12
Jaemin perlahan-lahan mendekati gadis yang sedang menunggu di bawah pokok itu. Tanpa mengeluarkan suara, tangannya terus melingkar pada leher gadis itu, memeluknya daripada belakang.
"Jaemin! Terkejut saya." Chaerin tertawa kecil, dia menoleh ke tepi memandang wajah Jaemin yang berada disisinya dan masih sedang memeluk lehernya. Jaemin memberikan kucupan sekilas pada pipi Chaerin sebelum melepaskan pelukan itu.
"Awak nak pergi mana?" tanya Jaemin. Tangan gadis itu dicapai dan digenggam erat. Mereka berdua berjalan mendekati kereta Jaemin yang sudah terpakir berdekatan taman.
"Em... kita pergi kedai buku. Beli buku untuk budak-budak tu nanti. Jadi minggu depan kita boleh lawat diorang." jawab Chaerin teruja, senyuman lebar pada bibirnya terukir apabila dia mula mengingati kanak-kanak yang berada di rumah anak yatim itu.
"Okey kita pergi." Jaemin menerima cadangan itu dengan senang hati. Dia tertawa kecil melihat tingkah laku teruja Chaerin itu.
Satu perkara yang dia sangat sukakan tentang Chaerin. Dia sentiasa memikirkan dan tidak pernah melupakan tentang orang yang ditolongnya semasa di kelab sukarelawan dan masih melawat mereka untuk berinteraksi dengan mereka walaupun dia tidak lagi berada di dalam kelab itu.
"Chaerin..." panggil Jaemin perlahan. Dia seakan ragu-ragu mahu bertanya pada gadis itu. Chaerin mendongak wajahnya untim memandang Jaemin yang lebih tinggi daripadanya itu.
"Awak nak join tengok movie-"
"Saya kena siapkan lakaran baju saya Jaemin." tidak sempat Jaemin mahu menghabiskan ayatnya, Chaerin terlebih dahulu memotong percakapannya. Dia memandang Jaemin sayu, tidak mahu lelaki itu merajuk dengannya.
"Maaf Jaemin... Lain kali saya join." Chaerin menggosok tangan lelaki itu untuk memberi keyakinan padanya. Jaemin menguatkan dirinya untuk tersenyum semula pada gadis itu dan mengangguk.
Dia tidak patut bertanya soalan itu pada Chaerin. Dia sudah tahu dengan jawapan yang akan keluar daripadanya. Chaerin tidak pernah keluar bersama dengan kawan-kawannya. Disebabkan ini juga, dia jarang menyertai yang lain.
Tetapi itu mustahil, pasti Chaerin tetap tidak mahu. Dia tahu. Tahu tentang hubungan Jeno dan Chaerin yang tidak berapa baik. Dia pernah mendengar Chaerin dan Jeno bergaduh. Tetapi dia tidak pernah memberitahu sesiapa, dan disebabkan itu Jeno dan Chaerin masih berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku diantara mereka berdua di hadapannya.
--
"Jihyun." Jaemin memanggil gadis itu. Jihyun berpaling ke belakang, memandang Jaemin yang sedang berjalan mendekatinya.
"Aku nak bercakap dengan Haeyoung sekejap." Jaemin melirikkan matanya pada Haeyoung yang sudah berada pada tempat duduk penumpang, dia sedang ralit bermain dengan telefonnya. Jihyun memandang Haeyoung sekilas dan mengangguk.
Dia masuk ke dalam rumah kongsi lelaki itu semula, memberi ruang kepada Haeyoung dan Jaemin untuk berbual, memandangkan wajah Jaemin kelihatan serius sahaja tadi. Mereka baru habis melihat cerita bersama-sama.
Jaemin berjalan mendekati kereta Jihyun itu, pintu tempat duduk pemandu dibuka dan dia masuk ke dalam perut kereta itu.
"Jihyun- jap kau buat apa dalam ni Jaem?" soal Haeyoung terkejut apabila melihat Jaemin yang berada disebelahnya secara tiba-tiba. Berkelip-kelip dia memandang lelaki itu.
