26
“ With a cold smile
Like mixed with sadness. ”
"Lapar..." gadis itu merungut sekali lagi. Dia melihat jam tangannya semula sebelum dia mengeluarkan telefonnya daripada poket seluar.
Nama lelaki itu ditekan dan dia menunggu beberapa saat sebelum lelaki itu mengangkat panggilannya.
"Kim Sunwoo aku dah lapar! Mana kau?" Haeyoung merungut tidak puas hati. Sudah lama dia menunggu kehadiran lelaki itu tetapi sampai sekarang dia tidak memunculkan diri. Sunwoo tertawa kecil mendengar rungutan gadis itu.
"Kejap lagi aku sampai." pujuk Sunwoo. Nampaknya gadis itu sudah hilang kesabaran, lebih baik dia cepat datang dengan sekotak pizza pada tangan. Kalau tidak, setiap lima minit gadis itu akan menelefonnya.
Haeyoung meletakkan panggilannya dan kembali berbaring diatas sofa. Selepas kejadian itu, dia mengambil cuti selama tiga hari. Dia juga tidak tidur di rumah bersama kawan-kawannya sebaliknya dia tidur di rumah abangnya. Chanyeol pun sering tidak pulang dan hanya tidur di pejabatnya. Dia hanya pulang untuk mandi dan menukar baju.
Pada masa yang sama, selama hari cutinya itu, dia mengabaikan semua panggilan dan mesej daripada Jaemin. Dia sendiri tidak faham dengan dirinya sendiri. Setiap kali hal seperti ini terjadi, pasti dia akan menolak Jaemin jika lelaki itu risau dan cuba menolong dirinya.
Dia tidak mahu terlalu bergantung pada lelaki itu, kerana dia sudah terbiasa untuk bergantung pada Na Jaemin. Dia perlu menolak lelaki itu supaya hubungannya dengan Chaerin tidak terganggu.
Ya, Haeyoung sendiri sudah tahu kebodohan dirinya sekarang.
Dia juga menolak semua permintaan kawan-kawannya untuk melawat dia di rumah abangnya. Lebih-lebih lagi Jeno. Pada setiap hari pasti dia akan menghantar pesanan padanya. Nampaknya dia sudah nampak kesan lebam pada hari itu.
Disebabkan dia tidak boleh keluar dan dia tidak mahu berjumpa dengan kawan-kawannya, jadi secara tidak sengaja dia meminta pertolongan Sunwoo untuk membelikannya makanan. Tanpa sedar, sedikit demi sedikit Haeyoung mula terbiasa dan mempercayai lelaki ini.
Sunwoo pula dengan hati yang terbuka sering datang ke rumah ini untuk menemani Haeyoung dan menolongnya membelikan makanan. Tetapi dia akan pulang sebelum waktu 8 malam.
Salah satu perkara yang dia lega ialah apabila Sunwoo langsung tidak membangkitkan hal tentang lebam pada tangannya tempoh hari.
ding dong!
Bibirnya mengukirkan senyuman lebar sebaik sahaja mendengar bunyi loceng itu. Sunwoo dah sampai bermakna makanan dah sampai!
Gadis itu berlari anak kearah pintu untuk membuka pintu itu. Sebaik sahaja pintu dibuka, wajah Sunwoo yang sedang tersenyum memenuhi pandangan matanya.
"Aku beli pizza favourite kau." kata Sunwoo sambil tersenyum kecil. Dia menanggalkan kasutnya apabila Haeyoung membuka luas pintu hadapan itu.
"Kau masuk la dulu. Aku nak pergi tandas jap." kata Haeyoung. Dia memasuki bilik tidur utamanya, meninggalkan Sunwoo sendirian di ruang tamu.
Dia membuka televisyen dan melabuhkan punggungnya diatas kerusi. Dia sudah biasa dengan rumah ini jadi dia tidak berasa terlalu kekok.
ting! ting! ting!
Sunwoo mengerutkan dahinya apabila mendengar bunyi notifikasi daripada telefon Haeyoung. Notifikasi itu tidak berhenti berbunyi. Mesej itu terlalu penting ke?
Lelaki itu memandang kearah telefon Haeyoung yang berada di atas sofa itu. Matanya dikecilkan kearah telefon itu. Siapa yang menghantar terlalu banyak mesej kepada Haeyoung ini?
Jaem
haeyoung
jawab mesej aku
jangan palau mesej aku
kau ada dekat rumah hyung ke?
haeyoung?
dah tiga hari kau abaikan aku
ada sesuatu terjadi ke?
ayah kau datang?
dia pukul kau lagi?
