29
"Haeyoung?" gadis itu menolehkan wajahnya kearah pintu apabila mendengar suara garau yang memanggilnya.
Dia sekadar mengangkat tangannya untuk menyapa lelaki itu sebelum dia kembali fokus pada kerjanya yang tertangguh tadi. Memandangkan dia ada kuiz pada hari esok, dia perlu mengulang kajilah nampaknya.
"Kau tak balik rumah sewa ke?" soal Chanyeol pelik. Tidak pernah-pernah adiknya ini ingin menetap lama di kondominiumnya ini.
"Halau ke?" soal Haeyoung semula. Chanyeol menggulingkan anak matanya mendengar balasan daripada Haeyoung. Jaket tebalnya ditanggalkan dan disangkut pada tepi serta dia meletakkan kunci kereta diatas kabinet.
"Aku tanya. Ada dengar nada suara aku macam nak halau kau ke?" Chanyeol mengeluh. Boleh pula dia mahu loyar buruk sekarang.
"Biarkan satu-satunya adik perempuan kesayangan kau ni duduk sini lama sikit. Aku malas kemas baju." kata Haeyoung. Dia hanya sekadar memberi alasan sementara. Padahal dia tidak mahu Heejin dan Jihyun bertanya apa-apa soalan padanya.
Jadi lebih baik dia tinggal di kondominium abangnya ini sehingga kejadian beberapa hari lepas itu dilupakan.
Jika mereka berjumpa di universiti, sekurang-kurangnya Haeyoung dapat melarikan diri daripada pertanyaan itu.
Dan tentang Sunwoo, Haechan bersetuju untuk merahsiakan hal ini. Itupun kalau dia mampu menutup mulutnya.
"Tengok sikit, kot kot aku boleh tolong." Chanyeol melabuhkan punggungnya disebelah Haeyoung. Dia mencapai beberapa helai kertas yang berselerak diatas meja itu dan ditelitinya.
Lelaki itu mendiamkan diri apabila dia mulai fokus meneliti kerja yang sedang dilakukan oleh Haeyoung. Mungkin saja dia ada tersilap di mana-mana.
Sementara Chanyeol sibuk meneliti kerjanya, dia mengeluarkan telefonnya daripada dalam poket untuk melihat beberapa mesej yang diterimanya
"Hae- apa ini?" Chanyeol mengerutkan dahinya apabila matanya terhenti pada lengan tangan Haeyoung yang sedikit terselak.
"Apa-" belum sempat Haeyoung mahu bertanya lebih lanjut, Chanyeol terlebih dahulu memegang pergelangan tangan gadis itu. Raut wajahnya yang diukir dengan senyuman tadi mulai hilang dan berubah menjadi serius.
Cuak Haeyoung dibuatnya apabila abangnya secara tiba-tiba menarik pergelangan tangannya. Apabila dia mulai perasan akan Chanyeol yang sedang memerhatikan kesan lebam pada tangannya, laju dia merentap pegangan abangnya itu.
Chanyeol sudah nampak kesan lebam itu. Kesan lebam akibat genggaman erat oleh ayahnya pada tempoh hari.
'Haeyoung tenangkan diri. Fikir sesuatu!'
Gadis itu sedaya-upaya menyembunyikan perasaan gusar dan takut yang sedang melanda dirinya. Sebelum sempat Chanyeol melontarkan soalannya, Haeyoung terlebih dahulu memberi alasan.
"Ada lelaki yang kacau aku dekat kampus." jawab Haeyoung tanpa memandang anak mata abangnya. Dia sedang mengeluarkan bakat berlakonnya.
Itu salah satu alasan yang logik akal dia. Tidak mungkin abangnya akan percaya dengan alasan.
'Aku jatuh dekat tandas.'
Abangnya ini seorang peguam. Pastilah dia tidak akan tertipu dengan alasan kolot itu. Membulat mata Chanyeol sebaik sahaja mendengar alasan daripada adiknya itu.
"Apa kau cakap?" soal Chanyeol terkejut. Dalam diam, Haeyoung melepaskan nafas lega. Sekurang-kurangnya abangnya percaya dengan alasan palsu itu.
"Kau bagitahu nama dia. Kau bagitahu dia duduk mana dan bagitahu apa yang dia buat pada kau-" Haeyoung segera menarik tangan abangnya untuk duduk semula. Hampir sahaja lelaki itu ingin menariknya keluar daripada rumah. Jarang dia mahu melihat lelaki ini marah dan serius kecuali semasa pekerjaannya.
"Jangan risau, Jaemin dah tolong aku." akhirnya nama Jaemin meniti di bibirnya Dia terpaksa menyebut nama lelaki itu kerana hanya Na Jaemin lelaki yang dipercayai oleh abangnya.
Chanyeol melepaskan keluhan berat. Dia menarik bahu Haeyoung untuk duduk menghadapnya.
"Haeyoung, aku tak nak kau sakit atau ada calar pun pada kau. Aku takkan biarkan sesiapa sakitkan. Tolong bagitahu aku kalau ada sesiapa sentuh kau macam ni lagi." Haeyoung mengangguk sambil tersenyum kecil.
Sedikit sebanyak dia tersentuh dengan kata-kata abangnya itu tetapi pandangan matanya menjadi sayu apabila dia mula teringat tentang segala perbuatan ayahnya pada dirinya sendiri.
'Aku tak mampu bagitahu kau Chanyeol.'
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top