22

Tubuhnya seakan-akan terkaku berdiri di hadapan bilik tidur lelaki itu. Langsung tiada keberanian untuk mengetuk pintu bilik itu.

Sayup-sayup muzik lembut kedengaran daripada dalam bilik. Sudah pasti lelaki itu sedang mengedit beberapa gambar yang ditangkapnya sekiranya dia membuka muzik lembut sebagai latar belakangnya.

Sekali lagi, bunyi perutnya berkeroncong berbunyi. Perutnya boleh masuk angin jika dia menangguh untuk makan sementara menunggu kepulangan Haechan.

"Haish, ketuk je lah." Haeyoung merungut perlahan. Akhirnya, dia memberanikan dirinya untuk mengetuk pintu lelaki itu dan memulas tombol pintu itu.

Kepalanya dijengukkan ke dalam bilik tidur lelaki itu. Bilik itu hanya diterangi dengan lampu belajar, langsir di dalam bilik itu sudah pasti sudah ditutup dengan kemas memandangkan Jaemin sememangnya menyukai suasana yang malap seperti itu.

Nampak gayanya, Jaemin tidak mendengar ketukan pintu tadi kerana dia langsung tidak berpaling ke belakang dan hanya fokus terhadap komputernya.

"Jaem..." panggil Haeyoung perlahan. Panggilan itu membuatkan Jaemin terus berpaling kearah pintu masuk biliknya.

"Haeyoung? Sejak bila kau ada dekat sini?" soalnya terkejut. Kerusinya dipusingkan menghadap kearah Haeyoung yang perlahan-lahan berjalan masuk ke dalam bilik lelaki itu.

"Baru je." balas Haeyoung. Dia mengambil tempat duduk di birai katil lelaki itu. Wajahnya ditundukkan memandang kakinya, entah kenapa dia terlalu takut untuk bertentang mata dengan Jaemin sekarang. Dia risau Jaemin akan menyoal tentang Sunwoo padanya.

"Aku takkan tanya. Tapi pastikan, bila kau dah sedia, cakap dekat aku." kata Jaemin lembut, cuba menenangkan gadis itu. Gadis itu terlalu nampak gelisah di hadapannya. Kata-kata Jaemin itu mendapat anggukan dan senyuman kecil daripada Haeyoung.

"Kau nak makan apa?" membuntang mata Haeyoung apabila mendengar soalan daripada Jaemin itu. Terus bersinar-sinar matanya.

Jaemin mengangkat hujung bibirnya, tersenyum manis. Dia sudah cukup kenal dengan gadis ini. Sebelum ini Haeyoung asyik mengelak untuk berjumpa dengannya, dan sekarang apabila gadis itu sendiri yang berjumpa dengannya semula, pasti ada udang disebalik batu, dan pastilah tentang makanan.

Ego Park Haeyoung sangatlah tinggi dan hanya makanan yang membuatkan egonya jatuh.

"Semua kau masak sedap. Aku tak kisah." jawab Haeyoung teruja. Terus dia bangun daripada birai katil lelaki itu dan menarik tangan Jaemin keluar daripada bilik. Dia terlalu tidak sabar untuk makan memandangkan dia sudah berlapar daripada pagi tadi.

Tindakan Haeyoung itu membuatkan Jaemin tertawa kecil.

Kenapa dia comel sangat ?

--

"Hati-hati panas." Jaemin meletakkan mangkuk yang diisi dengan sup ayam itu di hadapan Haeyoung. Mata gadis itu tidak lepas daripada merenung kearah makanan itu. Perutnya sudah terlalu lapar menunggu makanan.

Jaemin menghulurkan secawan air kepada gadis itu sambil melabuhkan punggungnya di hadapan Haeyoung. Bibirnya mengukirkan senyuman lebar apabila melihat gadis itu fokus pada makanannya.

Dia hanya menunggu gadis itu makan sehingga habis, sementara itu dia bermain dengan telefonnya.

"Kau nak buat apa lepas ni?" tanya Jaemin, matanya dilirikkan pada jam dinding yang baru menunjukkan jam enam petang. Haeyoung hanya mengangkat bahu, tanda tidak tahu. Sempat dia menghirup sisa sup yang tinggal di dalam mangkuknya.

