21
"Haeyoung..." pegangan tangan Sunwoo pada tangannya mulai melonggar. Terkebil-kebil lelaki itu melihat pergelangan tangan Haeyoung yang dipenuhi dengan kesan lebam.
Haeyoung terus menyentak tangannya daripada pegangan Sunwoo dan menarik semula lengan bajunya bagi menutupi lengan tangannya.
Baru sahaja tubuh Haeyoung berpaling ke belakang untuk pergi meninggalkam Sunwoo, tetapi lelaki itu lebih cepat memegang bahunya untuk menghalang daripada gadis itu meloloskan diri.
"Haeyoung, benda apa tu?" soal Sunwoo. Dia masih terkejut dengan perkara yang dilihatnya sebentar tadi. Gadis itu menunduk memandang lantai, mahu melarikan pandangannya daripada terus bertentangan dengan lelaki itu.
"Haeyoung jumpa tak?" suara jeritan Chani daripada bawah membuatkan mereka berdua terserentak. Haeyoung terus mengambil peluang untuk melarikan diri daripada Sunwoo.
Laju kakinya melangkah keluar daripada bilik tidur Chani bersama dengan fail-fail Bomin dan berlari menuruni tangga.
"Dahyun aku balik dulu." kata Haeyoung cemas. Tergesa-gesa dia mencapai segala barang-barangnya termasuk beg tangannya dan melangkah ke luar rumah sambil memeluk erat fail milik Bomin itu, tidak mahu Sunwoo dapat mengejarnya.
Tidak sempat Jeno mahu menegurnya, Haeyoung lebih pantas meloloskan dirinya. Tercengang mereka bertiga melihat tindakan Haeyoung secara drastik itu.
Nasibnya baik apabila kelibat Jibeom muncul tepat pada masanya di hadapan rumah Chani. Tanpa berkata apa-apa, Haeyoung membuka pintu kereta Jibeom dan masuk ke dalam perut kereta.
"Tolong hantar aku balik. Nanti aku terangkan." minta Haeyoung. Pada mulanya Jibeom tidak mahu, tetapi setelah melihat pandangan mata sayu gadis itu, lelaki itu kembali menghidupkan enjin keretanya dan meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan Chani.
Sempat dia melihat melalui cermin pandang belakang, Sunwoo sedang memandang kearah kereta yang sedang berlalu ini tidak puas hati.
Akhirnya keluhan lega dilepaskan.
--
"Taknak. Taknak." bantah Haeyoung. Bibirnya dimuncungkan tanda protes. Jihyun melepaskan keluhan panjang.
"Haeyoung, aku balik lambat ni. Kau tahukan kalau aku dengan Jaehyun balik rumah mak aku, kitorang akan balik lewat malam." pujuk Jihyun.
"Haeyoung kau sendiri tak boleh tahan lapar. Kau tak ada lesen nak keluar bawa kereta. Kau pun bukan nak percayakan pemandu grab tu." sambung Jihyun lagi. Sengaja dia menggunakan makanan sebagai kelemahan gadis itu.
Heejin dan Dahyun juga tiada di rumah kerana sibuk menyiapkan projek mereka di universiti. Sudah pasti mereka juga akan pulang lewat malam.
Jadi dia menyuruh Haeyoung untuk duduk di rumah kongsi Renjun dengan kawan-kawannya dan pulang pada waktu malam nanti memandangkan Haeyoung memang tidak pandai memasak, termasuklah ramen. Kalau tidak, pasti setiap masa Haeyoung akan menelefonnya dan merungut apabila dia lapar nanti.
Bukannya gadis itu tidak pernah mencuba untuk memasak, tetapi dia terlalu cuai apabila dia mula memegang peralatan tajam sehingga menyebabkan jarinya beberapa kali terluka.
Traumanya terhadap lelaki semakin bertambah teruk. Ketakutannya itu membuatkan dia tidak mempercayai semua lelaki yang tidak dikenalinya dan disebabkan itu dia sentiasa berhati-hati dan cuba menjarakkan diri dengan lelaki yang baru dikenalinya.
"Aku taknak jumpa Jaemin..." Haeyoung berkata perlahan. Na Jaemin dan Kim Sunwoo ialah individu yang dia mahu mengelak daripada berjumpa sekarang.
"Ha? Aku tak dengar apa kau cakap tadi Haeyoung." Jihyun menyoal gadis itu semula. Laju Haeyoung menggeleng semula.
"Ha yelah. Aku duduk sana sekejap. Haechan dengan Yangyang ada kan?" soal Haeyoung dengan penuh harapan. Anggukan daripada Jihyun itu membuatkan dia menjadi sedikit lega. Maksudnya dia tidak perlu menghadap Jaemin dengan terlalu lama.
--
"Nanti saya hantar dia balik." kata Renjun kepada Jihyun yang sudah berada di dalam kereta Jaehyun. Gaya Jihyun sudah seperti seorang ibu yang menghantar anaknya. Walaupun perangainya yang sedikit kebudakan, tetapi dia lebih berfikiran matang.
"Renjun aku lapar!" Haeyoung berlari anak masuk ke dalam rumah dan menjerit setelah menghantar kepergian Jihyun dan Jaehyun.
Renjun yang baru sahaja duduk di ruang tamu menggulingkan matanya.
"Kau ingat aku chef kau ?" soal Renjun tidak puas hati. Badannya terlalu letih pada hari ini disebabkan dia berhempas pulas menyiapkan assignmentnya pada malam tadi.
"Tapi itulah tujuan Jihyun hantar aku ke sini." kata Haeyoung polos.
"Renjun aku lapar~" Haeyoung mula merengek tidak puas hati. Terus hilang sifat kasarnya. Apabila dia lapar, perangainya terus menjadi seperti budak kecil. Kusyen yang berada disebelahnya itu dicampak pada Renjun dan bantal itu tepat mengenai wajah lelaki itu.
"Park Haeyoung!" Marah Renjun. Kecil besar, kecil besar sahaja dia melihat gadis yang berada di hadapannya itu. Manakala Haeyoung sudah terkekeh ketawa. Disebabkan Haechan dan Yangyang masih tidak pulang dari kelas mereka, dia hanya boleh meminta kepada Renjun sekarang.
"Suruh Jaemin. Aku betul-betul penat sekarang Haeyoung." minta Renjun. Kusyen yang tadi dicampak oleh Haeyoung itu digunakan untuk mengalaskan kepalanya. Dia melihat perlahan-lahan lelaki itu memejamkan kelopak matanya.
Perasaan serba salah mula menyerbu dirinya. Renjun nampak betul-betul penat, jadi dia tidak sampai hati untuk menganggu lelaki itu.
Tak akanlah dia mahu menunggu Haechan. Lelaki itu mungkin akan pulang dalam masa dua jam lagi. Padahal perutnya sudah kosong sejak pagi tadi. Pada masa yang sama, dia tidak mahu berjumpa dengan Jaemin!
Argh dia terpaksa!
"Jaemin dalam bilik dia?" soal Haeyoung perlahan. Soalan itu mendapat anggukan daripada Renjun yang masih memejam rapat matanya.
"Nak tak nak, aku memang terpaksa menghadap dengan dia..."
siap sedia nak maki chaerin bai HAHAHAHA
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top