30
"Kitorang pergi dulu hyung..." Sunwoo tersenyum kekok pada Chanyeol yang sedang memeluk tubuhnya di hadapan pintu sekarang.
Chanyeol mengangkat keningnya tidak percaya. Dia sedikit ragu-ragu dengan hubungan mereka berdua. Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena.
"Percayakan dia macam kau percayakan Jaemin." Haeyoung menggulingkan anak matanya menyampah apabila Chanyeol tidak berhenti merenung Sunwoo yang berada disebelahnya.
Chanyeol tersenyum kecil dan mengangguk.
"Kau sendiri tahu bukan senang untuk aku bagi kepercayaan pada seseorang. Apa-apapun, bawa dia balik sebelum tengah malam." Chanyeol terus menutup pintu kondominium itu, meninggalkan mereka berdua di luar.
"Jom. Takut diorang marah aku lambat." Haeyoung menarik lengan baju Sunwoo dan mendorongnya ke hadapan. Sunwoo mempelawa dirinya untuk menghantar Haeyoung ke rumah kawan-kawannya memandangkan mereka mahu melihat movie bersama-sama.
Haeyoung mulai heran apabila Sunwoo langsung tidak memulakan perbualan. Pada kebiasaannya, pasti lelaki ini tidak berhenti bertanyakan pelbagai soalan dan menceritakan harinya pada teman wanitanya itu.
"Sunwoo?" Haeyoung memanggil nama lelaki itu, dia menoleh memandang Sunwoo pelik. Seperti ada sesuatu yang mendalam dia sedang fikirkan.
"Jaemin... mesti dia rapat dengan kau kan?" soal Sunwoo. Lelaki itu turut menoleh memandang Haeyoung dengan tatapan sayu tetapi dia cuba menyembunyikannya dengan mengukirkan senyuman pada gadis itu.
Haeyoung mengerutkan dahinya pelik. Kenapa tiba-tiba sahaja Sunwoo menyebut nama Jaemin?
"Chanyeol hyung percayakan dia, jadi korang berdua mesti cukup rapat- abaikan semua yang aku cakap tadi." makin pelik Haeyoung memandang lelaki itu. Dia menggelengkan wajahnya beberapa kali dan menghidupkan enjin kereta.
Dia mahu bertanya tentang apa yang dimaksudkan dengan ayatnya tadi. Dia tidak suka dengan ayat Sunwoo yang tergantung tadi. Tetapi apabila melihat raut wajah kosong lelaki itu membuatkan dia membatalkan niatnya.
Akhirnya, mereka berdua hanya mendiamkan diri di sepanjang perjalanan tanpa sebarang perbualan.
"Call aku bila dah habis." kata Sunwoo sambil tersenyum. Dia mengusap rambut gadis itu sebelum gadis itu keluar daripada kereta.
Tepat pada masanya, apabila Haeyoung melambai tangannya pada Sunwoo, Hendery tiba-tiba muncul di pintu pagar. Terkejut Haeyoung dibuatnya apabila melihat Hendery yang sedang tersenyum nakal padanya.
Nampaknya lelaki itu baru pulang daripada suatu tempat.
"Boyfriend?" Hendery mengangkat-ngangkat keningnya sambil tersenyum padanya. Nampaknya lelaki ini akan mengusiknya...
"Jap- dia betul-betul teman lelaki kau? Kim Sunwoo?" Hendery memandang Haeyoung dengan pandangan terkejut apabila gadis itu langsung tidak membantahnya. Hendery menutup mulutnya tidak percaya.
"Dah dah." Haeyoung segera menolak tubuh Hendery kearah pintu masuk rumah untuk menyembunyikan wajahnya yang sudah kemerahan itu.
"Dia datang dengan siapa? Dia bukannya reti bawa kereta." Sayup-sayup dia mendengar suara garau itu daripada dalam rumah. Jantungnya automatik berdegup dengan lebih pantas.
Dia pasti itu ialah suara Jaemin. Dan dia sudah yakin dengan keputusannya. Dia akan memberitahu lelaki itu pada hari ini.
"Haeyoung baru datang." kata Hendery sambil menolak daun pintu. Tangan kecilnya masih mengenggam pada baju putih lelaki itu sambil menolaknya berjalan ke hadapan. Dia cuba menyembunyikan kegugupannya.
