03

"Yah Na Jaemin!" Renjun memegang bahu Jaemin sebaik sahaja dia dapat mendekati lelaki itu. Dia menghalang Jaemin daripada meneruskan langkahnya. Badan Jaemin ditarik supaya menghadapnya.

"Kau-" kata-kata Renjun itu terhenti apabila matanya dapat menangkap pada beberapa orang pelajar yang sedang memerhati kearah mereka. Dia melepaskan keluhan sebelum menarik tangan lelaki itu, pergi ke tempat yang lebih sunyi.

"Sekarang cakap." kata Jaemin malas. Dia memasukkan sebelah tangannya di dalam poket. Jelas kelihatan wajahnya sudah tiada mood setelah kejadian di kafeteria itu.

"Jaemin, Haeyoung tak tahu apa-apa lagi. Jadi kau janganlah nak marah dia terus." kata Renjun, dia cuba memujuk lelaki itu memandangkan hanya dia yang boleh memujuk lelaki itu.

"Itulah masalah dia."

"Dia tak kenal aku. Aku tak kenal dia. Tapi kenapa tiba-tiba dia nak masuk campur urusan aku." luah Jaemin tidak puas hati. Mengingati kejadian tadi cukup membuatkannya menyampah.

Park Haeyoung. Memikirkan tentang gadis itu sahaja sudah membuatkannya sakit hati. Dengan selamba gadis itu membuat konklusi dia sendiri padahal dia langsung tidak mengenalinya dan mereka baru sahaja bersemuka kurang daripada 10 minit!

"Nampaknya kau suka dia kan?"

"Jaemin..." Renjun meraih lengan lelaki itu, menyuruhnya untuk bertenang seketika. Jaemin menggulingkan anak matanya dan menarik nafas dalam.

"Aku cuma tak suka orang yang aku tak kenal masuk campur urusan aku Renjun." kata Jaemin lagi, tetapi pada kali ini dia lebih tenang daripada tadi.

"Ya Jaemin, aku faham kau tak suka. Tapi Haeyoung pun tak tahu. Dia terkejut kau tiba-tiba bangun daripada tempat kau tadi." jelas Renjun. Dia teringat semula raut wajah Haeyoung yang terkejut sebaik sahaja Jaemin bangun selepas dia mencelah perbualan mereka.

Tetapi gadis itu masih cuba mengawal raut wajahnya untuk kekal tenang, tidak mahu kelihatan terganggu dengan tindakan Jaemin secara tiba-tiba itu.

"Okey... Aku cuma nak masuk kelas. Jumpa kau dekat rumah nanti." kata Jaemin pasrah. Dia memang tidak boleh membiarkan perasaan marah ini menguasai dirinya jika dia mahu Renjun melepaskannya pergi.

Renjun melepaskan pegangan tangannya daripada Jaemin dan membiarkan lelaki itu hilang daripada pandangan matanya. Apa-apa yang berlaku nanti, dia hanya perlu singgah ke rumah Jaemin memandangkan rumah mereka berdekatan.

--

"Macam mana tadi?" Jaemin menoleh kearah Yangyang, Chenle dan Renjun yang duduk diatas kerusi itu.

"Biasa." Matanya kembali fokus pada komputer ribanya, dia sedang mengedit beberapa keping gambar yang ditangkap pada aktiviti sukarelawan di rumah kebajikan pada minggu lalu.

"Siapa Chaerin, hyung?" soal Chenle. Dia memandang kearah Renjun, meminta jawapan daripada lelaki itu. Chenle merupakan pelajar sekolah lain jadi dia memang tidak mengetahui tentang Chaerin.

"Partner Jaemin dalam kelab sukarelawan sejak dua tahun lepas." jawab Renjun. Mereka sememangnya sentiasa ditugaskan bersama-sama. Mungkin disebabkan itu, dia boleh menjadi rapat dengan Chaerin, seperti sekarang.

"Kau tak nak balik ke?" soal Jaemin apabila menyedari jam sudah hampir menyentuh angka tujuh. Hari hampir semakin gelap. Tetapi ia langsung tidak tidak menarik perhatian dua orang lelaki itu.

Malah, Yangyang terus berbaring diatas kerusi di ruang tamu rumah Jaemin itu, menandakan dia tidak mahu pulang lagi. Renjun menggeleng perlahan. Chenle mengangkat bahu dan kembali fokus pada televisyen.

Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka berdua untuk menghabiskan masa di rumah lelaki ini. Jisung juga sentiasa datang ke rumahnya, cuma pada hari ini dia mempunyai latihan untuk pertandingan menari akan datang.  Ibu dan bapa Jaemin juga tidak kisah. Mereka sering pulang lewat malam kerana menguruskan syarikat dan model-model mereka.

"Jaemin kau tahu tak?" Renjun kembali bersuara. Nada suara Renjun yang mulai kedengaran serius itu menarik perhatiannya. Dia memusingkan tubuhnya menghadap Renjun, Chenle dan Yangyang. Jaemin mengangkat kening, menyuruh Renjun meneruskan percakapannya.

"Haeyoung tinggal sebelah rumah kau."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top