09
part 2.
[ kinda long ]
////////////////////////////////////////////////////////
yan pov;
orang yang paling eksaited nak lari tadi tulah yang paling sendu sekarang ni.
han sejong berlari dengan penuh kelembapan sambil tercungap cungap. sebelah tangannya menyentuh perut yang terasa senak. sakit woi nak tarik nafas pun seksa.
sejong biar aje sorang demi sorang manusia melintasi dia tanpa ada rasa nak potong balik. yang dia tau, perut dia senak.
" puan perut, kenapa awak sakit?"
dalam mengah sejong bertanya. perutnya ditepuk tepuk sedikit, berharap agar senak itu hilang.
okay, kita tinggalkan han sejong sebentar dan buka topik pasal atlet nombor satu sekolah.
wahai semua, sudah pasti kalian boleh agak siapa pelari ataupun atlet paling handal disekolah mereka bukan?
ye, sudah tentunya jeon jebon. setiap tahun, nama dia akan berada pada top two peserta yang menang acara merentas desa sekaligus menyumbang mata pada rumah biru.
tapi harini, dia sangat lembap.
macam mana tak lembap dah kalau bila nampak sejong lari perlahan, dia pun stop dan berlari perlahan?
elok elok dia kat depan sekali, sekarang ni dia dah termasuk dalam golongan lelaki yang lembap. dahinya berkerut risau sambil memandang sejong yang sedang bertepuk perut tu dari belakang.
" huh.. kook.. ketaikan apakah ini sampai kita boleh lari sama sama?"
soal namjoon dan jin yang terkejut bila nampak jungkook lari sama lepu dengan dorang. mana taknya, muka jungkook selalu hilang sebaik sahaja air hons ditekan.
" yedo.. aku tak mimpi en?"
jungkook tak menjawab. dia pandang namjin sekilas sebelum dia lajukan sedikit larian dia dan berlari ke arah sejong yang keseorangan.
sanggup dia gadaikan medal semata mata untuk sejong.
sejong kena belanja dia kasih sayang lepasni, hehehe.
jin pulak dah buat muka faham bila nampak jungkook dekati sejong. namjoon pulak masih blur.
" jap weh aku masih tak percaya yang aku sempat jumpa jungkook masa merentas desa."
" eleh kau ni. tahun ni dia nak teman sejong lari lah. dah dah cepat kita blah, aku bangga tengok anak aku semakin berani dan maju. hiks."
jin menolak namjoon dari belakang. maka, berlarilah kedua dua jejaka itu memintas sejong dan jungkook dengan laju. sempat jin kenyit mata kat jungkook. ehek.
" kalau betul betul tak larat, jangan lari."
sejong tersentak. terus kepala ditoleh ke kiri. lagilah dia rasa nak kejung bila nampak kelibat jungkook berlari di sebelah bersama kelajuan satu meter per saat.
pergh, lembap gila.
" j-jungkook?"
" ye ni aku, sejong."
sejong terkesima. jap! adakah jungkook tengah tengok muka dia sekarang ni? muka yang berpeluh, hodoh, tercungap cungap macam ikan tak cukup air ni?!
" kau.."
kata kata jungkook mati tatkala sejong tiba tiba berlari. berlari dengan laju meninggalkan jungkook bagaikan perut dia tak senak tadi. jungkook terdiam.
kemudian keluhan kecil dihela.
sampai macamtu sekali ke kau tak suka aku?
tetapi pemikiran jungkook yang negatif tu terus terbang tatkala melihat sejong yang dah berlari jauh terpesong dari landasan yang benar. sepatutnya belok ke kiri, minah tu pergi belok ke kanan pulak. jungkook mula panik.
" yah han sejongggg!"
manakala sejong, berlari dengan sekuat tenaga sambil memaki diri sendiri.
