part 14 - Nampak

Aku tersedar dari tidur. Tidur atau pengsan?  Aku cuba ingat balik kejadian terakhir.  Aku perhati sekeliling bilik ni.  Bilik rawatan.

" Ah cik jihyo kamu dah sedar. Nah air "

Dia memberikan secawan air pada aku. Aku sambut perlahan lalu meminumnya. Gelas yang kosong aku kembalikan.

" Sekarang dah pukul berapa?  " tanyaku.

" 2 ptg "

" Mwo?  Sampai habis waktu sekolah saya kat sini.. Aiggoooo " Aku meraup wajah. Aku segera turun dari katil ingin keluar dari bilik ni.

" Eh cik jihyo nanti! Cik jimin suruh awak tunggu dia.. Nanti dia datang jemput awak pulang "

" erm cakap dengan dia saya balik dulu "

" tapi cik... "

Aku terus melangkah keluar dari bilik rawatan. Beg galas awal² aku dah amek.  Aku ronda sekitar sekolah.  Ada lagi pelajar yang masih belum pulang.

Aku tak boleh terima hakikat yang jimin kata jungkook dah mati.  Aku syak dia prank aku. Weh tak mungkin weh.  1 bulan aku tak tahu. Tak de siapa pon bagitahu.

Puas aku cari jungkook tapi masih tak nampak kelibatnya.  Lebih baik aku balik dulu.  Esok jelah aku cari.

Langkah ku terhenti apabila mendengar perbualan antara dua pelajar perempuan.  Mata aku kelip berulang kali. Nafas berat aku lepaskan

" Kau dengar tak berita pasal budak nakal sekolah kita mati kena langgar 1 bulan yang lepas ?? "

" Hah budak yang nakal gila tu ke ?? Kalau tak silap nama dia jungkook kan ? "

" ha ah. Dia selalu cari pasal dengan jihyo dulu.  Kau tgok lah sekarang... Jihyo pon dh mcm tak betul asyik cari dia "

" Ish kau ni tak baik cakap macam tu!  "





Aku hanya memasang telinga mendengar dua pelajar yeoja yang sedang berbual . Niatku untuk pulang terhenti setelah mendengar berita pasal jungkook . Betul ke apa yang aku dengar atau hanya cuma gosip murahan?

Tak.  Jungkook masih hidup lah!!!!! 

Air mata yang mengalir di pipi aku biarkan.  Niat nak pulang dah terbantut.  Aku akan buktikan yang jungkook masih hidup! 

Aku melangkah semula masuk ke dalam bagunan sekolah . Mata aku meliar mencarinya.

Jungkook tolonglah.  Aku tahu kau masih ada kat sekolah.  Aku tahu kau belum balik.  Aura kau..aku dapat rasa. Satu per satu class aku masuk.  Masih tiada.

Sampai lah di satu koridor....

"J-jungkook?  "

Dia pandang aku dengan senyuman yang makin pudar.  Aku tahu kau hidup.  Aku tahu ni prank. Aku tahu kau sengaje nak buat aku terseksa.

Dengan pantas aku berlari ke arahnya.  Air mata semakin deras keluar jatuh di pipi. Badannya aku dakap dengan erat.  Tangisan aku semakin kuat .

" Jungkook kenapa kau buat aku macam?!!! K-kenapa kau seksa aku macam ni!!!!  Kalau nak merajuk dengan aku pon tak payah lah sampai acah² dah mati sakai!!!!  Aku risau bodo.  Hiks.. Tolonglah hentikan semua prank ni!  "

Lehernya aku rangkul kemas.  Bahunya dah basah dengan air mata aku.  Kalau boleh dengan hingus sekali aku nk lap biar padan muka sebab buat aku macam ni.

" J-jihyo.. Kau boleh n-nampak aku?  "

" Soalan bodo apa kau bagi hah?!!! Aku nampak kau!  Aku rasa nafas kau!  Semuanya real!  "

Pinggang aku dipeluknya erat.  Aku dapat dengar tangisannya.  Aku tak tahu kenapa dia nak menangis.  Patutnya aku sorg je yang nangis sekarang ni.

" Tolong jangan tinggalkan aku lagi jungkook "

" A-aku takkan tinggalkan kau... Lagi. "

Aku menjarakkan diri darinya.  Muka jungkook yang memerah aku pandang. 

PAKK!!! PAKKK PAKKK

Berkali² aku memukul kepalanya.  Geramnya aku!!!!!  Hmp dendam yang terpendam lama... aku lepaskan.  Berani dia buat aku macam ni!!  Kredit aku habis semata² call dia setiap hari!

" WEH ASAL TETIBE JADI GANAS NI WOI!!  SAKITLAH!!!  WEH AKU BARU NAK ROMANTIK DENGAN KAU "

" KEPALA HOTAK ROMANTIK!!  RASAIN LO BUAT GUE KAYAK GINI!!!  "

" AMPUN!!!  "














Author pov







" Jihyo mana?  " Tanya jimin yang baru memasuki ke dalam bilik rawatan.

" Eo mianhae.  Dia suruh saya cakap dekat cik jimin yang dia balik dulu "

" Erm okey.  Gomawo "

Dia melangkah keluar dari bilik rawatan.  Kakinya menuju ke classnya. Nak ambil buku yang tertinggal.

" Haih jihyo ni degil betul.  Aku suruh tunggu.. Dia boleh blah macam tu je "

Pintu class dia buka perlahan.  Niatnya ingin masuk terbantut akibat mendengar suara² seperti menangis dan meluahkan perasaan.

" B-bunyi apa tu?  "

Dia mengekori bunyi tersebut sampai di satu koridor..  Dia menyorok dia sebalik dinding.

" Jihyo?  Tak balik lagi?  Eo tu bukan ke.....J-JUNGKOOK?!"

Dia menerkup mulutnya supaya tidak mengeluarkan bunyi . Terduduk dia di sebalik dinding tu. Jantungnya berdegup laju kerana terkejut.  Maknannya betul lah apa yang jihyo cakap selama ni? Sebab tu jihyo susah nak percaya yang jungkook dah mati?












































- Bersambung -

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top