11

"Haeyoung, jangan lupa hantar video tu dekat aku lepas dah siap edit." Haeyoung mengangguk mendengar kata-kata Hyojung itu. Fail-failnya dikemaskan sebelum dimasukkan ke dalam beg sandangnya.

Kakinya melangkah keluar daripada kelasnya. Tetapi pada separuh jalan, kakinya terhenti apabila satu tangan menarik lengannya kasar sehingga membuatkan tubuhnya berpaling ke belakang.

Sebaik sahaja dia melihat wajah Chaerin di hadapannya, dia melepaskan keluhan perlahan. Nampaknya dia perlu menghadap Seo Chaerin lagi pada hari ini. Dia memandang Chaerin malas.

"Kau dengar tak apa yang aku cakap sebelum ini Park Haeyoung?" soal Chaerin sarkastik. Gadis itu memeluk tubuh sambil mencerlung tajam ke dalam anak mata Haeyoung.

"Chaerin percayalah. Aku tak ada apa-apa hubungan dengan Jaemin." terang Haeyoung lagi. Sudah naik berbuih mulutnya mahu bercakap dengan Chaerin ini. Dia sudah muak mahu menghadap Chaerin lagi.

"Tapi kenapa dia tak bagi aku tengok mesej di antara kau dengan dia?" Chaerin tertawa sinis. Haeyoung mengeluh. Memanglah Jaemin tidak membenarkannya melihat mesej mereka. Mereka banyak berbual tentang Haeyoung dan ayahnya. Jadi semestinya Jaemin tidak mahu orang lain mengetahui tentangnya.

"Kenapa kau perlu kacau privasi dia?" bidas Haeyoung semula. Dia sungguh pantang jika orang lain tidak mahu menghormati privasi orang lain.

"Sebab perempuan macam kau ni buatkan aku takut. Mungkin bila-bila masa saja kau boleh rampas dia daripada aku." jawab Chaerin tidak puas hati. Manakala Haeyoung sudah semakin bengang. Darahnya seakan mendidih menahan amarah sekarang.

Dia bukannya terdesak mahukan teman lelaki. Lagi-lagi yang sudah berpunya. Dia pun tidak mahu!

"Kau senyap. Jaemin pun menyampah dengan teman wanita yang 24 jam asyik nak kontrol dia. Dasar queen control!" Haeyoung menjawab dengan penuh amarah. Dia sudah tidak dapat menahan amarahnya. Segala perkara yang terlintas difikirannya terus dilepaskan.

"Yah Park Haeyoung! Kau-" hampir sahaja tangan Chaerin diangkat, ingin menampar pipi Haeyoung tetapi satu tangan terlebih dahulu lebih laju menahan tangan Chaerin. Serentak mereka berdua berpaling kearah figura lelaki yang berdiri disebelah mereka dengan raut wajah yang tegang.

"Je- Jeno..." gagap Haeyoung apabila dia melihat Jeno dan Dahyun yang berdiri di belakang Jeno dengan raut wajah terkejut. Manakala Jeno dengan raut wajah kosongnya.

"Jangan melampaui batas Seo Chaerin."

"Kau jangan ingat aku diam, kau boleh buat macam ini dekat Haeyoung." kata Jeno mendatar. Dia memandang tepat anak mata Chaerin itu. Jeno melepaskan genggamannya daripada pergelangan Chaerin. Gadis itu menjelingnya tajam sebelum berlalu keluar daripada kelas itu. Haeyoung melepaskan nafas lega sebelum dia memandang Jeno dan Dahyun bersilih ganti.

"Haeyoung... dah tiga kali dia serang kau." kali ini, pandangan Jeno teralih padanya. Haeyoung menyandarkan tubuhnya pada meja kelasnya. Dahyun hanya mendiamkan diri, memberi ruang kepada Jeno dan Haeyoung untuk berbual di antara mereka.

"Jaemin perlu tahu benda ni. Sampai bila kau nak biar dia serang kau? Haritu kau dah jatuh sebab dia sengaja sadung kaki kau." Jeno mula mencekak pinggang. Penat dia bercakap dengan Haeyoung ini. Degil!

"Apa-apapun jangan bagitahu Jaemin." Haeyoung mengurut pelipis dahinya. Dia tertekan setiap kali kehadiran Chaerin muncul di hadapannya. Jeno melepaskan keluhan.

Dia tidak boleh membuat apa-apa. Inilah perangai Park Haeyoung. Dia tidak mahu orang lain merisaukan tentang dirinya. Dia tidak mahu orang lain melihatnya lemah serta dia juga seorang yang perahsia. Banyak perkara yang dirahsiakan oleh Park Haeyoung dan hanya Jaemin yang boleh membuatkan gadis itu memberitahu tentang rahsianya. Disebabkan itu, Na Jaemin tidak boleh tahu tentangnya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top