25
“ To falling petals
No one reaches their hand. ”
Anak matanya mula menggeletar selepas tangan ayahnya naik menampar pipinya. Segala ingatannya semasa dia dipukul mula bermain di dalam ingatannya.
Tamparan, sepakan dan libasan. Semua itu seakan-akan filem yang berputar semula. Mimpi buruk itu mulai datang kembali...
"Argh!" tanpa sedar, Haeyoung menjerit ketakutan. Dia memegang kepalanya sambil menarik-narik rambutnya. Lutut kakinya mula menggeletar seiring dengan tangisan yang mula kedengaran
Tetapi perkara itu langsung tidak membuatkan Tuan Park berganjak sedikit pun daripada situ. Malah, dia mengenggam pergelangan tangan Haeyoung dengan lebih kasar supaya berdiri dekat dengannya.
Haeyoung hanya mampu menangis sambil merintih kesakitan. Dia tidak mampu untuk melakukan apa. Dia terlalu lemah dengan keadaan ini. Lebih-lebih lagi, ayahnya berada di hadapannya sekarang.
"Jangan jadi lemah Park Haeyoung." dingin kata-kata itu meluncur keluar daripada mulut Tuan Park. Langsung tiada secebis pun perasaan kasihan dan simpati kepada anak perempuannya.
Haeyoung mengigit bibirnya kuat, dia tidak mahu suara tangisannya kedengaran setelah mendengar kata-kata ayahnya itu. Tersedu-sedan dia menahannya. Tetapi genggaman pada lengannya semakin kuat.
Jelas menunjukkan ayahnya sedang marah apabila dia melihat tangisan anak gadisnya itu.
"Sa-sakit..." rintih Haeyoung perlahan. Dia sudah tidak dapat menahannya lagi. Buat pertama kali dia bersuara apabila ayahnya mula mahu menderanya.
"Tch. Sakit? Hati aku lagi sakit tengok kau. Menyusahkan aku daripada kecil." Haeyoung tersentak. Anak matanya merenung kearah lantai itu sayu. Sememangnya dia tidak pandai seperti abangnya yang lebih cekap dan pandai dalam pelajaran. Mungkin itu salah satu sebab ayahnya tidak menyukai dirinya yang bodoh ini.
"Aku cakap pandang aku kan!" Tangan ayahnya kasar mencengkam dagu Haeyoung supaya wajahnya didongakkan untuk bertentang mata dengan ayahnya.
Sebaik sahaja mata mereka mula bertentang, bulu romanya mula meremang. Takut, gementar, marah dan kecewa. Semuanya bercampur baur.
Tanpa sedar, matanya terlihat pada hujung banggunan yang jarang dilalui itu. Matanya membuntang sebaik sahaja melihat Chaerin yang sedang berdiri bersandar pada dinding sambil tersenyum sinis padanya.
Dia dah nampak semuanya...?
"Nasib baik Chaerin ada untuk perhatikan kau dekat universiti ni. Kalau tak? Sampai aku mati pun aku tak akan tahu kau sibuk terkejarkan lelaki yang dah berpunya." tajam sahaja anak mata Tuan Park mencerlung kearah anak mata Haeyoung. Buat kali kedua, Haeyoung tersentak. Ayahnya mengenali Chaerin...?
Chaerin memerhatikannya selama ini? Disebabkan ini ke dia pernah melihat Chaerin berada di kawasan perumahannya serta semasa Jaemin menghantarnya pulang ke rumah?
Kenapa dia tidak sedar selama ini...
"Tak-tak..." Dengan segala kudrat tenaga yang dia ada, tubuh ayahnya itu ditolak kasar supaya cengkaman pada dagunya dan pegangan pada lengannya dilepaskan. Tubuh Tuan Park terdorong kebelakang akibat tolakan Haeyoung itu.
Sebaik sahaja dia dilepaskan, Haeyoung melarikan diri daripada situ. Air matanya masih laju menuruni daripada tubir matanya. Dia mengelap kasar air matanya yang jatuh. Dia tidak mahu kelihatan seperti ini.
"Jaem- Jaemin..." hanya lelaki itu sahaja yang muncul di fikirannya pada saat ini. Dia perlu mencari Jaemin.
