Part 44
Konsert EXO yang tadinya berjalan lancar kini kacau bilau apabila para EXO-L terus menyerang SNSD. Masing-masing mahu melihat samaada itu adalah SNSD yang sebenar atau tidak.
"Kenapa tu?" Tanya Suho kepada Sehun yang berada berdekatan seat VIP. Sehun blur .
"En-entahlah..Diorang jerit kata Sonyeoshidae sunbae-nim ade dekat situ." Balas Sehun.
Terkejut member EXO mendengarnya. Mereka segera turun dari pentas dan menolak para fans ke tepi. Haduh habis badan mereka diraba-opps..
"Ke-- Sunbaenim!" Jerit Kai kearah Sonyeoshidae yang sedang berpelukan antara satu sama lain untuk berlindung. Para EXO-L mula senyap dan menjauhi tempat itu.
Kai dan member EXO yang lain menolong member SNSD untuk berdiri. Selendang yang dipakai oleh member SNSD menambahkan seri mereka.
"Taeng buat apa dekat sini?" Tanya Baekhyun kepada Taeyeon, perlahan. Dia tak mahu perbualannya didengari oleh EXO-L.
"Kami datang cuma nak tengok performance korang. Tak sangka sampai boleh jadi macam ni.." balas Taeyeon, takut-takut. Dia memandang kearah sekelilingnya. Seram apabila dipandang EXO-L sebegitu.
"Kenapa duduk dekat VIP punya seat? Duduklah dekat CAT3." Celah Xiumin pula.
"Kalau duduk kat sana baik tak yah datang tengok. Lagipun duit kami kan? Suka hatilah." Balas Sooyoung. Dijeling pula Xiumin secara senyap-senyap.
EXO buntu. Konsert harus diteruskan. Takkan lah mereka nak halau SNSD? Mana boleh! Sunbae merangkap kekasih mereka tu.
"Habis nak buat macam mana ni?" Tanya Suho kepada member EXO. Tiba-tiba seorang EXO-L menjerit.
"just perform with snsd!!" Teriaknya. EXOSHIDAE shippers mungkin? Teriakannya itu disokong pula oleh penonton yang lain.
Lama kelamaan satu stadium bergema dengan jeritan EXO-L yang meminta EXO untuk membuat persembahan bersama SNSD.
Suho memandang kearah Taeyeon. Kedua leader bercakap didalam fikiran antara satu sama lain. Scary--..
"Okey.. Kami setuju!" Jawab Taeyeon disertakan dengan senyuman yang mekar. Terus sahaja mereka ditarik ke atas pentas untuk membuat persembahan.
Mic terus diberikan kepada kelapan-lapan orang member SNSD.
"Ehh kejap! Lagu apa nak nyanyi ni?" Tanya Hyoyeon. Iyelah ini bukan cerita hindustan yang naik atas pentas terus nyanyi lagu diiringi muzik dengan penari latar.
"Nyanyi lagu SM Ballad. Lagu yang sama kita semua nyanyikan masa kat konsert dekat Tokyo Dome.." jawab Kai. Mereka semua berdiri di spot masing-masing dan muzik terus dimainkan.
Selama dua jam, pentas EXO telah disertai oleh SNSD. Ianya bagaikan satu bonus buat EXO-L. Datang stadium bayar tiket nak tengok EXO je, tak sangka boleh tengok SNSD sekali. Fuhh..
Untuk persembahan terakhir, mereka menyanyikan lagu Love Me Right yang dimash up bersama lagu Oh!. Sebagai penyanyi profesional, mudah sahaja untuk mereka mengikuti rentak walaupun lagu asal sedikit berubah .
×××
"Sunbae, terima kasih sebab meriahkan pentas tadi.." ujar Chanyeol kepada SNSD, malu-malu. Sooyoung memaut leher Chanyeol dan menggosok kepala Chanyeol dengan buku lalinya.
"Tak payah sunbae sangatlah! Jom pergi minum! Dahaga ni!" Sooyoung terus menarik Chanyeol pergi dari situ. Bagilah mereka masa untuk beromantik jugak.
"Kyaa! Nasib baik EXO-L tak marah tadi! Kalau tak mati kami kena bom atas pentas tadi.." marah Taeyeon dan meluku kepala Baekhyun.
Taeyeon menendang punggung Baekhyun dan mengejar Baekhyun sehingga masuk ke dalam tempat rehat mereka.
"Ampun noona!!"
Terhibur seketika member SNSD dan EXO yang lain. SNSD menghulurkan tuala dan air mineral kepada EXO. Masing-masing masih lelah setelah menari dan menyanyi tanpa henti.
"Hey lain kali buat lah macam tu lagi.. makin seronok konsert nanti.." kata Suho kepada Tiffany. Suka pula dia kekasih datang. Tiffany tersenyum sehingga terbentuk eyesmile dan meninggalkan Suho disitu.
"Apa-apa jelah.." kata Tiffany. Dia terus dikejar oleh Suho dan terpaksa mendengar bebelan Suho tentang perkataan Melayu yang baru dipelajarinya.
"Seronoknya ada kekasih.." kata Yuri, perlahan. Jeles pula dia apabila melihat rakan-rakannya itu masing-masing bersama dengan pasangan mereka.
"Rilekslah noona.. Nanti jumpalah Lay masa cuti sekolah.." Kyungsoo berloyar buruk dengan Yuri. Tersengih-sengih Kyungsoo seperti kerang busuk.
Yuri menghalakan penumbuknya dan terus mengejar Kyungsoo. Sunny yang perasan akan kekasihnya yang dikejar singa terus menjerit.
"Hoi jangan!!" Jerit sunny dan menyertai larian Yuri dan Kyungsoo.
Member yang lain semuanya menggeleng kepala melihat kelakuan kebudak-budakan itu. Terus sahaja mereka berjalan sambil berpegangan tangan seperti tiada apa yang berlaku.
-bersambung
Hi ;)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top