09

"Kau patut pergi hospital-"

"Tak! Tak boleh!" laju Haeyoung menolak cadangan Jaemin itu. Dia menundukkan pandangannya memandang pehanya sambil bermain dengan jari-jemarinya.

"Orang lain tak boleh tahu... termasuklah Chanyeol..." kata Haeyoung perlahan. Dia mengigit bibirnya, takut dengan semua yang terjadi ini. Dia tidak mahu perkara ini diketahui orang lain. Dia tidak mahu dianggap lemah.

Jaemin mengeluh perlahan. Dia meletakkan kapas sebelum kembali memandang Haeyoung.

"Siapa yang buat semua ini?" tanya Jaemin, pada kali ini, jelas kedengaran nada suaranya lebih serius dan tegas. Tidak lagi main-main.

Haeyoung mendiamkan diri. Dia tidak patut memberitahu hal ini kepada orang lain. Ini boleh menjejaskan nama baiknya. Orang lain akan mengetahui kelemahannya.

"Haeyoung... Jihyun tahu?" soal Jaemin sekali lagi. Pada kali ini, Haeyoung menjawab. Dia menggeleng perlahan, menandakan Jihyun tidak tahu tentang hal ini. Jadi hanya dia seorang yang tahu tentang hal ini?,

"Haeyoung, Chanyeol hyung patut tahu. Mak ayah kau patut-"

"Tak! Jangan Jaemin. Aku merayu dekat kau jangan bagitahu diorang." Haeyoung mencapai tangan Jaemin dan menggenggamnya erat. Air matanya sudah hampir bertakung selepas mendengar kata-kata Jaemin itu. Dia sudah terlalu takut sekarang.

Jaemin bingung. Kenapa Haeyoung sedaya upaya tidak membenarkannya memberitahu ahli keluarganya? Mereka patut tahu tentang apa yang terjadi pada anak gadis mereka.

"Satu syarat." Dia mengeluh perlahan, wajahnya diangkat bagi menatap wajah Haeyoung yang sudah gelisah itu.

"Bagitahu aku siapa yang buat kau macam ini." Jaemin memandang tepat ke dalam iris hitam gadis itu. Haeyoung seakan terkaku dengan permintaan Jaemin itu. Hanya bunyi angin yang bertiup kedengaran, Jaemin membiarkan Haeyoung berfikir terlebih dahulu.

Haeyoung mengambil nafas dalam dan mengangkat wajahnya untuk memandang Jaemin. Dadanya diurut untuk mengatur nafasnya semula.

"Ayah aku." kata Haeyoung tanpa sebarang reaksi. Hanya kosong. Manakala Jaemin semakin terkejut. Dia tidak salah dengar kan?

"Ayah aku yang buat aku macam ini."

--

"Jaemin!" tersentak bahu lelaki itu apabila Chaerin menyergahnya daripada belakang. Jaemin berpaling dan mengurut dada untuk menenangkan diri sendiri. Chaerin tertawa melihat reaksi Jaemin itu dan terus mengambil tempat duduk di sebelahnya.

Jaemin terlalu fokus dengan fikirannya sehingga tidak menyedari kehadiran Chaerin tadi. Perbualannya dengan Haeyoung pada malam semalam masih tidak dapat dilupakan.

Jaemin sehingga tidak terkata-kata apabila dia melihat banyak kesan-kesan lebam pada seluruh tangan gadis itu. Dia tidak sangka seorang insan yang bergelar ayah sanggup memukul anaknya sendiri sehingga anak gadisnya itu terseksa.

Haeyoung langsung tidak pernah mencuba untuk memberitahu ibunya atau abangnya. Dia sangat mengenali ayah Haeyoung, dia seorang peguam yang terkemuka di Korea.

Jika mengikut kata hatinya, dia mahu sahaja memberitahu Chanyeol tentang hal ini, tetapi Haeyoung sedaya upaya memujuk untuk menghalangnya. Haeyoung memberitahu padanya, ayahnya akan memukul dirinya apabila dia berasa tertekan semasa pulang daripada kerja. Pastilah ibu dan abangnya tiada di rumah pada waktu itu.

Ibunya sering bekerja sehingga lewat malam sebagai pendakwa raya manakala abangnya akan duduk di apartmentnya jika dia pulang lewat malam.

"Jaemin? Awak okey?" Chaerin menegur teman lelakinya itu apabila dia menyedari Jaemin yang sedang termenung itu. Jaemin menggeleng perlahan, tersedar daripada lamunannya dan berpaling kearah Chaerin.

Tangan gadis itu dicapai sebelum digenggam erat. Bibirnya mengukirkan satu senyuman manis pada gadis itu. Dia cuba membuang fikirannya tentang Haeyoung sekarang.

"Lapar?" tanya Jaemin. Chaerin mengangguk sambil memegang perutnya. Jaemin tergelak kecil dan menarik tangan gadis itu untuk bangun. Mereka berdua melangkah kearah kafeteria.

"Makan dengan kawan awak ke?" tanya Chaerin ragu-ragu. Dia memandang Jaemin. Jaemin mengangguk bagi menjawab persoalan gadis itu. Chaerin menggigit bibirnya sebelum bersuara.

"Boleh tak kita makan dekat meja lain? Saya kekok dengan diorang." kata Chaerin. Dia mendongak untuk melihat reaksi Jaemin. Lelaki itu terdiam seketika untuk memikirkan hal itu. Hatinya seperti berbelah-bahagi sekarang. Tidak lama kemudian, dia mengangguk setuju membuatkan gadis itu kembali tersenyum.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top