24

"Kau gaduh dengan Jaemin ke?" Sunwoo bersuara apabila Haeyoung langsung tidak memulakan perbualan sejak dia masuk ke dalam kereta tadi.

Bukannya dia tidak perasan akan raut wajah seram Na Jaemin tadi sewaktu Haeyoung berjalan kearah keretanya. Tajam saja matanya merenung kearah Sunwoo sehingga meremang bulu romanya.

"Tak... aku pun tak tahu..." Haeyoung membalas perlahan. Gadis itu jelas kelihatan berserabut padahal masih pagi.

Moodnya hancur sebaik sahaja dia melihat panggilan daripada Chaerin pada pagi tadi. Dengan hanya membayangkan muka gadis itupun cukup membuatkannya menyampah. Rasa mahu ditarik-tarik sahaja rambutnya itu tetapi ditahan kerana gadis itu merupakan teman wanita Jaemin.

"Kau nak aku ambil balik nanti?" pelawa Sunwoo, dia cuba menukar topik. Dia perasan, Haeyoung tidak lagi menelefon seseorang semasa menaiki keretanya tetapi dia masih sentiasa membiarkan telefonnya terbuka untuk memudahkan dia menelefon sesiapa.

Sekurang-kurangnya dia sudah mendapatkan sedikit kepercayaan gadis ini.

"Jeno ambil aku." balas Haeyoung, dia cuba menolak pelawaan lelaki itu dengan baik. Sunwoo mengangguk dan mereka hanya mendiamkan diri sehingga mereka tiba di hadapan Seoul Univerisity.

"Hati-hati Haeyoung." Sunwoo melambai kepada gadis itu sebelum keretanya meluncur laju keluar daripada kawasan universiti itu.

--

"Argh!" Haeyoung menggeliatkan badannya setelah pensyarah telah berjalan keluar daripada kelas. Nota yang berselerak di hadapannya dipandang kosong sebelum dia mengeluh panjang.

Jurusan undang-undang yang dia terpaksa ambil dan langsung tiada secebis pun minat terhadapnya dan sekarang dia terpaksa menghadapnya selama bertahun-tahun kerana kehendak ibu bapanya.

Buku-bukunya dikemaskan dan dimasukkan ke dalam beg. Dia perlu pergi ke kafeteria sekarang memandangkan Jeno sudah menunggu bersama kawan-kawannya yang lain disana.

Sebaik sahaja kakinya melangkah ke luar kelas, tangannya terus disambar dan ditarik kasar.

Terkejut Haeyoung dengan tindakan drastik seseorang itu. Nasib baik sahaja beg laptopnya tidak jatuh mencium lantai tadi. Wajahnya diangkat untuk melihat orang yang baru sahaja menarik tangannya.

"Chaerin apa kau buat ni!" suara Haeyoung naik seoktaf sebaik sahaja dia dapat mengenal pasti figura itu. Makin sakit hatinya apabila melihat gadis ini. Sudahlah dia tiba-tiba menarik tangannya untuk pergi ke tempat yang dia sendiri tidak tahu!

Tarikan Seo Chaerin itu sangat kuat pada tangannya sehingga menyebabkan Haeyoung merintih kesakitan. Jaemin tidak tipu apabila dia mengatakan Chaerin mempunyai kemahiran di dalam boxing. Tenaganya cukup kuat!

"Kau nak apa!" Haeyoung menatap tajam anak mata Chaerin sebaik sahaja gadis itu berhenti melangkah. Tangannya direntap kasar daripada pegangan Chaerin.

Me-merah?

Chaerin seakan-akan melepaskan segala kemarahannya padanya sekarang. Dia membalas tatapan Haeyoung itu dengan pandangan tajam.

"Kau buat apa dekat rumah Jaemin?" Chaerin menyoal dingin. Terus hilang nada suaranya yang lembut itu.