" bodo bodo bODO KENAPA JUNGKOOK ADA KAT SITU HSHSHSSH AKU DAHLAH BUSUK AKU DAHLAH HODOHHHHHH!!"
sejong rasa nak tanam kepala bawah tanah tanpa menyedari yang dirinya bukan menghampiri garisan penamat, malah makin menjauh.
dan semakin dekat dengan sebuah pasar yang memang terletak berhampiran sekolah mereka.
" sejong! kau salah jalan ni!"
sejong tersentak sekali lagi. tatkala dia toleh ke belakang, kelibat jungkook yang berlari dengan sangat laju mengejutkan dirinya. lagilah sejong panik.
" tak! jangan dekat dengan akuuu!!"
" kenapa?!"
" just jangan! aaaaa! jangan kejar akuuu!"
" tapi kau salah jalan!!"
" bila masa?!"
" tu!"
sejong kembali menoleh ke depan. matanya membuntang tatkala melihat yang dia sudah tiba di entrance hadapan sebuah pasar.
akibat terlalu terkejut dan hampir kejung, sejong tersilap ambil langkah membuatkan buku lalinya terkehel dan serta merta dia rebah ke atas tanah.
jungkook yang tak sempat nak brek tu pun jatuh. dia gigit bibir bila dia rasa siku dia terseret di atas jalan tar dan terasa sangat pedih.
"aduhh.."
tapi, pantas je jungkook lupakan rasa pedih tu bila dengar sejong merintih kesakitan. lantas dia bangkit dan melutut disisi sejong. bahu sejong disentuh lalu matanya mengescan lagi tubuh gadis itu.
" gwaenchanha?"
" i is not gwaenchanha. tu.."
bibir sejong menjuih ke arah buku lalinya. tanpa dipinta, jungkook menyelak sedikit seluar trek yang sejong pakai dan terus stokin bercorak arnab menyapa matanya. jungkook tahan senyum.
" aduduhhh.. tak weh takyah check.. memang terkehel pun.."
sejong memukul sedikit lengan jungkook. jungkook mengalah, dia tak jadi nak check. kemudian dia kembali memandang wajah sejong yang berkerut sakit.
em.
" kenapa lari dari aku?"
ddaeng! sejong baru teringat tujuan asal dia lari adalah sebab dia malu dengan jungkook. cepat cepat gadis itu berdiri walaupun terasa perit di kaki membuatkan jungkook turut sama berdiri.
" yah, nak pergi mana?" jungkook tahan lengan sejong.
" balik sekolah lah."
" dengan kaki kau macamni?"
" yelah. apa lagi."
sejong rentap semula lengan dia. jungkook berpeluk tubuh, baru teringat yang kerash dia ni memang degil sikit orangnya.
" boleh jalan ke?"
" ofkos."
jungkook mengangguk kecil. sejong pandang jungkook sekilas sebelum dia mula berja—
" aduh!"
—dan dia kembali ke atas tanah.
jungkook gelak kecil. rambut yang sedikit basah disebak ke belakang sebelum dia mencangkung di sebelah sejong.
" naik belakang aku."
mata sejong membulat. gILA!
" takmo."
" naik."
" troli."
" huh?" jungkook berkerut keliru. wajah sejong dipandang.
" pasar ni dekat dengan troli encem sayang comel onyonyo. aku lagi rela naik troli tu balik sekolah. "
sejong berkata selamba. manakala jungkook, lelaki itu semakin berkerut tak faham.
" troli.. encem.. sayang.. comel.. onyonyo?"
sejong diam. entah kenapa, perkataan sayang dan comel yang disebut jungkook tu buat dia berdebor. terus dia berdehem.
" eish! tesco lah! t for troli, e for encem.. aku nak kau ambil troli tesco tu biar aku duduk dalam tu je."
" ohh HAHAHAHA! sukati je. dah, naik cepat."
jungkook menunjukkan belakang tubuhnya pada sejong. sejong menggeleng laju.
" aku kata taknak. nak troli!"
" ke kau nak aku dukung kau macam orang kawen tu? okay." jungkook terus berpaling semula ke arah sejong dan meletakkan tangan dibawah lutut dan belakang tubuh gadis itu. membulat habis mata sejong.
