02
"Na Jaemin, kau lambat lagi ke? Aku dah lama tunggu kau ni."
"Kau pergi dulu, lepas ni aku datang." arah Jaemin. Segera dia memutuskan panggilannya dengan Jeno dan menyimpan semula telefonnya di dalam poket. Dia kembali menatap wajah Chaerin yang berada di hadapannya. Bibirnya tindak luntur daripada mengukirkan senyuman pada lelaki itu.
"Jadi boleh kan?" soal Chaerin, meminta kepastian daripada lelaki itu. Jaemin tersenyum kecil dan mengangguk, setuju dengan tawaran gadis itu.
"Saya tunggu dekat pintu pagar sekolah nanti." kata Chaerin teruja sebelum dia berlari meninggalkan Jaemin keseorangan di belakang. Chaerin mengajak Jaemin untuk makan bersamanya selepas pulang daripada sekolah nanti, dia terhutang budi dengan Jaemin kerana menolongnya tempoh hari.
Jaemin tertawa melihat tingkah laku gadis itu, Chaerin sangat comel baginya.
Jam tangannya ditelek sekali lagi. Dia masih mempunyai 20 minit sebelum waktu rehat tamat. Kakinya mula melangkah tenang kearah kafeteria. Jika dia tidak berjanji dengan Jeno, sudah lama dia masuk ke dalam kelas sekarang daripada pergi ke kafeteria.
Dia menolak daun pintu itu dan menuju ke meja yang sering diduduki oleh kawan-kawannya.
Sebaik sahaja dia tiba berdekatan dengan meja mereka, matanya terhenti pada seorang gadis yang berambut pendek. Dahinya berkerut. Rasanya dia tidak pernah melihat gadis ini sebelum ini.
Dia rancak berbual bersama Jihyun dan Jeno. Menarik. Jeno bukannya mudah untuk berbual dengan orang yang tidak dikenali. Dia pasti perempuan itu ialah pelajar baru kerana sebelum ini dia tidak pernah melihat wajahnya.
"Eo Jaemin, kau dah sampai. Duduk sini." Renjun menarik tangan Jaemin untuk duduk di tempat duduk kosong disebelahnya. Jaemin hanya mendiamkan diri, sesekali matanya dikerling kearah gadis itu.
Jihyun yang perasan akan pandangan mata Jaemin itu terus menghentikan perbualan di antara mereka bertiga.
"Jaemin, ni Park Haeyoung. Budak baru kelas aku." kata Jihyun, dia memperkenalkan Haeyoung padanya. Haeyoung menoleh, memandang kearah Jaemin yang duduk bertentangan dengannya. Kenapa dia dapat merasakan aura yang kuat pada gadis ini?
"Haeyoung." gadis yang dikenali sebagai Haeyoung itu menghulurkan tangannya pada lelaki itu dengan senyuman. Hujung bibirnya terangkat sedikit dan mencapai huluran tangan gadis itu.
"Jaemin."
"Lawa rambut kau." Haeyoung menunjuk pada rambut hitam Jaemin itu. Serentak mereka memandang Jaemin dan Haeyoung bersilih ganti dengan tawa. Jaemin juga turut terkejut dengan pujian mendadak gadis itu, tetapi dia hanya mengangguk.
"Tahap jujur Haeyoung ni boleh mengalahkan Renjun." kata Haechan dengan sisa tawanya. Dia masih tertawa apabila melihat wajah Jaemin yang terkejut dan kekok pada masa yang sama itu.
"Terima kasih?" kata Jaemin ragu-ragu. Tidak tahu adakah itu pujian atau perlian untuknya. Tetapi lebih baik dia berfikiran positif kan.
"Kau pergi kan balik ni?" soal Jeno, dia menyiku lengan Jaemin bagi menarik perhatiannya. Jaemin terus menggeleng, matanya masih fokus bermain dengan telefon miliknya.
"Aku nak jumpa dengan Chaerin balik nanti." jawab Jaemin tidak berminat. Dia berasa terlalu letih disebabkan dia perlu menguruskan aktiviti sukarelawan itu. Jadi dia hanya mendiamkan diri, tidak mahu melibatkan diri dalam perbualan di antara rakan-rakannya.
"Chaerin?" Heejin bersuara pelik. Dia dapat mendengar apa yang dikatakan oleh Jaemin tadi memandangkan dia duduk disebelah Jeno.
Serentak dengan itu, mereka semua memandang tepat kearah Jaemin. Jaemin perlahan-lahan mengangkat wajahnya.
"Kau makin rapat dengan dia." kata Haechan dengan penuh minat. Dia memberikan senyuman nakal kepada Jaemin apabila melihat raut wajah kekok lelaki itu.
"Mungkin." jawab Jaemin, dia mengangkat bahu. Dia sedaya upaya tidak bertentang mata dengan kawan-kawannya sekarang . Dia sedang cuba berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku memandangkan dia tidak mahu mereka salah faham.
Dia masih tiada apa-apa hubungan dengan Chaerin.
"Nampaknya kau suka dia kan?" Jaemin mengangkat wajahnya semula dan memandang tajam kearah Haeyoung yang baru bersuara. Dahinya dikerutkan.
Kenapa dia tiba-tiba masuk campur ni?
ayooo! permulaan cerita ni bosan sikit ;-;
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top