18
"Sunwoo kau boleh hantar aku terus ke rumah aku je."
"Bukan kau dengan Jaemin nak pergi kedai buku ke tadi?"
"Tak apa. Aku dah susahkan kau tadi. Hantar je aku balik." Sedaya upaya dia cuba menolak dengan lembut supaya lelaki itu tidak terasa dengannya. Sunwoo pasrah dan hanya mengangguk.
"Jadi itu Jaemin yang kau telefon semalam kan?" soal Sunwoo, dia memecahkan suasana sunyi di antara mereka berdua. Perlahan-lahan Haeyoung mengangguk. Tidak sangka Sunwoo masih mengingati hal semalam.
"Girlfriend dia ke tadi?" soal Sunwoo lagi. Sekali lagi Haeyoung mengangguk. Berat sungguh mulutnya mahu bercakap dengan Sunwoo ini.
"Kau suka Jaemin ke?" Soalan Sunwoo kali ketiga ini automatik membuatkan Haeyoung tersedak. Terkejut dia dibuatnya apabila mendengar soalan lelaki itu.
"Tak!" bantah Haeyoung sekerasnya. Dia sukakan Jaemin? Ouh tidak. Tidak akan terjadi. Dia hanya menganggap Jaemin sebagai kawan yang paling dia bergantung. Dia sangat menyukai Jaemin dalam diam, tetapi hanya sebagai seorang kawan. Tidak lebih daripada itu.
Sunwoo tergelak kecil melihat raut wajah marah Haeyoung itu. Walaupun Haeyoung merupakan seorang yang kasar, tetapi wajahnya yang comel dan ketinggiannya yang lebih pendek berbanding kawan-kawannya yang lain membuatkannya Sunwoo hanya menganggapnya comel apabila marah.
"Tapi... kau buat apa dekat sana tadi?" soal Haeyoung pelik. Dia tahu Sunwoo bukannya belajar di universitinya tetapi tadi tiba-tiba sahaja dia boleh muncul di sana.
"Aku nak jumpa Hendery hyung. Nak pulangkan barang yang Jibeom hyung pinjam." jawab Sunwoo tenang.
"Jadi kau jumpa dia tak tadi?" Sunwoo terus menggeleng tetapi raut wajahnya tidak menunjukkan langsung yang dia kisah tentangnya.
"Yah! Kalau Hendery tunggu kau macam mana?" rungut Haeyoung tidak puas hati. Segera dia mengeluarkan telefonnya daripada dalam beg tangannya dan mencari nama Hendery pada telefonnya. Dia mendekatkan telefonnya pada telinga, menunggu Hendery mengangkat panggilannya.
"Kenapa Haeyoung?" tanya Hendery sebaik sahaja panggilan telah disambungkan.
"Sunwoo ada dengan aku. Tak payah tunggu dia." Sempat Haeyoung menjeling Sunwoo yang berada di sebelahnya. Hendery hanya membalas ringkas kata-kata Haeyoung tadi, walaupun jelas kedengaran yang Hendery terkejut mengapa Sunwoo boleh bersama dengan Haeyoung.
"Tunggu jap!" jerit Haeyoung secara tiba-tiba. Terkejut Sunwoo dibuatnya apabila mendengar suara jeritan gadis itu sehinggakan lelaki itu menekan brek secara mengejut. Nasib baik sahaja tiada sesiapa yang berada di jalan sekarang.
"Jangan letak dulu Hendery." Haeyoung mencebik bibir, seolah-olah tiada apa-apa yang terjadi tadi. Sunwoo memandang gadis itu tidak percaya dan meneruskan kembali pemanduannya.
Haeyoung meletakkan tapak tangannya pada bawah telefon untuk menghalang audio suara telefon lalu dia menoleh kearah Sunwoo sambil menjegilkan matanya.
"Aku masih tak percayakan kau." kata Haeyoung sebelum dia melepaskan semula tangannya dan membuka pembesar suara. Dia berbual kosong dengan Hendery sepanjang perjalanan, tidak mahu Hendery meletakkan panggilannya. Manakala Sunwoo hanya mendiamkan diri, tidak mahu masuk campur dengan perbualan mereka berdua.
Sebaik sahaja mereka tiba di hadapan apartment rumah kongsi Haeyoung, Haeyoung meletakkan panggilan telefonnya dengan Hendery dan keluar daripada kereta Sunwoo.
"Terima kasih untuk tadi walaupun aku masih tak percayakan kau." Haeyoung melambai kearahnya singkat dan melangkah masuk ke dalam apartmentnya.
Sunwoo hanya membalas lambaian gadis itu sambil tersenyum kecil. Dia memerhatikan kelibat gadis itu lama dan tanpa dia sedar, dia perlahan-lahan mula menyukai Park Haeyoung.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top