33
"Jangan tinggal barang!" Renjun menjerit daripada bawah memandangkan hanya dia dan Hendery yang sudah siap mengeluarkan beg daripada bilik. Renjun memasukkan begnya dan Hendery ke dalam kereta Hendery. Mereka menggunakan tiga buah kereta iaitu kereta Hendery, Haechan dan Jihyun.
Mereka akan bertemu di tempat lain dahulu sebelum pergi ke rumah percutian untuk membahagikan tugas.
"Bawa beg kau sendiri Jaemin." dia mendengar rungutan daripada Haechan apabila lelaki itu meletakkan satu set berus giginya ke dalam beg lelaki itu. Manakala Jeno hanya menggeleng. Sudah biasa dengan perkara itu. Begnya juga sudah mempunyai ruang untuk barang-barang lelaki itu.
Renjun melihat empat orang lelaki itu keluar daripada rumah, dan seperti biasa tangan Jaemin kosong tanpa membawa begnya.
"Jaemin baju kau cukup ke?" tanya Yangyang. Rasanya ruang di dalam beg Jeno bukannya besar sangat.
"Aku boleh beli nanti." jawab lelaki itu tenang dan terus masuk ke dalam Haechan.
Setelah masing-masing sudah siap memasukkan beg ke dalam kereta, Yangyang mengunci pintu rumah dan mereka meninggalkan rumah itu. Nampaknya hanya akan ada Jaehyun dan Sicheng di rumah itu nanti.
Mereka memakirkan kereta di tempat kosong yang berdekatan dengan taman permainan setelah melihat kereta Jihyun elok terparkir di sana.
Renjun terlebih dahulu keluar daripada kereta dan mengetuk tingkap kereta milik teman wanitanya. Jihyun tersenyum manis dan mematikan enjin. Dia keluar daripada kereta itu diikuti dengan Dahyun, Heejin dan Haeyoung.
Rambutnya yang sedikit panjang itu diikat semula. Dirinya terkaku sebaik sahaja anak matanya bertembung dengan iris hitam Jaemin. Air liurnya ditelan. Resah. Laju dia mengalihkan pandangan matanya semula.
"Aku sukakan kau Haeyoung."
Kenapa dia perlu mengingati kejadian itu semula! Kepalanya digeleng beberapa kali. Dia berharap dia akan lupa ingatan sekarang. Luahan itu tidak berhenti berputar!
"Haeyoung kau okey?" tegur Yangyang. Dia memandang pelik kearah Haeyoung yang sedang menggeleng kepalanya itu. Haeyoung menghentikan tindakannya tadi dan memandang Yangyang dan mengangguk tanda okey.
"Jihyun Heejin satu kereta kan, jadi biar diorang yang masak. Renjun kau nak tolong?" Hendery menyoal kearah lelaki itu. Renjun mengangguk setuju.
"Ada sesiapa nak beli barang?"
"Aku nak beli baju. Baju tidur aku tertinggal." Haeyoung mencelah. Dia menggarukan kepalanya dan tersengih memandang Jihyun dan Heejin yang sudah terkejut memandang kearahnya.
Beg baju tidurnya tertinggal tetapi dia tidak mahu memberitahu mereka. Kalau tidak, dia perlu kembali ke rumah padahal mereka sudah hampir sampai.
"Aip jangan membebel." segera Haeyoung menghentikan Heejin daripada berkata-kata apabila dia nampak Heejin sudah mahu membuka mulutnya tadi. Heejin menjeling gadis itu tidak puas hati.
"Okey Haechan dan Yangyang korang nak cari board game kan? Jadi Haeyoung boleh naik kereta dengan diorang. Beg kau biar je dalam kereta Jihyun." Haeyoung mengangguk.
"Ouh lupa- Jaemin kau nak beli baju kan? Jadi kau ikut diorang bertiga." Haeyoung tersentak sebaik sahaja mendengar kata-kata Hendery itu. Pada masa yang sama, anak mata mereka bertembung.
Kenapa? Kenapa Jaemin perlu satu kereta dengannya? Masalahnya perjalanan itu sahaja mengambil masa dua jam! Dia tidak sanggup...
"Aku, Jeno dengan Dahyun terus pergi rumah tu untuk ambil kunci. Jumpa nanti!" Hendery menepuk tangannya setelah dia selesai memberikan tugas.
