Part 50
"Hehe." Luhan ketawa sendiri. Dari tadi lagi dia sibuk menaip sesuatu tanpa henti. Habis merah matanya kerana terlalu lama menatap Iphone. Xiao Mei menggeleng kepala sahaja.
"Chat dengan Anna ke tu?" Tanya Xiao Mei. Luhan mengangguk. Ketawanya masih belum reda.
Xiao Mei menjulingkan anak matanya. Selama dia jadi manager Luhan, dia cuma mengetahui nama kekasih Luhan sahaja, rupa tak pernah pula Luhan tunjuk.
Dia mencuri-curi pandang kearah telefon Luhan. Namun cepat-cepat Luhan menyorokannya.
"Aip! Privacy!" Marah Luhan. Tak adalah marah sangat. Jerkah gitu je. Dan Xiao Mei tak terasa walau sedikit pun. Dia cuma mencebik je.
"Lu, boleh tak tunjuk gambar Anna? Noona nak sangat tengok muka dia. Mesti dia cantik kan? Lagipun spesis homo macam kamu ni confirm nak orang cantik-cantik je."ujar Xiao Mei.
Luhan mengerutkan dahinya. Spesis homo? Heol noona gigi berkawat ni. Tampo kang.
"Ihh..sibuk..yelah-yelah tapi jangan sebar tau?"
"Baikkk.."
Luhan terus menunjukkan gambar wanita yang dikenali sebagai Anna kepada Xiao Mei.
Terbeliak mata Xiao Mei dibuatnya. Dia menampar Luhan sekuat hati.
"Haaaa!! Kan aku dah cakap! Spesis kau ni confirm nak orang cantik je! Ni buktinya!" Jerit Xiao Mei. Habis bengkak wajah Luhan dibuatnya.
"Tapi..inikan Yoona lim? Member Snsd, band korea tu? Kamu,couple dengan dia? Tapi, Anna ehh inikan Yoona??" Xiao Mei mula pusing.
Luhan pula ketawa mengekek.
"Tak kenal ke Anna? Watak dalam The K2? Kan ke drama tu terkenal dekat China ni. Alahai. Tu kan drama favourite noona. Yoona lah Anna tu." Balas Luhan. Seronok rasanya apabila berjaya mengenakan managernya. Xiao Mei melopong.
"Laaa!! Bengong lah kau ni! Kenapa tak cakap awal-awal?! Eii geramnya aku dengan anak Lu ni!! " Xiao Mei mencubit-cubit belakang badan Luhan. Menjerit kepondanan lelaki itu dibuatnya.
"Sakitlah!!"
Xiao Mei berhenti dari mencubit badan Luhan. Dia kemudiannya merenung kembali gambar Anna a.k.a Yoona.
"Ada benda lucu ke pada gambar ni? Kenapa kamu gelak?" Tanya Xiao Mei. Luhan bangun dan merampas telefonnya. Whatsapp dibuka
YooAnna Lu♡
Xi Luhan!! Bodohnya kamu!!
Dasar byuntae!!
Delete video tu tak guna!!
Kenapa buat lagu tu?!!
Kau tengah fikir apa masa tulis lagu tu?!!
Kau tengok video lucah ke apa?!!
Lu kenapa hotak kau?? Tengah moan ke apa??!!
!!!!!
🐷🐷🐽🐽🐽🐽
I hate you!! Luhan pervert!! Tak padan dengan muka macam homo!!
Xiao Mei ternganga. Ini sebabnya Luhan kenapa bagai nak hancur rak. Luhan tersenyum riang.
"Tapi kan.. serius ah? Kamu tengok video lucah lepastu buat lirik lagu tu ke?" Tanya Xiao Mei. Kepalanya terus diluku oleh Luhan
"Yah!!! Mana ada! Terinspirasi je!!"
"WAHHH LUHAN PERVERT!!! TAK PADAN MUKA MACAM HOMO!! PERVERT!!!! NAK BERHENTI KERJA!!!"
×××
Sunny membantu Kyungsoo yang sudah seharian berbaring untuk makan. Dia semakin lemah dari hari ke hari. Entah hantu apa yang merasuk pun Sunny tak tahu.
"Phuih! Bubur pahit! Tak nak!!" Jerit Kyungsoo, seperti anak kecil. Sunny terus merasa bubur yang dibuatnya itu. Sedap je. Manis pula tu.
