05
"Haeyoung...?"
"Jaemin? Kau buat apa dekat sini!" Haeyoung terduduk sebaik sahaja wajah Jaemin memenuhi pandangan matanya. Dia terlampau terkejut apabila melihat lelaki itu berada di hadapannya sekarang.
Matanya yang masih penuh dengan air mata itu menggeletar memandang kearah Jaemin sebelum dia mematikan tautan matanya. Dia menunduk memandang ke bawah dan memejamkan matanya rapat.
"Haeyoung kau okey ke?" soal Jaemin risau. Suaranya yang dia dengar semasa di kafeteria itu langsung tidak sama dengan Jaemin yang berada di hadapannya ini. Nadanya lebih lembut.
Jaemin pula mengambil keputusan untuk duduk bersila di hadapan gadis itu, dia mengeluh perlahan apabila Haeyoung hanya mengabaikan pertanyaannya.
"Haeyoung aku-"
"Anggap yang kau tak nampak Jaemin." pintas Haeyoung laju. Tidak sempat Jaemin ingin membalas kembali kata-kata Haeyoung itu, gadis itu terlebih dahulu berdiri dan meninggalkan Jaemin berseorangan di lorong itu.
Jaemin memerhatikan kelibat Haeyoung yang semakin menghilang daripada lorong itu dengan pandangan sayu.
Apa yang terjadi pada Haeyoung sehingga gadis itu boleh menangis di lorong gelap ini?
Dia terlalu terkejut melihat Haeyoung tadi, lagi-lagi apabila dia dapat menangkap Haeyoung sedang menangis. Padahal luaran gadis itu jelas kelihatan kuat dan berani.
Jaemin mengeluh perlahan sebelum bangun daripada duduknya. Kakinya melangkah keluar daripada lorong gelap itu.
Mungkin Haeyoung tidak seteruk yang dia sangka...?
--
"Jaemin!" Haechan memukul lengan Jaemin kuat menyebabkan lelaki itu tersentak. Membuntang matanya apabila dia dapat merasakan pukulan kuat daripada Haechan itu, terus dia tersedar daripada lamunannya. Dia mengadu kesakitan sebelum memandang tajam kearah Haechan.
"Jeno daripada tadi panggil kau, tapi kau langsung tak pandang." kata Haechan dengan perasaan tidak bersalah. Dia menunjukkan kearah Jeno dan Renjun yang duduk bertentangan dengannya.
Jaemin menoleh kearah dua orang kawannya itu. Mereka sedang merenung kearahnya dengan wajah yang berkerut.
"Ada apa-apa jadi ke Jaemin?" soal Jeno. Dia memandang Jaemin dengan pandangan risau. Dia menganggap mungkin sesuatu telah terjadi kepada lelaki itu?
"Ah..." kata-katanya terhenti separuh jalan apabila fikirannya kembali melayang pada perjumpaannya dengan Haeyoung secara mengejut itu.
Dia ingin bertanya kepada mereka bertiga tentang perkara yang terjadi pada Haeyoung semalam. Mungkin mereka mengetahui sesuatu yang terjadi pada gadis itu semalam.
Tetapi hatinya kuat memberontak supaya tidak bersuara, hatinya tidak senang memikirkan hal itu. Seperti sesuatu perkara yang buruk terjadi pada Haeyoung. Jadi dia hanya terus mendiamkan diri.
Melihat Jaemin yang sudah menggigit bibirnya itu membuatkan Jeno, Haechan dan Renjun memandang Jaemin dengan pelik. Jaemin sedang merahsiakan sesuatu ke?
"Injun!" Jaemin tersedar daripada lamunannya semula sebaik sahaja dia mendengar suara jeritan daripada gadis itu. Serentak mereka berempat menoleh kearah suara jeritan itu.
Jihyun dan Yangyang sedang berjalan mendekati meja mereka. Dahinya berkerut. Di mana Haeyoung? Dia tidak datang ke pada hari ini?
Renjin menyambut kehadiran gadis itu dengan senyuman pada bibirnya. Dia menyuruh Jihyun duduk disebelahnya manakala Yangyang duduk disebelah Jaemin.
"Mana Haeyoung?" soal Haechan. Jaemin terus mengangkat wajahnya sebaik sahaja Haechan bertanya tentang Haeyoung pada Jihyun. Matanya memandang tepat kearah Jihyun, dia mahu mengetahui di mana gadis itu berada.
"Dia dekat perpustakaan. Aku pergi sana kejap lagi." jawab Jihyun sambil menyambut huluran susu kotak daripada Renjun.
"Aku nak ikut." Jaemin mencelah. Mereka semua serentak memandang kearah Jaemin. Haechan mengangkat keningnya dan memegang bahu Jaemin. Jelas mereka terkejut dengan kata-kata Jaemin tadi.
"Kau nak buat apa pergi sana?" tanya Haechan, dia memandang tepat ke dalam anak matanya.
"Aku nak pinjam buku. Tuan Lee suruh cari maklumat untuk kerja dia." jawab Jaemin. Dia melepaskan keluhan lega apabila Haechan mengangguk-ngangguk mendengar jawapannya. Nasib baik otaknya laju berfungsi untuk mencari alasan.
Dia hanya mahu menemui Haeyoung sekarang. Gadis itu membuatkannya dia tidak senang duduk sepanjang hari. Dia hanya mahu mengetahui apa yang berlaku padanya semalam.
esok aku double update, marilah pulun hw dulu AHAHAHAHA
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top