16
"Berhenti apa?" suara garau yang tiba-tiba menyerang pendengarannya itu membuatkan dia tersentak. Haeyoung terus membetulkan kedudukannya dan mencari arah suara itu.
Makin terkejut dia dibuatkan apabila Kim Sunwoo yang sedang berada di hadapannya dengan raut wajah yang tertanya-tanya.
Haeyoung berdehem dan membetulkan keadaan duduknya.
"Tak ada apa-apa." jawab Haeyoung tenang. Dia memberikan seukir senyuman pada lelaki itu.
'Cepatlah pergi!' Haeyoung memberontak di dalam hati. Hampir sahaja dia terlepas kata-katanya tadi!
Tetapi sangkaannya meleset apabila Sunwoo dengan selamba menarik kerusi di hadapan Haeyoung dan melabuhkan punggung diatas kerusi itu. Haeyoung memandang Sunwoo dengan pandangan cemberut.
"Kenapa? Tak suka aku duduk sini?" soal Sunwoo setelah melihat raut wajah Haeyoung itu.
"Haah. Tak suka." laju Haeyoung menjawab sambil mengangguk. Sunwoo tertawa mendengar jawapan jujur Haeyoung itu. Dia terus menghulurkan satu kimbap segi tiga yang baru sahaja dibelinya tadi.
Haeyoung mengangkat kening. Bersilih ganti dia memandang makanan itu dengan Sunwoo, tertanya-tanya mengapa secara tiba-tiba lelaki ini memberikan makanan kepadanya. Padahal mereka baru sahaja selesai makan beramai-ramai tadi.
"Kau nak kena halau ke." jawab Sunwoo perlahan, matanya dilirikkan pada tuan kedai yang sudah lama memerhatikan mereka dalam diam sehingga Sunwoo memberikan kimbap itu kepada Haeyoung.
Haeyoung mengangguk faham. Dia duduk di meja di hadapan kedai ini tanpa membeli apa-apa.
"Kau buat apa dekat sini?" Haeyoung mencapai kimbap itu dan membuka plastik makanan itu. Dia mengambil satu gigitan sebelum kembali memandang kearah Sunwoo.
"Saja." Sunwoo mengangkat bahu. Mereka berdua kembali terdiam, tidak tahu mahu berbual tentang apa. Jelas kelihatan mereka berdua sefang berasa kekok sekarang.
Mereka baru sahaja bertemu buat pertama kali pada hari ini, dan sekarang mereka hanya duduk berdua-duaan. Memang perasaan kekok itu menguasai dirinya sekarang.
"Kau balik dengan siapa?" Sunwoo kembali bersuara dan memecahkan kesunyian antara mereka. Dia memandang semula kearah Haeyoung.
"Teksi."
"Biar aku hantar kau." pelawa Sunwoo. Haeyoung mengerutkan dahinya dan menggeleng, menolak pelawaan lelaki itu. Dia sudahlah tidak mengenali Sunwoo, jadi buat apa dia mahu mengikuti lelaki yang baru saja dikenalinya ini.
"Dah malam Haeyoung. Bahayakan. Kalau tak percayakan aku, kau call dengan Jihyun sepanjang perjalanan nanti." kata Sunwoo, cuba memujuk gadis itu. Dia tidak mahu Haeyoung pulang berseorangan. Boleh sahaja gadis ini berada di dalam bahaya nanti.
Berjaya. Kata-kata Sunwoo itu berjaya meyakinkan Haeyoung. Dia mengangguk perlahan dan mencapai telefonnya. Baru sahaja nama Jihyun mahu ditekan, tiba-tiba telefon pada pegangannya hampir terlepas membuatkan dia cuba menangkapnya dengan kalut.
Nasib baik dia sempat menyelamatkan telefonnya daripada jatuh menhadap tanah. Tetapi senyuman pada bibirnya meleset apabila melihat skrin telefonnya.
