Part 1 - Langgar bahu

Disebabkan ramai yang pilih no 3 tu..so..yea hyo dah ada idea untuk jalan cerita dia . So enjoy lah .





Seorang yeoja memakai cermin mata bulat sambil memegang beberapa buah buku . Dari atas sampai bawah dia ni seperti budak nerd .  Dia berjalan sambil memandang bawah . Waduh nerd sungguh .

Acah je minah ni . Luaran sahaja nampak macam nerd tapi dalam diri dia yang sebenar...siapa je yang tahu kecuali author...mueheheheheheh .

Boleh dikatakan macam penyamaran . Siapa lagi kalau bukan song jihyo yang dikenali sebagai budak nerd di dalam sekolah . Dalam sekolah je okey luar sekolah hengkorang tak tahu en en en ?

Apa motif dia menyamar ? Yea....ni sebab kes dia terlalu cun jadi terpaksa menyamar jadi nerd kat sekolah . Natural beauty katakan . Erm tu satu...ada lagi sebab dia jadi nerd ni...dia tak nak diganggu . Nahas siapa yang ganggu dia .

Pernah ada satu kes beberapa tahun yang lalu dekat sekolah lama dia . Sorang yeoja tua setahun dari dia  kunci dia dalam tandas . Hah kau nasib ada tempat dia nak panjat kat atas tandas tu . Jihyo baik ...tak mau pecahkan pintu . Hak kerajaan wuii .

Nak tahu apa jadi kat yeoja yang kunci dia dalam tandas tu ?  Kat hospital patah tangan , patah kaki , bibir pecah teruk dan hampir buta . Hah korang tahu² jelah apa yang jihyo buat . Kes tu dibawa sampai ke pihak polis . Nampak tak bertapa kejamnya dia ? Aip tak...bukan salah dia . Yeoja tu yang cari pasal kan ?

That why dia tak nak kes tu berulang . Siapa yang cuba kacau life dia....nahas lah . Dia sekarang berpindah di sekolah baru dan menyamar jadi budak nerd supaya tak diganggu . Dia kan  lawo...opcos nanti ada yeoja yang dengki dengan dia . Haihh tak boleh tengok orang senang ke ?

Bukkk


Buku yang dibawa berselerak di lantai . Syaiton mana pulak yang langgar bahu dia ni . Heh engko yang jalan pandang bawah apasal ?

Dengan pantas dia mengutip buku² tersebut dengan gelabah . Yea lakonan nerd mu menjadi wahai jihyo .

" Buta ke ? Cermin mata tu kalau dah rosak pergi tukar baru ! "

Jerkahan seorang namja membuatkan jihyo tersentak seketika . Macam kenal suara ni . Dia mendonggak memandang namja yang melanggar bahunya tadi .

Itu dia namja yang paling popular kat sekolah ni kalau bukan jeon jungkook cucu jebon . Muka je comel tapi perangai macam lahanat !

" nerd " Kepala jihyo ditolak menggunakan jari telunjuknya . Pandangan tajam dihadiahkan .

Api kemarahan sudah mendidih dalam badan jihyo . Sabar . Dia terus berdiri tegak sambil memegang beberapa buku tadi dan menghadap jungkook .

" Kau ingat kau gengster kat sekolah ni aku takut hah ? Tch..."

Mata jihyo meliar ke atas dan ke bawah memandang tubuh jungkook dengan pandangan yang menyampah

" pergi sekolah untuk belajar . Bukan melepak . Menyusahkan mak bapak kau je . Tak reti bersyukur ke hah ? "

Sabar jihyo


" Amboi yeoja nerd ni " Jungkook menghampiri jihyo dengan perlahan  . Tangannya diselok ke dalam poket seluar . Dia menunduk sedikit dan berbisik di telinga jihyo.

" Jangan jaga tepi kain aku boleh tak ? Aku rimas " Perlahan nadanya tapi kedengaran sinis sekali . Jungkook tersenyum sinis dan pergi meninggalkan jihyo yang tengah berasap .

Jihyo menghentak kakinya sekuat hati tanda perotes . Aishh tak sangka api kemarahannya hampir terletus tadi . Nasib dia dapat tahan kalau tak....mampus mamat tu . Ye ke mampus ? Kenakalan jungkook tu boleh tahan sama taraf dengan jihyo tapi...jihyo punya gengster lagi up lah mueheehhe.

Bukkkkk !!!

Almari yang berada disitu  ditumbuk sekuat hati sampai kemek . Dia cuba untuk memadam api kemarahanya . Entah siapa punya almari dia main tumbuk je . Dengan selamba badak dia sambung berjalan ke destinasi yang dituju dengan hati yang masih berasap .

" kali ni aku maafkan kau . Lain kali siap lah " senyuman sinisnya terukir . Dah macam psycho jihyo ni .









Bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top