" t-tak! okke okke aku naik belakang kau."
jungkook senyum sinis. manakala sejong dah tampar muka sendiri.
b-bukan jungkook ni pemalu ke?
tangan sejong merangkul leher jungkook manakala jungkook memegang kedua peha sejong dengan kuat. kemudian lelaki itu berdiri dan mula mengatur langkah pulang.
" jap jungkook."
jungkook berhenti.
" alang alang ada kat pasar dan ada peluang nak tengteng kejap ni, jom beli sate ikan? kau lanje."
jungkook terdiam sebelum hela nafas kecil.
dia nak makan pulak. dahlah mintak aku belanja. nasib sayang.
usai membeli, keduanya mula pulang dan diam sepanjang perjalanan. jungkook pula sedang melakukan latihan pernafasan secara betul. gawat. tubuh sejong yang rapat dengan dia ni memang buat dia hilang nafas.
sampailah ada sebatang lidi sate ikan dihala ke arah mulutnya.
" gigit."
" takpe. aku tak.."
" gi. git."
akhirnya jungkook gigit jugak sate ikan tu. takpelah. not bad. sedap gak.
dan sejong mula memikirkan satu topik untuk dibuka. lalu, wajah si abang yang annoying tiba tiba menerpa dalam minda. sejong menyengih.
" kau tau, abang aku kata best makan sate ikan ni. lagi lagi bila kita share sate tu dengan orang yang kita sayang. walaupun aku taktau apa kaitannya, tapi aku sebenarnya boleh rasa kesahihan dia. haaa, aku rasa dia sayang sangat kat aku sebab tu dia belikan untuk aku hari hari. hshshshs."
jungkook diam sambil memproses ayat sejong.
lagi lagi bila kita share sate tu dengan orang yang kita sayang.
kau.. baru share sate tu dengan aku.
apa maksudnya, sejong?
lama jungkook termenung.
" .. kau."
jungkook tersentak dari lamunan. dia tak dengar apa yang sejong cakap tadi akibat mengelamun.
" apa dia?"
" ar, takde pape. weh dah sampai sekolah. turunkan aku. nanti apa pulak cikgu cakap."
jungkook terdiam lagi. dia memandang pagar sekolah yang beberapa meter dari tempat mereka. perlahan lahan, tubuh sejong diturunkan.
" masyeh kook. dah belanja dan tolong dukung aku. dahlah aku ni berat."
sejong senyum kat jungkook. tangan jungkook dicapai lalu plastik berisi baki sate tiga batang tadi diletak ke dalam tapak tangannya yang besar itu.
jungkook terpana saat kulit dia bersentuhan dengan kulit sejong. serta merta jantung yang tak sempat nak rehat tadi, kembali berlari.
" and, jangan lupa ubat siku kau."
//////////////////////////////////////////////////
keesokannya, jungkook berjalan ke sekolah dengan senyuman lebar. tangan yang disentuh sejong semalam, dipandang lama. kemudian dia menyengih lagi.
bahagia bebenor dia. macam nak naik pelamin aje gayanya.
dengan tenang, dia mengatur langkah ke arah kelas. namun dahinya serta merta berkerut tatkala melihat ramai orang berkerumun di kelas 4 lailer, kelasnya. dengan payah, jungkook menyelit antara semua orang untuk lihat apa yang jadi.
" kenapa ni weh?"
soal jungkook pada jimin. hatinya berasa tak enak tatkala melihat sejong menjadi tumpuan ramai. jimin memandang jungkook dengan wajah pucat membuatkan jungkook semakin berkerut.
" w-weh kook.. tadi yoongi sebut nama sejong kuat kuat astu.."
" han sejong."
ayat jimin tersekat di skala enam tatkala suara yoongi kedengaran. lantas jungkook menoleh ke depan.
yoongi sedang berdiri di hadapan sejong.
" aku suka kau."
////////////////////////////////////////////////////////
random question: what's your favourite chapter?
me: chapter 08
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top