"Kau datang dengan siapa?" soal Jaemin sebaik sahaja dia dapat menangkap figura kecil gadis itu.
Haeyoung menarik nafas dalam dan mengangkat wajahnya untuk bertentang mata dengan Jaemin.
"Sunwoo."
Jaemin mengerutkan dahinya dan mencerlung tajam tepat ke dalam anak matanya. Dia gagal. Dia melarikan anak matanya daripada lelaki itu sebaik sahaja Jaemin memandang tajam kearahnya. Tangannya yang sudah kedinginan itu dipegang.
"Sunwoo? Kenapa dia hantar kau? Macam mana kau boleh tiba-tiba keluar dengan dia?" tanya Jaemin bertubi-tubi. Ah bagaimana dia mahu bertenang sekarang? Nada suara lelaki itu juga sudah berubah. Dia gerun melihat Jaemin apabila lelaki itu bertukar serius.
Lelaki itu bangun daripada tempatnya dan berjalan mendekati Haeyoung. Hendery sudah beralih ketepi menyebabkan genggaman Haeyoung pada bajunya tadi terlepas.
Suasana di dalam rumah itu tiba-tiba menjadi dingin dan senyap. Semua pandangan terarah kearah mereka berdua dengan terkejut.
"Dia teman lelaki aku."
Kata-kata Haeyoung itu membuatkan kawan-kawannya yang lain dan juga Jaemin memandangnya tidak percaya.
Dia mencuri pandang reaksi kawan-kawannya. Mereka semua membuntang mata memandang kearahnya kecuali Haechan.
Dia memasang raut wajah pelik dan membuat gerak mulut 'kenapa kau bagitahu diorang?'
Padahal sebelum ini dia menyuruh lelaki itu merahsiakannya. Sekarang ini dia pula yang membocorkannya sendiri.
"Ikut aku." Jaemin terus menarik pergelangan tangan gadis itu menaiki tangga dan memasuki biliknya. Dia mahu melawan tarikan Jaemin itu tetapi tangannya masih sakit daripada kesan lebam pada tempoh hari. Jadi dia hanya mampu membiarkan lelaki itu menariknya.
"Kau buat benda gila ke Haeyoung?" keras lelaki itu bertanya. Jelas matanya sedang mengawal amarah. Tetapi dia masih cuba mengawalnya. Dia juga cuba mengawal suaranya supaya tidak kedengaran terlalu kuat.
"Apa? Perkara gila? Kau rasa apa yang gila sekarang?" Haeyoung tertawa sinis. Dia mengangkat wajahnya dan memandang tajam kearah Jaemin.
Buat pertama kali, dia cuba untuk melawan lelaki itu dengan memandang anak matanya. Dia perlu menghentikan hubungan di antaranya dengan Jaemin.
Jaemin seakan-akan tersentak melihat perubahan Haeyoung, tetapi dia cuba untuk tidak menunjukkan emosi pada wajahnya.
"Kau memang bercinta dengan Sunwoo?" sekali lagi, lelaki itu menyoal dengan harapan gadis itu mengatakan dia hanya bergurau. Namun tidak, semuanya benar. Haeyoung mengangguk.
"Aku bercinta dengan dia."
Segala persoalan yang mahu disoal kepada gadis itu hilang apabila dia sudah mendapat kepastian daripadanya. Dia tidak tahu mengapa, tetapi dia sakit hati. Pegangan pada tangan Haeyoung itu dilonggarkan.
"Aku turun dulu." Haeyoung menarik tangannya daripada pegangan Jaemin dan berjalan kearah pintu bilik Jaemin. Sebelum dia melangkah keluar daripada bilik itu, gadis itu menoleh semula kearah Jaemin yang masih terkaku berdiri di situ.
"Macam yang kau kata dulu, kau dah boleh berhenti jaga aku."
Jaemin tersentak. Laju dia menoleh kearah Haeyoung yang memandangnya dengan raut wajah dingin.
Dia menyesal dengan kata-katanya dahulu. Dia tidak sangka Haeyoung akan menjumpai lelaki yang dicintainya secepat ini. Sekurang-kurangnya dia mahu menjaga gadis itu sehingga perbuatan ayah gadis itu terdedah.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top