20
Senyuman lebar daripada lelaki itu memudar sebaik sahaja dia melihat figura teman wanitanya yang sedang duduk di taman berdekatan apartment Haeyoung.
Mengapa dia boleh berada di sana?
Haeyoung yang masih lagi tidak sedar akan kehadiran Chaerin itu terus melepaskan tali pinggang keledar dan keluar daripada kereta sebaik sahaja Jaemin menghentikan kereta.
Haeyoung kembali menoleh kearah Jaemin apabila dia perasan lelaki itu langsung tidak bersuara.
"Na Jaemin." panggil Haeyoung. Jaemin terus berpaling kearah Haeyoung dekat raut wajah yang bingung.
"Kau pergi masuk cepat Haeyoung." arah Jaemin. Dia sengaja tidak memberitahu Haeyoung tentang kehadiran Chaerin disitu. Haeyoung hanya menurut walaupun dia pelik dengan tindakan Jaemin itu.
Dia memerhatikan figura Chaerin yang masih menunggu disitu. Dia datang ke sini untuk berjumpa dengan Haeyoung ke?
Laju Jaemin menggeleng. Segala pemikiran negatif tentang Chaerin segera dia padamkan. Akhirnya dia menggerakkan keretanya di tempat yang sedikit tersorok untuk memerhatikannya daripada jauh.
Dia tidak mahu Chaerin berada di dalam bahaya kerana gadis itu sedang berseorangan dan pada masa yang sama dia tidak mahu menganggu urusan gadis itu, pasti dia ada tujuan datang ke tempat ini.
Setelah setengah jam dia memerhatikan Chaerin, akhirnya gadis itu bangun daripada duduknya dan berjalan ke perhentian bas yang berdekatan. Sebaik sahaja bas yang ditunggunya tiba,gadis itu memasuki bas itu dan terus berlalu pergi tanpa menyedari bahawa teman lelakinya sedang memerhatikannya daripada jauh.
--
Jaemin berbaring diatas katilnya sambil merenung kearah siling biliknya. Sesekali dia melepaskan keluhan panjang. Pada hari ini, dia langsung tidak menjumpai Chaerin di universiti tetapi perkara lain yang muncul.
Chaerin menjumpai Haeyoung dan Dahyun.
Kata-kata Jeno pada petang tadi masih bermain-main di dalam fikirannya. Dia tidak mempercayainya. Chaerin menolak Haeyoung? Chaerin menyerang Haeyoung? dan yang paling mengejutkan, ini bukanlah kali pertama Seo Chaerin melakukan perkara itu terhadap Haeyoung.
Betulkah ini Seo Chaerin yang dia kenal?
Bunyi pintu dibuka membuatkan Jaemin tersedar daripada lamunannya. Dia melihat Renjun yang baru sahaja memasuki biliknya. Renjun terus mematikan lampu bilik itu dan berjalan kearah katil Jeno untuk membuka lampu tidur.
Jaemin yang faham akan tindakan Renjun itu hanya membiarkan lelaki itu. Dia melepaskan keluhan panjang sebelum menoleh kearah Renjun.
"Jeno tidur mana?" soal Jaemin.
"Bilik aku. Dia tidur sekali dengan Hendery hyung." terselit tawa kecil di hujung ayatnya. Dia membaringkan tubuhnya diatas katil Jeno.
”Jeno dah bagitahu kau kan?" berhati-hati lelaki itu cuba bertanya kepada Jaemin. Jaemin terdiam seketika sebelum dia mengangguk perlahan.
Inilah tujuan Renjun masuk ke dalam bilik lelaki ini. Jaemin bukan seorang yang terbuka tentang masalahnya. Jadi dia hanya memendamnya seorang diri tanpa memberitahu orang lain.
Hanya Renjun yang mampu membuatkan lelaki ini bercakap tentang masalahnya dalam keadaan seperti ini.
"Maaf tak bagitahu kau awal-awal tentang Chaerin."
"Haeyoung taknak kau tahu tentang hal ini." sambung Renjun. Jaemin terkaku. Haeyoung tidak mahu dia mengetahui tentang hal ini? Dia memang sengaja tidak memberitahunya?
"Dia cuma tak nak kau risau. Aku tahu ada sesuatu yang korang sentiasa cuba sorokkan daripada kitorang. Jadi mungkin sebab itu, dia tak nak tambah beban pada bahu kau." jelas Renjun. Dia tidak mahu lelaki itu salah faham terhadap Haeyoung.
"Renjun." panggil Jaemin. Renjun terus menoleh memandang kearah Jaemin yang masih memandang kearah siling biliknya.