Dia sedang menelefon Jaemin!
Terbuntang matanya melihat skrin telefonnya. Cemas dia cuba mematikan panggilan itu tetapi malangnya Jaemin terlebih dahulu mengangkat panggilan itu.
Haeyoung mengigit bibirnya resah. Dia tidak boleh menelefon Jaemin... kerana dia hanya menelefon Jaemin selepas dia dipukul. Jadi pasti lelaki ini sudah membuat kesimpulannya sendiri.
"Dekat mana." suara Jaemin dingin menyapa pendengaran telinganya. Tetapi jelas lelaki itu sedang tergesa-gesa keluar daripada rumah apabila dia terdengar bunyi pintu yang ditutup.
"Na Jaemin berhenti. Berhenti sekarang." arah Haeyoung tegas, dia tidak mahu Jaemin salah faham. Wajah Sunwoo yang berada di hadapannya juga sudah bertukar pelik.
Rasanya dia menyuruh gadis itu menelefon Jihyun dan bukannya Jaemin.
Haeyoung mengabaikan reaksi Sunwoo itu dan kembali fokus pada panggilannya tadi.
"Tak ada apa-apa yang jadi. Semuanya okey..." kata Haeyoung tenang, dia cuba menenangkan Jaemin kerana dia tahu Jaemin akan terlebih dahulu gelabah.
Na Jaemin memang seorang yang tenang. Sangat tenang. Tetapi dia akan berubah 360 darjah sebaik sahaja salah seorang kawan atau keluarganya cedera. Dia automatik akan menjadi tidak tenang, gelabah dan membebel sepanjang masa supaya tidak terjadi lagi perkara yang sama.
"Aku cuma tersalah tekan..." sambung Haeyoung lagi. Gadis itu mendengar keluhan panjang yang keluar daripada mulut Jaemin.
"Kau buat aku risau Haeyoung."
"Ya aku tahu Jaem. Sebab tu aku bagitahu cepat. Jadi disebabkan aku dah tertekan nombor kau ni. Jangan letak telefon." arah Haeyoung. Gadis itu terus bangun daripada duduknya dan mengisyaratkan Sunwoo untuk bangun juga.
Dia bertanya perlahan kepada lelaki itu, dimana tempat lelaki itu meletakkan keretanya. Sunwoo yang faham akan pertanyaan Haeyoung itu terus berjalan di hadapannya, diikuti oleh Haeyoung daripada belakang.
Dia masih tidak meletakkan panggilan telefonnya dengan Jaemin.
"Kenapa? Ada benda lain yang jadi ke?" soal Jaemin, suaranya mula bertukar panik sekali lagi. Haeyoung melepaskan keluhan.
"Jaem. Aku okey. Tenangkan diri kau. Aku baru nak balik rumah." terang Haeyoung. Dia membuka pintu kereta milik Sunwoo sebaik sahaja lelaki itu menekan punat pada kunci keretanya.
"Rumah? Bukan kau keluar sekali dengan Renjun ke? Diorang dah lama balik." Haeyoung mengiyakan kata-lata Jaemin itu. Sambil itu, tangannya menarik tali pinggang keledar kemudian dipasangkan.
"Park Haeyoung kau balik dengan siapa?" suara Jaemin kembali bertukar tegas. Haeyoung meneguk air liur. Dia sudah dapat merasakan Jaemin tidak akan menyukai jika dia pulang bersama Sunwoo.
Baru sahaja Haeyoung mahu bersuara, dia perlu menipu Jaemin. Tetapi tepat pada masanya, Sunwoo tiba-tiba bersuara.
"Haeyoung apa alamat kau?" tanya Sunwoo tanpa menoleh kearah gadis itu.
"Lelaki? Kau dengan siapa Haeyoung?" sekali lagi Jaemin bertanya. Bibirnya digigit resah.
'Habislah kau Park Haeyoung.'
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top