Sunwoo tersentak. Semua mesej yang baru dihantar oleh Jaemin itu dipandang tidak percaya. Lebam pada tangan Haeyoung itu disebabkan oleh ayahnya?
Mulutnya ternganga akibat terkejut. Maksudnya dia dipukul lagi baru-baru ini dan selama ini Jaemin sudah tahu mengenainya, tetapi lelaki itu langsung tidak membuat apa-apa tindakan?
"Kau tengok apa?" terhincut bahu lelaki itu akibat sergahan Haeyoung daripada belakang. Laju dia menoleh ke belakang dan memandang Haeyoung dengan membuntang.
"Haeyoung kau okey?" soal Sunwoo risau. Selama tiga hari dia memendam dan mengelak untuk bertanya soalan itu pada Haeyoung. Dia tidak mahu membuatkan gadis itu tidak selesa.
Tetapi setelah dia mengetahui segala hal ini, niatnya itu dibatalkan.
Haeyoung mengerutkan dahi dan memandang Sunwoo pelik. Lelaki ini demam ke ? Tiba-tiba sahaja bertanya soalan seperti itu padanya.
"Jaemin mesej kau." kata Sunwoo. Dia menghulurkan telefon itu kepada Haeyoung, mengelak daripada bertentang mata dengannya.
Haeyoung menerima huluran itu dan memandang skrin telefonnya. Keluhan panjang dilepaskan dan bibirnua digigit. Jelas sekali Sunwoo sudah ternampak mesej itu. Dia terlalu pandai kerana membiarkan skrin telefonnya terbuka.
"Aku tak faham. Kenapa kau elakkan diri daripada Jaemin?" soal Sunwoo. Jelas dia sangat keliru dengan tindakan Haeyoung. Padahal Jaemin hanya menolongnya. Haeyoung terdiam. Dia bermain-main dengan jari-jemarinya gelisah sebelum dia mengambil tempat duduk di sebelah lelaki itu.
"Kau kenal kan teman wanita Jaemin? Kau pernah jumpa dia." Sunwoo mengangguk. Nampaknya dia membuat keputusan untuk memberitahu Sunwoo segalanya. Dia memandang tepat pada wajah Haeyoung, mahu mendengar penjelasan gadis itu.
"Dialah. Salah satu sebab kenapa lebam ini boleh ada pada tangan aku." jawab Haeyoung lemah. Dia menyelak pergelangan tangannya yang mempunyai kesan lebam yang sudah semakin surut.
"Dia bagitahu semua perkara pada ayah aku. Tapi dia manipulasikan semua cerita tu. Memandangkan aku selalu ada dengan Jaemin, dia salah sangka dan anggap aku nak rampas Jaemin daripada dia. Tapi, lagipun aku dah biasa jadi mangsa pukul dia." Haeyoung menggulingkan anak matanya menyampah. Dia tak teringin pun pada lelaki yang sudah berpunya! Kepalanya diurut beberapa kali. Sakit pula kepalanya memikirkan tentang kejadian beberapa hari lepas.
Senyuman sinis gadis itu mampu membuatkan darahnya naik. Cuma dia terlalu lemah dan bengap kerana tidak menampar sahaja Chaerin pada masa itu.
Haeyoung memandang sekilas reaksi daripada Sunwoo. Lelaki itu sangat terkejut. Lebih-lebih lagi apabila mendengar kenyataan dia sudah sering dipukul dan Chaerin terlibat dalam hal ini.
"Perempuan tu psycho ke?" soal Sunwoo polos membuatkan Haeyoung tertawa kecil. Namun dia sedikit bersetuju dengan kenyataan Sunwoo itu.
"Jadi kau taknak mereka putus?" Perlahan-lahan Haeyoung mengangguk. Dia serba-salah tetapi dia masih perlu menjauhkan dirinya daripada Jaemin. Lelaki itu pasti akan terasa hati dengannya. Pada masa yang sama dia tidak mahu hubungannya dengan Chaerin rosak.
Dia tahu Jaemin sangat mencintai Seo Chaerin. Dia tidak mahu Jaemin patah hati.
"Sunwoo." pada waktu ini, satu ideanya muncul di benak fikirannya. Walaupun kedengaran tidak masuk akal, tetapi hanya alasan ini yang mampu membuatkan Jaemin setuju. Walaupun dia kedengaran terdesak...
Haeyoung pernah memaksa Jaemin untuk berhenti datang dan menolongnya, tetapi Jaemin meletakkan satu syarat yang seakan mustahil untuk gadis yang bernama Park Haeyoung. Iaitu, dia mesti mempunyai teman lelaki.
"Jadi boyfriend aku."
tada! huehue
esok isnin, selamat berjaya dengan kelas online!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top