"Kau nak tengok movie sementara tunggu dinner?"

"Boleh juga. Aku pun bosan sekarang ni." Haeyoung mengangguk setuju. Mangkuknya dibawa kearah singki untuk dibasuh.

"Tapi Renjun tengah tidur sekarang... Kau pun tahu dia sensitif sikit. Mesti dia terjaga nanti." tambah Haeyoung sambil memandang kearah Renjun yang sudah lena dibuai mimpi diatas sofa di ruang tamu itu. Dia mahu mengejut lelaki itu untuk tidur di dalam bilik pun tidak sanggup.

"Tengok dalam bilik aku. Jeno balik malam nanti." Jaemin memberi cadangan. Terkejut Haeyoung mendengar kata-kata lelaki itu tetapi dia cuba untuk berlagak tenang. Dia dan Jaemin duduk berdua-duaan?

Bukannya dia tidak pernah duduk berdua-duaan, tetapi jelas sekali mereka akan duduk di dalam tempat yang tertutup dan dia masih berasa janggal dengan Jaemin sekarang.

"Kau pick movie. Aku tunggu dekat dalam bilik aku." Jaemin berkata tenang. Dia meletakkan ipad miliknya diatas meja makan sebelum dia berjalan masuk ke dalam biliknya.

Laju Haeyoung menoleh kearah ipad Jaemin yang berada di atas meja makan itu. Dia tidak sempat langsung untuk memberikan pendapatnya!

Haeyoung mengeluh perlahan dan mengelapkan tangannya pada kain yang disediakan di tepi singki. Dengan pasrah, dia mengambil ipad itu sebelum berjalan kearah bilik Jaemin.

--

"Jaemin kenapa kena duduk atas katil kau?" soal Haeyoung tidak puas hati. Kenapa dia perlu duduk diatas katil lelaki itu untuk menonton movie?

"Kau nak tengok dekat meja belajar aku tu ke?" balas Jaemin sarkastik pula.Dia tahu Haeyoung sangat bencikan kedudukan seperti itu apabila menonton movie. Haeyoung mencebik bibir. Geram pula dia dengan lelaki ini.

"Duduk sini. Kau kecil je Haeyoung. Tak akan jadi sempit pun." Jaemin menepuk-nepuk ruang kosong yang berada disebelahnya sambil memandang kearah gadis itu. Haeyoung mrnggulingkan anak matanya.

Dia selalu kalah apabila berlawan mulut dengan Na Jaemin!

Haeyoung mengambil tempat kosong yang berada disebelah lelaki itu. Badannya disandarkan pada katil sambil menunggu Jaemin membuka movie pilihannya tadi.

Setelah Jaemin siap membuka movie pilihannya itu, dia kembali membetulkan kedudukannya dan bersandar pada katil seperti Haeyoung dan menyebabkan bahu mereka berlanggar. Katil bujang yang kecil itu membuatkan mereka duduk dalam keadaan yang rapat, nasib baik sahaja Haeyoung ini berbadan kecil.

Mereka berdua mulai fokus dengan movie yang sedang dipaparkan pada ipad Jaemin itu. Setelah setengah jam, perlahan-lahan kelopak mata Haeyoung mula menjadi kuyu. Mungkin disebabkan movie ini bukan seleranya.

Jaemin mencuri pandang sekilas Haeyoung yang berada disebelahnya. Gadis itu sedaya upaya menahan matanya daripada tertutup dan membuatkan dia tersenyum dalam diam. Dia sengaja berganjak lagi ke tepi untuk memberikan kedudukan yang selesa pada gadis itu untuk tidur.

Setelah beberapa minit, Haeyoung benar-benar terlelap disebelah lelaki itu. Jaemin mematikan ipadnya dan dengan berhati-hati turun daripada katilnya. Dia membetulkan posisi tubuh Haeyoung agar gadis itu dapat tidur dengan lebih selesa. Selimutnya dibetulkan untuk menutupi tubuh gadis itu.

Haeyoung langsung tidak terganggu dan tiada tanda-tanda untuk bangun daripada tidurnya. Jaemin tersenyum kecil sebelum dia kembali duduk di meja belajarnya untuk meneruskan editan gambarnya yang tergantung tadi.

hehe selamat hari raya! kosong kosong <3

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top