"Chaerin. Dah berapa lama dia buat macam tu pada Haeyoung?" Jaemin menoleh semula kearah Haeyoung. Renjun mulai berasa serba salah sebaik sahaja melihat tatapan sayu Jaemin itu.
"Sejak habis sekolah Jaemin." jawapan Renjun itu membuatkan lelaki itu sekali lagi terdiam. Sudah lama perkara ini berlaku. Selama ini dia sangkakan hanya Jeno dan Chaerin tidak mempunyai hubungan yang tidak baik, tetapi Haeyoung juga termasuk.
Dia masih sayangkan Chaerin, tetapi dia terlalu kecewa dengan tindakan Chaerin kepada kawan-kawannya.
"Tapi Renjun... aku masih cintakan Chaerin..."
--
"Kim Sunwoo kau memang saja nak buat aku mengamuk kan!" Haeyoung menjerit tidak puas hati apabila melihat Sunwoo yang tidak berhenti mentertawakannya.
Boleh pula lelaki ini mentertawakannya semasa melihat cara dia memotong bawang. Tahulah dia tidak pandai memasak!
Dahyun, Jeno dan Chani menggeleng memandang kearah mereka berdua. Tidak ubah seperti budak kecil yang sedang bergaduh.
Ibu bapa Chani berada di luar bandar untuk melawat saudara maranya, jadi dia mengajak Dahyun untuk makan di rumahnya memandangkan dia tidak pandai memasak dan terlalu malas untuk keluar makan.
Kebetulan, dia sudah berjanji dengan Jeno untuk keluar bersama dan Haeyoung mahu mengikutinya kerana ada makanan percuma.
Apabila mereka tiba di rumah sepupu Dahyun itu, Sunwoo sedang elok terbaring menonton televisyen bersama Chani.
Sekarang, Haeyoung mahu membantu Dahyun dan Jeno untuk memasak, tetapi dia tidak terlalu mahir dalam bab masakan ini. Biasanya hanya Jihyun atau abangnya yang memasak untuknya di rumah.
"Jeno boleh tak aku sumbat bawang putih ni dalam mulut dia." Haeyoung memandang tajam kearah Sunwoo yang masih tidak berhenti mengetawakannya. Air matanya yang jatuh akibat pedih itu terus dilap menggunakan lengan bajunya.
"Haeyoung bawang ni biar aku yang sambung potong. Kau tolong basuh pinggan boleh tak?" tanya Jeno, dia cuba menenangkan gadis yang sudah hampir terbakar itu. Haeyoung pasrah dan mengangguk. Sempat dia menjeling Sunwoo yang berdiri di hadapannya.
"Haeyoung tolong aku ambil barang Bomin dalam bilik aku!" Chani menjerit daripada luar rumah. Tidak tahu apa yang sedang dilakukan oleh lelaki itu di luar rumah.
"Okey!" balas Haeyoung, tidak sempat dia memakai sarung tangan untuk membasuh pinggan itu. Baru sahaja kakinya ingin melangkah pada anak tangga pertama, langkahnya terhenti.
"Bilik Chani mana satu?" soal Haeyoung bingung. Ini baru pertama kali dia datang ke rumah Chani.
"Ikut aku." pelawa Sunwoo. Lelaki itu berjalan di hadapannya dan diikuti olehnya. Lelaki itu berhenti pada pintu di hujung tingkat itu.
Sunwoo membuka pintu bilik Chani itu dan melangkah masuk ke dalamnya. Haeyoung berjalan mendekati meja belajar lelaki itu dan mengambil beberapa fail milik Bomin. Dia perlu serahkan fail ini pada Heejin untuk diberikan kepada Bomin.
"Dah ke?" suara mengejut Sunwoo daripada belakang membuatkan Haeyoung tersentak sehinggakan membuatkan tangannya terlanggar pada kerusi.
"Auch!" Haeyoung mengerang kesakitan. Tepat pada tempat lebamnya yang masih belum sembuh terlanggar pada kerusi itu. Cuak Sunwoo dibuatnya apabila mendengar rintihan Haeyoung itu.
"Kau okey?" soal Sunwoo serba salah. Laju tangannya memegang pergelangan Haeyoung dan menyelak lengan baju milik Haeyoung. Tidak sempat Haeyoung menghalang perbuatan lelaki itu, dan sekarang... dia sudah nampak semuanya.
Semua kesan lebam pada tangannya.
jumpa hari jumaat nanti ( ͡° ͜ʖ ͡°)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top