"Aku menyesal tak minta Jihyun pusing untuk ambil beg baju tu..."
--
"Erk... Haeyoung kenapa kau senyap?" Yangyang memandang Haeyoung yang berada di tempat duduk belakang melalui cermin. Jelas sekali Haeyoung sedang menjegilkan mata kearahnya sekarang apabila dia mendengar soalan Yangyang itu. Kenapa dia perlu duduk di belakang bersama Jaemin? Hish!
Sekarang mereka sudah berada di pusat beli belah. Nasib baik dekat sahaja dengan tempat perhentian mereka tadi.
"Korang berdua nak beli baju kan? Jadi korang pergi berdua. Aku dengan Yangyang nak naik tingkat dua." kata Haechan singkat. Tidak sempat gadis itu mahu membantah, Haechan terlebih dahulu mencampakkan kunci keretanya pada Jaemin dan keluar daripada kereta.
Tak sabar sungguh! Padahal dia mahu mencari permainan je. Kalut Yangyang mengejar lelaki itu. Manakala Haeyoung dan Jaemin ditinggalkan kekok berduaan.
Jaemin langsung tidak memulakan perbualannya dengan Haeyoung. Dia juga terlalu malu dan kekok mahu berhadapan dengan gadis ini. Kenapa dia meluahkan perasaannya?
Dia dapat merasakan diri dia sangat bodoh pada masa itu. Macam mana dia boleh keliru dengan perasaannya sendiri? Dia tidak senang duduk apabila Haeyoung duduk berdekatan dengannya. Jantung berdegup laju. Tetapi dia masih mempunyai hubungan dengan Chaerin...
Ini semua gila. Kau gila Na Jaemin.
"Jadi..."
--
Mereka berdua berjalan beriringan tanpa ada sesiapa yang bersuara. Mereka masih belum memasuki mana-mana kedai untuk membeli baju. Bagaimana mereka mahu berkomunikasi jika masing-masing tidak bercakap?
Mata gadis itu terhenti pada sebuah kedai yang mempamerkan baju-baju tidur. Tanpa teragak-agak dia menarik-narik lengan baju Jaemin seperti anak kecil dan menunjuk kearah kedai itu.
Jaemin mengangguk dan mereka berdua berjalan masuk ke dalam kedai itu. Terkejut juga dia apabila Haeyoung menarik lengan bajunya tadi.
Dalam diam, dia mencuri pandang pada gadis yang hanya setinggi paras bahunya itu semasa gadis itu sedang melihat beberapa pasang baju. Bibirnya mengukirkan senyuman kecil. Kenapa dia terlihat terlalu comel?
Lagi-lagi apabila dia fokus, pipinya automatik mengembung! Kadang-kadang Haeyoung mengingatkan dia kepada Jisung. Tubuhnya sahaja besar tetapi perlu dijaga seperti anak kecil. Tabiatnya juga sama seperti Jisung!
"Yang ni sesuai dengan kau." Jaemin menunjuk pada sepasang baju bercorak anak patung beruang dan baju tidur satin berwarna maroon.
"Okey aku ambil yang ni." Haeyoung mengangguk-ngangguk dan mencapai dua pasang baju itu sebelum dibawa ke kaunter pembayaran.
Jaemin menunggu diluar kedai itu sementara Haeyoung membuat pembayaran.
"Nah." Haeyoung muncul daripada belakang dan menghulurkan satu beg kertas padanya. Jaemin mengangkat kening pelik.
Benda apa yang Haeyoung beri ni?
Dia membuka beg kertas itu. Sehelai hoodie yang berwarna mint dan hitam. Bibirnya automatik mengukirkan senyuman manis, jelas menunjukkan dia menyukai pilihan gadis itu.
"Aku belanja. Lagipun kita tak cukup masa. Cepat cari seluar kau." kata Haeyoung dan terus berjalan ke depan apabila dia sudah ternampak sebuah kedai yang menjual pakaian lelaki.
Jaemin memerhatikannya daripada belakang. Gadis itu masih mengingati yang dia sangat sukakan hoodie.
Sekali lagi, Park Haeyoung kenapa kau mampu buatkan jantung aku berdebar macam ini?
sshshshsh chapter ni aku rushing tulis, jadi macam pelik sikit ༎ຶ‿༎ຶ
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top