15

"Kau tak ada sorok sesuatu daripada aku tentang Haeyoung?" Soalan daripada Chanyeol itu membuatkan Jaemin tersentak. Jantungnya mula berdegup kencang.

Tetapi dia lebih pantas menyorokkan reaksi wajahnya daripada Chanyeol. Nasib baik sahaja dia memang pandai menipu dan menyorokkan rahsia daripada orang lain.

"Kenapa hyung?" soal Jaemin semula, dia cuma berlagak seperti tidak tahu tentang apa-apa. Chanyeol melepaskan keluhan panjang dan mengalihkan pandangannya daripada Jaemin.

"Haeyoung... dia macam sorok sesuatu daripada aku." kata Chanyeol perlahan. Jaemin mengangguk-ngangguk. Chanyeol masih tidak tahu. Dia hampir membongkarkan rahsia Haeyoung tadi.

"Kau pun tahu. Haeyoung tak akan bagitahu sesiapa kalau ada sesuatu perkara jadi dekat dia. Budak tu memang pandai sorokkan kenyataan. Tapi dia masih tak boleh perbodohkan abang kandung dia." Chanyeol tersenyum pahit sambil memandang Jaemin sayu.

Jaemin membalas senyuman Chanyeol itu nipis. Dia meneguk air liur mendengar kata-kata Chanyeol itu. Sekarang semakin bertambah rasa bersalahnya terhadap lelaki itu!

"Tak apa hyung. Aku akan jaga dia." balas Jaemin. Dia mengusap belakang lelaki itu untuk memberikan keyakinan kepada Chanyeol.

Hubungan Chanyeol dan Haeyoung boleh dikatakan agak rapat. Tetapi cara mereka agak berbeza. Seperti Jihyun dan Jaehyun, jelas kelihatan Jihyun sangat bergantung dan manja dengan abang sepupunya itu. Manakala hubungan Haeyoung dan Chanyeol lebih kepada kawan.

Walaupun jarak umur mereka yang jauh, mereka masih menggunakan panggilan 'aku-kau' diantara satu sama lain. Haeyoung seorang yang sering menyembunyikan perasaannya dan Chanyeol lebih terbuka. Mungkin sebab itu mereka menjadi rapat?

"Aku percayakan kau Jaemin untuk jaga dia."

--

"Mana kau pergi?" soal Yangyang kepada Jeno yang baru melangkah masuk melalui pintu hadapan rumah.

"Makan dengan Dahyun dan Haeyoung." jawab Jeno ringkas. Dia meletakkan kunci motornya diatas meja yang berdekatan dengan pintu masuk.

"Kau tahu tak, Jaemin tu macam orang gila risau dekat Haeyoung. Rupanya kau pergi makan dengan dia?" Jaehyun mencelah sambil menuruni tangga. Dia tertawa apabila melihat raut wajah Jeno yang sudah terpinga-pinga itu.

"Jihyun bagitahu Jaemin cari sampai ke rumah diorang. Katanya Haeyoung tak jawab telefon." Renjun menjawab bagi pihak Jaehyun. Lelaki itu mengangguk.

"Telefon dia habis battery." Jeno mengangkat bahu. Dia meneruskan langkahnya menaiki tangga dan membuka pintu bilik..Membiarkan kawan-kawannya yang lain berada di bawah.

Sebaik sahaja pintu bilik tidur mereka dibuka, kelihatan Jaemin yang sedang mengedit beberapa keping gambar melalui komputernya.

Mendengar bunyi tolakan pintu itu membuatkan Jaemin berpaling. Jeno melihat tepat kearah wajah kosong Jaemin itu. Rambutnya kelihatan sedikit berserabut.

"Haeyoung ada dengan aku." jawab Jeno tenang. Dia menanggalkan jaket kulit hitamnya dan digantungkan semula di dalam almari.

Mendengar jawapan daripada Jeno itu membuatkan Jaemin melepaskan keluhan panjang. Rambutnya ditolak kebelakang dan matanya dipejam rapat sebelum menarik nafas panjang.

"Okey..." jawab Jaemin perlahan dan menghembus perlahan-lahan nafasnya. Kerusinya kembali dipusing dan menghadap komputernya semula.

"Gaduh lagi?" teka Jeno apabila dia menoleh kearah jam dinding yang sudah menunjukkan pukul 8 malam. Dia melihat kearah telefon Jaemin yang masih gelap skrinnya.

Kebiasaan pada waktu sekarang, Jaemin dan Chaerin akan menghubungi antara satu sama lain, kecuali jika mereka bertengkar.

Tiada jawapan daripada Jaemin itu bermakna benar. Mereka sedang bergaduh. Jeno mengangguk perlahan sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.

--

"Kau pasti nak balik seorang diri?" sekali lagi Jihyun bertanya, meminta kepastian daripada Haeyoung. Haeyoung mengangguk laju dan memaksa Jihyun masuk semula ke dalam tempat duduk pemandu.

Jihyun melepaskan keluhan sebelum masuk ke dalam kereta Heejin kerana mereka datang dengan keretanya. Sempat Haeyoung melihat kereta milik Hendery yang turut berlalu pergi daripada situ.

Mereka baru sahaja siap makan bersama-sama dengan rakan-rakan Jeno dan Bomin.

Dia cuma mahu mengambil angin segar. Sudah lama dia tidak menenangkan fikirannya, lagi-lagi apabila dia baru sahaja lepas dipukul.

Meja kedai serbaneka yang kosong itu menjadi tempatnya untuk duduk sekarang bersama setin bir.

Wajahnya didongakkan untuk memandang langit malam. Perlahan-lahan hujung bibirnya terangkat, dia tersenyum sinis.

Rasa berat di dadanya menjadi sangat sesak secara tiba-tiba. Sangat sesak sehinggakan dia berasa sakit dan susah untuk bernafas. Keadaan malap dan tenang pada malam itu membuatkan dia... kosong dan mahu meletup.

Seakan selama yang disimpan di dadanya ini semakin pedih. Lebih-lebih lagi apabila dia terpaksa menipu di hadapan Chanyeol. Lelaki itu bukannya tidak pernah bertanya padanya, padahal dia baru tanya mengenainya dua hari yang lepas.

Tetapi seperti biasa, dia tetap menyembunyikan fakta tersebut. Dia tidak mahu keluarganya hancur disebabkan dirinya dan ada yang akan mempercayainya ke...?

"Aku nak semua ini berhenti..."

"Berhenti apa?"

uwu gue comeback XD

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top