10
Sekali lagi Jaemin melepaskan keluhan berat. Dia mengangkat wajahnya dan memandang wajah Haeyoung yang sedang memejam mata untuk menahan kesakitan sementara dia mencuci luka pada tangannya. Suasana sunyi di lorong itu langsung diabaikan.
Setelah dia siap menyapu ubat pada luka-luka Haeyoung itu, dia meletakkan kapas itu disebelahnya. Dia melepaskan tangan Haeyoung dan memandang gadis itu tajam.
"Sampai bila Haeyoung?" soal Jaemin serius. Dia hanya memberi tatapan kosong pada gadis itu. Haeyoung mendiamkan diri dan menunduk ke bawah. Bibirnya digigit dengan perasaan bersalah.
Sudah banyak kali dia menasihati gadis itu untuk memberitahu Chanyeol tentang hal ini. Tetapi gadis yang bernama Park Haeyoung ini keras kepala orangnya. Dia tetap mahu merahsiakannya.
"Jaem, aku tak selalu balik rumah keluarga aku. Jadi aku tak selalu kena-"
"Park Haeyoung." Jaemin memotong percakapan gadis itu. Haeyoung kembali mendiamkan diri. Jika Jaemin telah memanggil nama panjangnya, lelaki itu sedang marah. Dia tidak berani mahu melawan kata-kata lelaki itu jika dia marah.
"Kau balik sana untuk jumpa diorang, bukan untuk kena pukul Park Haeyoung." sambung Jaemin. Haeyoung hanya terus menundukkan pandangannya, membiarkan rambutnya menutup wajahnya.
"Kalau kau rasa aku menyusahkan-"
"Tak Haeyoung. Kau sendiri faham apa yang aku maksudkan. Kau tak menyusahkan aku. Aku risau Haeyoung. Terlalu banyak kesan lebam pada tubuh kau. Kau rasa aku boleh bertenang bila tengok kau sakit macam ini? Tak Haeyoung. Setiap kali kau telefon aku, hati aku tak tenang. Aku tahu apa yang jadi setiap kali kau telefon aku."
Jaemin mengambil nafas dalam. Haeyoung terjeda seketika apabila mendengar luahan panjang Jaemin itu. Sedikit sebanyak kata-kata Jaemin itu mahu membuatkan dia menangis, tetapi dia menahannya. Dia harus kuat. Dia tidak boleh jadi lemah.
Sememangnya setiap kali dia dipukul oleh ayahnya, dia akan keluar daripada rumah dan menelefon Jaemin. Tanpa sebarang kata-kata, Jaemin terus datang padanya dan merawatnya. Itulah salah satu syaratnya jika dia tidak mahu abangnya mengetahui tentang hal ini. Dia perlu menelefon Jaemin setiap kali hal ini terjadi.
Selama setahun itu juga, Jaemin sentiasa berada disisinya setiap kali dia dipukul. Tipulah jika dia tidak menyukai lelaki itu langsung padahal perjumpaan pertama mereka boleh dikatakan teruk. Mereka tidak menyukai antara satu sama lain. Tetapi sekarang ia berbeza. Mungkin dia telah mempunyai sedikit perasan kepada Jaemin. Sedikit.
Perkara ini juga telah membuatkan dia sangat bergantung kepada Na Jaemin. Lelaki yang sering ada untuknya.
"Maaf." pendek kata-kata itu meluncur daripada bibir Haeyoung. Hanya perkataan itu sahaja yang mampu diucapkannya. Pendek tetapi terselit dengan penuh makna.
"Kau ada kelas esok?" Haeyoung cuba menukar topik, tidak mahu suasana tegang di antara mereka berterusan. Jaemin melirikkan matanya sekilas pada Haeyoung sebelum mengangguk.
"Bukan kau keluar dengan Chaerin ke tadi?" tanya Haeyoung sekali lagi. Dia mengangkat kening. Dia baru teringat tentang perbualan Jeno dengan Jaemin pada pagi tadi. Katanya dia keluar berjalan-jalan dengan Chaerin pada malam ini.
"Aku keluar dengan dia, dan aku hantar dia balik lepas kau call aku." kata Jaemin tenang. Haeyoung terdiam. Perasaan bersalah mulai menggunung di dalam dirinya. Dia tidak patut menganggu masanya dengan Chaerin lagi selepas ini.
"Benda yang kau tengah fikirkan tu, jangan berani kau buat." Jaemin memberi amaran, seakan tahu apa yang bermain di fikirannya. Haeyoung menggulingkan anak matanya dan menyandarkan tubuhnya pada dinding.
"Chanyeol nak jumpa kau hujung minggu ni." kata Haeyoung kepada Jaemin. Lelaki itu mengangguk. Sememangnya Jaemin sudah menjadi rapat dengan Chanyeol setelah perjumpaan mereka pada kali pertama itu. Mereka akan berjumpa di apartment milik abangnya itu. Sudah pasti Haeyoung terpaksa mengikutinya sekali.
"Jom balik. Aku hantar." Jaemin bangun daripada duduknya itu dan menghulurkan tangannya pada Haeyoung, ingin membantu gadis itu untuk bangun. Gadis itu menyambut huluran tangan Jaemin itu dan membetulkan bajunya. Mereka berdua berjalan keluar daripada kawasan lorong gelap itu kearah kereta Jaemin yang elok terparkir berdekatan mereka.
nak update semalam, tapi tiba tiba telefon sendiri hilang ;-;
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top