--
Jaemin terdiam melihat segala perkara yang baru terjadi di hadapan matanya. Mengapa Haechan dan Heejin boleh bergaduh pula ini? Dia tercengang.
Makin pening pula kepalanya sekarang. Apa yang terjadi? Fikirannya lambat tangkap pula kali ini.
"Haeyoung kau kenapa?" Renjun bersuara risau. Laju lelaki itu memandang kearah tempat yang dipandang oleh Renjun tadi. Membuntang matanya sebaik sahaja melihat keadaan Haeyoung yang tidak terurus itu. Matanya terlalu sembap dengan air mata.
Laju Jaemin bangun daripada duduknya dan berlari kearah Haeyoung. Dia memegang kedua-dua belah bahu gadis itu dan menatap matanya dengan pandangan risau.
"Apa yang jadi Haeyoung?" soal Jaemin perlahan, dia tidak mahu orang lain mendengar tentang hal ini. Tetapi gadis itu hanya mendiamkan diri.
Jaemin memandang kearah pergelangan tangan Haeyoung dan menyelaknya sedikit. Keluhan kasar dilepaskan daripada mulutnya sebelum dia menutup kembali lengan baju gadis itu.
Dia perasan, air mata Haeyoung mula bertakung semula. Anak matanya menggeletar, dia tidak mampu untuk bertentang mata dengan lelaki itu. Pada bila-bila masa sahaja air matanya akan jatuh semula jika dia memandang wajah Jaemin.
Lelaki itu mendiamkan diri. Dia terus menarik lengan Haeyoung untuk keluar daripada kawasan kafeteria. Haeyoung hanya mengikutinya daripada belakang, dia langsung tidak boleh memberontak dan membantah seperti biasa. Dia terlalu lemah dan tidak bersemangat.
"Masuk." arah Jaemin sebaik sahaja dia membuka pintu keretanya. Haeyoung menurutinya dan masuk ke dalam perut kereta. Jaemin menutup pintu kereta dan berjalan kearah tempat duduk pemandu.
Tanpa berkata apa-apa, Jaemin mengeluarkan peti kecemasan daripada bawah kerusinya. Dia mencapai pergelangan tangan Haeyoung itu dan memandangnya sekilas.
"Kesan ni baru lagi." kata Jaemin. Dia menunggu balasan daripada gadis itu, tetapi Haeyoung hanya kekal mendiamkan diri. Dengan berhati-hati dia meletakkan ubat pada kesan lebam itu. Keluhan panjang dilepaskan.
"Ayah aku datang." Haeyoung berkata perlahan setelah dia mengumpulkan keberanian untuk bersuara semula. Pergerakan Jaemin terhenti sebaik sahaja dia mendengar nama Tuan Park.
"Haeyoung." nada suaranya semakin serius. Dia meletakkan kapas itu dan membetulkan posisi duduknya untuk memandang Haeyoung dengan lebih jelas.
"Sekali lagi dia buat, aku bagitahu Chanyeol hyung."
"Jaem-"
"Park Haeyoung, keputusan aku muktamat." Haeyoung mengigit bibirnya apabila Jaemin laju memotong percakapannya. Wajahnya ditundukkan. Perasaan serba salah dan takut mula menguasai dirinya semula. Nampaknya kali ini Jaemin tidak main-main.
"Macam mana ayah kau boleh datang sampai ke sini?" soal Jaemin. Jantungnya mula berdetak laju apabila mendengar soalan lelaki itu. Dia melarikan anak matanya supaya tidak memandang Jaemin.
Dia seakan sedang berlawan dengan dirinya sendiri. Dia tidak boleh memberitahu lelaki itu tentang Chaerin. Dia tidak mahu merosakkan hubungan lelaki itu dengan Chaerin dan dia tidak mahu Jaemin putus disebabkan dirinya. Tetapi hatinya memberontak supaya dia memberitahu Jaemin tentangnya. Dia sudah tidak mahu Jaemin bersama dengan perempuan bertopengkan syaitan itu!
"Aku tak tahu..." akhirnya dia kembali menyimpan semua itu di dalam hatinya sahaja. Sekali lagi, dia membiarkan semua ini berlalu dengan harapan semuanya akan berjalan dengan lancar.
malam nanti aku update lagi, tapi aku bagi warning awal-awal untuk chapter seterusnya jangan sakit hati AHAHAHA 🤣
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top