Jeno.
"Kau sukakan Jaemin?"
Dirinya tersentak. Dia menjadi terkaku seketika Tidak mampu membalas soalan itu. Boleh sahaja dia menafikan soalan itu. Tetapi kenapa hatinya degil tidak mahu menjawab 'tidak'?
"Chaerin kau datang sini?" Serentak mereka bertiga memandang antara satu sama lain apabila mendengar suara Haechan daripada ruang tamu. Jelas menunjukkan suaranya terkejut.
Chaerin... ada disini...?
aaaaaa maaf lambat update, gue rushing banyak kelas dan kena kejar dateline homework ಠ∀ಠ
mohon marah jaemin dan byebye chaerin!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top