"Bagi tangan kau." arah Jaemin mendatar.
"Tangan aku dah okey Jaem." Haeyoung menjawab malas. Lelaki ini terlalu risau dengan keadaanya.
"Aku nak periksa luka kau, dah sembuh atau tak sebelum kita pergi rumah Chanyeol hyung esok. Bagi tangan kau atau aku bagitahu hyung tentang ini." kata Jaemin diselitkan dengan kata-kata ugutan. Haeyoung medengus kasar mendengar kata-kata Jaemin itu.
'Sikit-sikit nak ugut!'
Setiap kali dia melawan kata-kata lelaki itu, perkara sama yang lelaki ini akan mengugutnya!
"Nanti bagitahu Chanyeol bla bla bla..." Haeyoung mengikut nada suara Jaemin dengan tidak puas hati perlahan. Menyampah asyik diugut!
"Park Haeyoung..." Jaemin sengaja memanjangkan panggilannya supaya Haeyoung mendengarkannya semula. Sekali lagi Haeyoung mendengus dan menghulurkan tangannya pada Jaemin.
Lelaki itu memegang lengan Haeyoung itu dan menyelak lengan baju Haeyoung dengan berhati-hatinya. Bibirnya digigit resah. Setiap kali dia melihat lebam-lebam pada badan gadis ini membuatkan dia berasa bersalah. Bukan sedikit tetapi banyak. Lagi-lagi apabila dia merahsiakan perkara ini daripada ahli keluarganya.
"Sakit...?" Jaemin menggosok kesan lebam yang berada pada lengan gadis itu. Dia mengangkat wajah untuk melihat raut wajah Haeyoung.
"Aku dah okey Jaemin." Haeyoung mengeluh perlahan. Dia menarik semula tangannya daripada pegangan Jaemin dan menutup lengannya semula.
Inilah salah satu sebab dia tidak mahu memberitahu Jaemin. Lelaki itu terlalu risau dengannya.
"Lepasni, ajak Chanyeol atau aku bila nak melawat rumah kau." kata Jaemin. Dia menyandarkan badannya pada kerusi pemandu dan memandang ke hadapan.
"Tch, nanti ayah aku fikir apa pulak kalau kau datang sekali dengan aku." Haeyoung menjeling Jaemin yang masih memberi raut wajah kosong itu.
"Katalah aku kawan dengan kau." balas Jaemin.
"Jaemin, buat apa aku nak ajak kawan lelaki aku pergi rumah keluarga aku? Tak pernah-pernah aku bawa kawan aku pergi sana. Tiba-tiba kau yang nak pergi."
"Cakap aku teman lelaki kau." kata Jaemin selamba. Haeyoung terdiam seketika. Dia terkejut dengan kata-kata Jaemin sebentar tadi sehingga keadaan mereka menjadi sunyi. Haeyoung melepaskan keluhan kecil sebelum kembali bersuara.
"Jaemin... kau ada Chaerin kan." Kali ini Haeyoung mula kedengaran serius. Badannya berpaling menghadap Jaemin yang berada disebelahnya. Dia memandang tepat ke dalam anak mata lelaki itu.
Jaemin turut terdiam apabila dia mula menyedari kenyataan itu. Dia melarikan pandangan matanya dari Haeyoung dan menunduk ke bawah. Dia memaki-maki dirinya sendiri di dalam hati.
Macam mana dia boleh terlepas kata-kata itu?
"Sudahlah Jaemin. Tak ada apa yang kau nak cakap kan? Aku nak balik ini." Haeyoung melepaskan keluhan sekali lagi. Dia kembali menyandarkan badannya pada kerusi dan berpaling ke luar tingkap.
Haeyoung membuka cermin kereta dan memberi isyarat kepada Jihyun yang sedang bersama Renjun di luar rumah itu, dia sudah tidak mahu menghadap Jaemin.
Kata-kata lelaki itu sedikit sebanyak memberikan dia harapan palsu.
minggu depan aku mungkin akan hiatus dan tak update sebab ada exam bm dengan sejarah ;-; jadi aku akan update esok lagi! (~ ̄³ ̄)~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top