04
Dahinya berkerut. Jelas kelihatan wajahnya tidak gembira mendengar kata-kata Renjun tadi.
Dengan menyebut nama Haeyoung sahaja, moodnya tadi terus hancur. Tiada lagi perasaan rajin untuk mengedit gambar-gambar itu. Akhirnya dia terus menutup komputer ribanya setelah menyimpan fail-fail gambar itu.
"Jaemin, Haeyoung tu bukan seteruk yang kau sangka." ujar Renjun. Dia tidak mahu kawannya itu salah sangka dengan Haeyoung disebabkan kesilapan kecil gadis itu tadi.
"First empression aku pada dia memang dah teruk. Dia langsung tak berfikir sebelum bercakap. Masuk campur urusan orang yang langsung dia tak kenal." kata Jaemin tegas. Dia sengaja mengatakan ayatnya itu dengan jelas supaya Renjun tidak bercakap mengenainya lagi.
"Jaemin dia buat kesalahan kecil-" kata-kata Yangyang tadi terhenti apabila mata Jaemin mencerlung tajam padanya. Dia terus melarikan pandangannya semula, menyimpan komputernya di dalam bag.
Mungkin dia terlalu sensitif?
Chenle yang dapat merasakan keadaan yang tegang di antara mereka terus bangun daripada duduknya. Dia mengeluarkan telefonnya terlebih dahulu.
"Hyung nak makan apa? Aku belanja." Chenle datang mendekati Jaemin sambil tersengih, dengan harapan lelaki itu tidak lagi memberi tatapan itu pada yang lain. Lelaki ini memang kelihatan seram jika marah. Dia jarang marah dan sering memendam segala perkara yang dia fikirkan. Jadi memang susah untuk memahami apa yang lelaki ini sedang fikirkan ketika ini.
--
"Jaemin, saya masuk dulu." Chaerin melambai-lambaikan tangannya sebelum dia masuk ke dalam rumah. Setelah memastikan gadis itu selamat, kakinya melangkah pergi daripada kawasan perumahan Chaerin.
Bibirnya tidak berhenti mengukirkan senyuman apabila mengingati tentang tingkah laku Chaerin semasa di perpustakaan tadi. Sekarang, dia banyak menghabiskan masa dengan gadis itu. Dia juga akan menghantar gadis itu pulang ke rumah setelah waktu di sekolah habis.
Jam tangannya ditelek terlebih dahulu sebelum memasuki bas. Jam belum menunjukkan angka enam. Dia masih mempunyai banyak waktu.
Setelah basnya berhenti di destinasi yang dia tuju, Jaemin melangkah keluar daripada bas. Tujuannya sekarang bukanlah rumahnya, tetapi kedai 24 jam yang berdekatan dengan rumahnya.
Dia perlu membeli makanan untuk dirinya memandangkan ibu bapanya akan pulang ke rumah pada lewat malam hari ini. Dia juga malas mahu memasak.
Setelah dia mengambil sebekas nasi goreng kimchi, sosej dan kimbap serta sebotol air, kakinya melangkah mendekati kaunter pembayaran. Dia menghulurkan beberapa keping not duit dan keluar daripada kedai itu.
Jaemin mengeluarkan telefonnya daripada dalam poket dan membaca mesej daripada kawan-kawannya. Langit juga perlahan-lahan menjadi gelap.
"Tsk... tsk..."
Kakinya berhenti melangkah. Membuntang matanya apabila bunyi tangisan memenuhi pendengaran telinganya. Jaemin menoleh ke belakang dengan harapan orang yang menangis itu berada di belakangnya.
Tetapi sangkaannya meleset. Langsung tiada sesiapa di sekelilingnya! Jantungnya mula mengepam darah dengan lebih laju. Dia memegang dadanya yang sedang berdegup kencang itu. Hanya dia sahaja yang tahu betapa takut dan gementarnya dirinya sekarang.
Tidak pernah dia mendengar perkara sebegini!
"Tsk tsk..."
Sekali lagi bunyi itu kedengaran. Dengan laju, Jaemin menoleh kearah sisinya, iaitu lorong kosong yang gelap. Dia meneguk air liur. Matanya berkelip-kelip memandang lorong itu.
Mendengar melalui tangisan itu, dia pasti itu bukanlah makhluk halus. Mungkin... Dia hanya mahu berfikiran positif, tidak mahu dirinya menjadi gelabah dalam keadaan sekarang. Dia perlu berfikiran waras.
Jaemin memandang kearah kiri dan kanannya sebelum dia mengambil keputusan untuk memasuki lorong itu. Dia menganggap mungkin sahaja ada kanak-kanak yang tersesat di dalam itu?
Ya, anggaplah Na Jaemin bodoh dalam keadaan sekarang ini. Budak sesat pada waktu malam di lorong kosong ini? Sungguh merepek.
Perlahan-lahan kakinya semakin mendekati suara tangisan itu. Jantungnya tidak berhenti berdegup dengan laju. Nafasnya sedaya upaya dikawal semula supaya menjadi lebih teratur.
Matanya terhenti pada satu susuk tubuh yang sedang duduk bersandarkan dinding di lorong itu dan memeluk lutut sambil menangis teresak-esak. Jaemin terkaku. Fikirannya tiba-tiba menjadi buntu.
"Sekurang-kurangnya bukan hantu." monolog Jaemin sendirian.
Jaemin mendekati gadis yang berambut pendek itu dengan perlahan-lahan, tidak mahu kehadirannya disedari lagi oleh gadis itu. Setelah dia berada dekat dengannya, Jaemin menundukkan badannya dan duduk mencangkung di hadapannya.
"Hey... Kau okey?" tegur Jaemin lembut. Dia memegang bahu gadis itu untuk menegurnya. Terhincut bahu gadis itu apabila dia dapat merasakan sentuhan tangan Jaemin pada bahunya. Segera dia mengangkat wajahnya sebaik sahaja suara Jaemin kedengaran.
"Haeyoung...?"
sekolah dah nak buka :)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top