"Saya buat bubur ni dengan resepi bubur Mcdonald tau? Takkan tak sedap pula.. Mengada lah awak ni.." kata Sunny.
Dengan mata burung hantu, Kyungsoo memandang Sunny. Matanya berkaca. Seketika, air mata mula berguguran. Sunny mula cemas.
"Awak tak sayang kita dah ke? Sobs.. sobs..sampai ati..tak nak kawan!!"
Kyungsoo melipat tangannya separas dada. Wajahnya dipalingkan bertentangan arah dengan Sunny.
"Kyungsoo! Kenapa awak ni?? Merajuk macam budak-budak!" Marah Sunny. Tangisan Kyungsoo semakin kedengaran. Sunny yang berhati tisu mula mendekat dan cuba untuk memeluk Kyungsoo.
"Busuk!!" Jerit Kyungsoo. Hidungnya ditutup dengan jari-jemarinya. Sunny semakin geram.
"Inikan perfume yang awak pilih untuk saya!! Busuklah pulak!! Habistu awak tu?? Tak mandi tiga hari sebab air sejuk! Mengada! Macam budak-budak! Mengandung ke apa awak ni?? Geramnya aku!! Nasib laki, kalau tak dah lama aku bunuh!"
Bebel Sunny. Dia terus mengambil tas tangannya dan keluar dari bilik hotel. Pantai adalah destinasi seterusnya.
"Segar jugak. Jaga laki macam jaga anak. Pembawakan budak ke apa.." omel Sunny sendirian. Seketika, dia tersentak. Perutnya terus dipegang.
"Pem..Pem..Pembawakan bu..dak?" Dia agak terkejut dengan kata-katanya tadi. Bahunya disentuh oleh seseorang. Dia hampir jatuh terjelopok.
"Awak.." panggil Kyungsoo. Sunny yang terkejut terus-terusan menampar belakang Kyungsoo.
"Terkejut lah!" Marah Sunny.
Kyungsoo mencebik. Dia menguis tanah dengan kakinya. Tangan pula dilipat ke belakang. Kepalanya tunduk.
"Mian." Ujar Kyungsoo, bersalah.
"Mian for what?" Tanya Sunny, pelik.
"Mian sebab mengada tadi. Saya sendiri pun tak tahu kenapa jadi macam tu tadi. Mesti awak rasa jengkel kan? Hehe. Kyungie tak berniat pun nak buat perangai macam tu." Luah Kyungsoo. Dia tersenyum sehingga bibirnya membentuk love. Sunny memegang kepala telur Kyungsoo.
"Eeee. Nasib sayang tahu tak?! Manja macam baby. Buat orang rasa menyampah!" Dada Kyungsoo ditumbuk. Kyungsoo pura-pura sakit. Mereka ketawa kecil.
Tak sempat 1 minit ketawa, Kyungsoo terasa mual secara tiba-tiba.
"Uwerkk!!" Dia muntah didalam laut. Sunny menepuk-nepuk belakang Kyungsoo dengan kuat.
"Kenapa ni??" Soal Taeyeon dan Baekhyun serentak. Entah dari mana mereka datang. Menyibuk pula. Sunny mula bercerita dari A-Z kepada Taeyeon dan Baekhyun, sementara itu Kyungsoo masih lagi muntah.
Taeyeon tersenyum. Dia faham dengan apa yang berlaku.
"Dengan laut pun alergik. Confirm anak diorang tak leh berenang nanti..kekeke.." baekhyun berbisik dengan taeyeon. Kuangjo pasangan ini.
Selepas beberapa minit, Sehun dan Seohyun pula tiba dengan ole-ole ditangan. Pelik mereka melihat Kyungsoo yang rukuk seolah-olah igin solat.
"Kenapa tu?" Tanya Sehun, blur. Sunny menghela nafas panjang.
"Hermm..Tanya Taeyeon." Balas Sunny dan kembali fokus kepada Kyungsoo.
Seohyun mual setelah melihat muntah Kyungsoo. Geli yall. Tak dapatlah mereka mandi dilaut lagi selepas ini. Laut sudah dicemari dengan muntah Do Kyungsoo.
"Penatt.." kyungsoo pengsan.
-bersambung
😂😂
Happy 50 part 🎉🎉 btw baca new ff saya Peterpan need Wendy . Tq
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top