"Chaerin apa lagi kau nak tuduh aku ni?" Haeyoung mengeluh perlahan. Dia bercekak pinggang dan mula menatap Chaerin malas. Buang masa sahaja jika dia bergadub dengan gadis ini.

"Kau buat apa dengan dia!" Chaerin menjerit kuat. Dia sangat pandai memilih tempat. Dia memilih tempat yang memang jarang dilalui oleh pelajar lain. Terhincut bahu Haeyoung mendengar jeritan Chaerin itu.

"Aku tak buat apa-apa dengan dia!" Haeyoung membalas jeritan Chaerin itu. Makin lama kesabarannya juga makin tipis. Tetapi dia semakin pelik apabila Chaerin tiba-tiba sahaja tertawa sinis.

"Kau memang perempuan murah Park Haeyoung. Kau tunggu nasib kau..." Chaerin berjalan selangkah ke hadapan untuk mendekatinya. Kepalanya didekatkan pada telinga gadis itu.

"Kau ingat aku tak tahu rahsia kau? Ayah kau selalu pukul kau kan?" gelak halus kedengaran daripada mulut Chaerin. Manakala Haeyoung terdiam. Anak matanya mula menggeletar apabila mendengar kata-kata Chaerin itu.

Chaerin tahu tentang rahsianya...?

Tak itu tidak betul kan ?

"Lebam dekat tangan kau tu nampak makin pulih. Mesti disebabkan teman lelaki aku yang terlalu baik itu rawatkan untuk kau kan?" Chaerin memeluk tubuhnya dan melangkah setapak kebelakang. Dia memandang Haeyoung daripada atas hingga bawah. Bibirnya tersenyum sinis.

"Kau tak layak untuk dia Park Haeyoung." Dahi gadis itu ditunjal oleh Chaerin. Dengan melihat keadaan Haeyoung yang sudah dalam ketakutan dan menggigil itu membuatkan dia melepaskan tawanya dengan lebih kuat. Jarang sekali dia melihat gadis kuat seperti Haeyoung dalam keadaan seperti ini.

Haeyoung mengigit bibirnya kuat. Segala kebencian dan makian terhadap dirinya sekarang semakin banyak dilepaskan. Dia terlalu lemah sekarang. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dia tidak mampu membalas apa yang dilakukan oleh Chaerin terhadapnya. Seakan-akan seluruh tubuhnya kaku dan tidak dibenarkan bergerak.

Chaerin dapat mengetahui kelemahan terbesarnya...

Bunyi tapak kaki daripada belakang membuatkan Haeyoung laju berpaling kebelakang.

Dengan harapan sesiapa untuk datang supaya dia boleh berada jauh daripada Chaerin.

Tetapi senyumannya luntur sebaik sahaja dia melihat wajah lelaki yang paling dibencinya sedang berjalan kearahnya.

Ayahnya.

"Aww! ayah melawat anak. Aku terharu. Jadi aku akan tinggalkan korang berdua dulu." Chaerin tersenyum sinis dan tertawa halus sebelum meninggalkan Haeyoung bersendirian dengan ayahnya. Hatinya kuat meronta supaya Chaerin tidak meninggalkannya. Dia tidak sanggup berdua-duaan dengan ayahnya.

"Jadi aku hantar kau ke sini untuk belajar, tapi kau menyundal dengan lelaki lain?" Seakan ada sebiji batu besar yang sedang menghempap dirinya, kata-kata ayahnya itu terus menggoreskan hatinya. Ayahnya kini berada di hadapannya.

Haeyoung tidak mampu memandang wajah ayahnya jadi dia hanya menunduk memandang lantai. Walaupun air matanya sudah mulai laju turun melalui pipi, dia masih cuba menahan tangisannya daripada kedengaran. Dia terlalu takut...

"Jawab aku Park Haeyoung!" sekali gus, pipi mulusnya ditampar membuatkan wajahnya terteleng ke tepi.

'Aku bencikan hidup aku.'

okey ke tak tu? 🤣 nak update tapi tertidur semalam ;-;

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top