17
"Jangan pandang aku macam tu Jaem." Haeyoung melepaskan keluhan berat sebelum wajahnya diangkat memandang Jaemin yang jelas sedang merenung kearahnya.
"Kau tak jawab soalan aku lagi Haeyoung." Jaemin juga bersuara. Hujung bibirnya terangkat, tersenyum sinis pada gadis yang berada di hadapannya sambil tubuhnya disandarkan pada kerusi.
"Kau kata nak study kan kalau ikut aku ke sini. Bukannya nak tanya soalan pada aku." Gadis itu menggulingkan anak matanya, jelas menunjukkan dia sedang menyampah sekarang.
Semalam, Haeyoung terus meletakkan panggilannya dengan Jaemin tanpa menjawab soalan daripada lelaki itu. Walaupun Jaemin cuba untuk menelefonnya semula beberapa kali, Haeyoung tidak menjawab sebaliknya dia menekan nombor abangnya pula.
Jadi dia hanya berbual kosong dengan Chanyeol selepas itu memandangkan sudah lama mereka tidak berbual. Dia juga terkejut apabila mendengar Jaemin ada datang mencarinya di rumah pada tempoh hari daripada Chanyeol.
"Dia kawan aku. Kim Sunwoo. Sekarang puas?" jawab Haeyoung geram apabila kata-katanya tadi langsung tidak mendapat jawapan daripada Jaemin sebaliknya dia hanya terus merenung kearah Haeyoung.
Sebaik sahaja dia mendengar jawapan daripada Haeyoung, Jaemin tersenyum kemenangan. Badannya kembali ditegakkan dan tersenyum manis.
"Kan senang. Jawab je soalan aku. Tak perlu nak matikan panggilan semalam. Kau buat aku makin risau."
"Aku tak nak kena bebel dengan kau." kata Haeyoung. Buku-buku yang berada diatas meja tadi terus dikemas semula untuk dimasukkan ke dalam beg. Mood belajarnya sudah hilang disebabkan Jaemin.
Jaemin juga terus bangun daripada duduknya apabila menyedari Haeyoung sedang mengemaskan barang-barangnya. Dia berjalan dan berdiri di sebelah gadis itu sementara menunggunya mengemaskan barang-barangnya.
Mereka berdua berjalan keluar daripada perpustakaan itu dan menuju ke tempat parkir kereta yang berdekatan dengan pagar universiti.
"Jaemin!" suara jeritan itu menghentikan langkah mereka berdua dan dengan serentak berpaling kearah suara itu.
Jaemin yang melihat kearah figura yang sedang berlari anak kearahnya itu terus tersenyum manis dan mendepakan tangannya untuk menyambut gadis kecil itu.
Chaerin terus masuk ke dalam dakapan Jaemin sebaik sahaja dia tiba di hadapan mereka berdua.
"Nak pergi mana?" soal Chaerin manja sambil mendongakkan wajahnya memandang wajah Jaemin. Dia masih tidak melepaskan pelukannya dengan Jaemin.
Manakala Haeyoung yang berada disitu sudah berasa kekok. Dia terasa seperti orang ketiga dan orang tengah dalam keadaan sekarang. Entah kenapa dia pula yang menyampah melihat Jaemin yang sedang berpelukan dengan gadis itu.
"Nak pergi beli beberapa buku rujukan. Nak ikut?" pelawa Jaemin lembut. Wajahnya juga ditundukkan untuk melihat wajah Chaerin dengan lebih jelas. Tangannya bergerak menyelit beberapa helai rambut gadis itu.
"Jaemin." Haeyoung bersuara. Dia pula yang menyampah melihat aksi manis pasangan ini di hadapannya. Jadi lebih baik dia menghentikannya sendiri.
Jaemin baru teringat tentang kehadiran Haeyoung yang juga berada disitu. Dia terus melepaskan pelukannya daripada Chaerin dan berpaling semula kearahnya.
"Aku tak jadi pergi sana. Kau bolehlah pergi dengan Chaerin." kata Haeyoung. Dia menayangkan senyuman palsu tetapi hati makin sakit apabila Chaerin sengaja memeluk pinggang Jaemin supaya lelaki itu berdiri lebih dekat dengannya dan gadis itu tersenyum sinis padanya.
Kalau boleh, mahu sahaja dia menarik rambut gadis itu sekarang!
"Kenapa? Kau kata buku tu penting tadi. Tak apa, kita boleh je pergi sekali. Boleh kan Chaerin?" Chaerin terus mengangguk laju sambil memandang kearah Jaemin.
"Tak-"
"Tak payah Jaemin. Dia boleh pergi dengan aku." suara garau yang mencelah daripada belakang itu, serentak membuatkan mereka bertiga menoleh kearah suara itu. Haeyoung mengangakan mulutnya sebaik sahaja melihat kearah Sunwoo yang sedang berjalan mendekati mereka bertiga.
Senyuman pada bibir Jaemin sudah mulai luntur apabila melihat kehadiran Sunwoo.
"Kau nak pergi mana? Biar aku yang bawakan." kata Sunwoo, dia memandang tepat kearah Haeyoung yang masih lagi terkejut. Macam mana Sunwoo boleh ada disini?
"Kau siapa?" tanya Jaemin.
"Ouh maaf. Aku lupa nak kenalkan diri. Aku Kim Sunwoo. Kawan Haeyoung." Sunwoo tersenyum pendek sebelum kembali menoleh kearah Haeyoung semula.
"Dia boleh pergi dengan aku je." kata Jaemin lagi. Dia memandang Sunwoo tajam. Dia jelas tidak menyukai kehadiran Kim Sunwoo ini.
"Haeyoung kau boleh pergi dengan aku-"
"Aku pergi dengan Sunwoo. Kau boleh luangkan masa dengan Chaerin." laju Haeyoung memintas percakapan Jaemin dan membuatkan lelaki itu terdiam. Berkelip-kelip matanya memandang Haeyoung tidak percaya.
Dia sangat mengenali gadis itu, Haeyoung bukannya mudah mempercayai lelaki. Lagi-lagi mahu berkawan dengan lelaki. Ayahnya membuatkannya trauma untuk berkawan dengan lelaki. Disebabkan itu dia hanya berkawan rapat dengan Jaemin, Jeno dan kawan-kawan rapat Jaemin.
Mungkin mustahil dia mahu melihat Haeyoung bercakap dengan lelaki lain selain mereka.
"Haeyoung-"
"Jom Sunwoo." Haeyoung mencapai lengan lelaki itu dan menariknya untuk pergi daripada situ.
Jaemin hanya memandang figura gadisitu daripada jauh. Dia tidak boleh menghalang gadis itu memandangkan itulah kemahuannya.
"Jaemin? Jom pergi." Chaerin bersuara semula, dia mahu menarik perhatian lelaki itu supaya dia tidak memikirkan Haeyoung lagi.
nak update semalam tapi tertidur ;-; dan aku rasa penulisan aku dah kekok HAHAHAHA
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top