08

" Bila kau acacah atlet tapi akhirnya kecundang."

part 1.

////////////////////////////////////////////////////////

yan pov;

" yey yey! merentas desa!"

jena memandang sejong yang melompat lompat teruja tu dengan muka toya.

" pergh, budak 156cm eksaited nak lari bhai."

" yAh! apa kaitan ketinggian dengan lari ha?!"

sejong tendang bontot jena dengan geram. apalah nasib dia sama rumah sukan dengan member tak guna macam jena ni. hiks.

" adalah. kaki kau pendek. mana boleh lari banyak."

" berani kauuuuuu!"

sejong merangkul leher jena yang lagi tinggi dari dia tu dari belakang. jena dah terjerit. riuh tempat rumah sukan biru tu dengan suara dorang.

jungkook yang sedang mengikat tali kasut terus mengangkat wajah. gelagat sejong dan jena dipandang bersama senyuman kecil.

antara benda yang jungkook suka: dia sama rumah sukan dengan sejong.

" lepaslah tenuk!"

jena struggle. lepas berjaya lepaskan tautan tangan sejong kat leher dia, terus ditolaknya bahu sejong menyebabkan gadis itu terundur beberapa langkah.

buk!

mata sejong dah terbuntang luas bila sedar dia dah terlanggar badan dan terpijak kaki seseorang. manakala jena dah gelak tak ingat dunia.

suka tengok member gelabah be like.

terus sejong toleh ke belakang. lalu, wajah berkerut milik min yoongi menyapa matanya.

" eh yoongi! sorry weh aku tak sengaja!"

yoongi yang tadinya berkerut seribu, terus hilang kerutannya tatkala melihat wajah gelabah sejong. dia sekadar mengangguk sekilas sebelum berlalu ke tempat rumah hijau.

manakala jena dah melopong. tubuh sejong terus didekati.

" daebak ar. yoongi tak marah kau sia!"

" biasalah, aku kan tak sengaja."

" hotuckko. tau tak, terjentik sikit pun biasanya dia melenting. ni, kau pijak kaki dia kot! dia tak marah? hshshshsh aku bau sardin di siniii!"

kini, sejong pula berkerut kerut memandang jena. tak percaya omong kosong si cojena.

" woi sejongang!"

kedua gadis itu menoleh dan terus mendekati lucas dan jungwoo. squad kobis itu membuat perjumpaan sekejap sebelum nak mula merentas desa.

dan seperti biasa,

jungkook sekadar memerhati dari jauh.

" kau ni. sikit sikit tenung. tenung sikit sikit. bila nak berani tegur ha?"

hoseok yang sama rumah biru dengan jungkook tu bertanya. jungkook berdehem kecil sebelum dia alihkan pandangan dari sejong yang sedang membelasah lucas.

" biarlah. aku suka macam ni."

" tch. kau ni. kalau kau lambat, bukan apa. aku takut kau melepas je. kau pun taktau sejong suka siapa.."

" dia suka budak kelas kita."

pintas jungkook sambil mengingati kata kata sejong tempoh hari. bibirnya diketap perlahan.

" ha. siapa?!"

jungkook menggeleng. dia cuma tahu yang crush sejong tu sama kelas, tapi taktau siapa.

tapi..

tempat rumah sukan hijau dipandang. yoongi yang sedang mencari port untuk tidur tu direnung kosong.

min yoongi..

hoseok pula dah mula risau bila nampak wajah jungkook yang mula mendung. rasa bersalah mula menerpa diri.

bukan dia taktau, yang jungkook suka sejong dah lama. sejak form one. sejak tahun pertama mereka jejakkan kaki di sekolah tersebut.

dan jungkook masih setia menyukai gadis yang sama, walaupun dia kerap melihat sejong bersama lelaki lain.

walaupun gosip tentang sejong dan lucas pernah tersebar, jungkook tetap positif yang sejong tiada apa apa dengan lelaki itu. dorang member je, bak kata jungkook.

walaupun ramai gadis yang lebih cantik ingin mendekati dirinya, jungkook tetap simpan hati dia buat sejong.

hanya sejong seorang.

" woi hopekook! meh ler sini!" namjoon memanggil kedua sahabatnya untuk datang mampir. hoseok terus menepuk bahu, menyuruh lelaki itu mengikutinya.

jungkook hanya menurut. tapi wajah dia, tetap sugul.

" apa monyok monyok ni? atoto my kookie my bunnie my ishkut! waeyooo?" jin cuba memujuk jungkook sambil mencubit cubit pipi jungkook. hoseok kat belakang dah menggelengkan kepala.

jin mengangkat sebelah alis pada hoseok. ' amende ko?'

hoseok menggerakkan mulutnya.

' han sejong'

lalu semua yang nampak mula faham. pasti ada kaitan dengan sejong.

" alah kook. ilek ilek sudah. kalau kau berani bukak mulut kau, jadi kekawanan sikit, boleh dapat punya sejong tu." jin cuba menasihati.

" kekawanan?" dahi namjoon berkerut.

" ala apa tu? peramah dalam english. ha, friendly!"

namjoon tepuk dahi. jin pula dah tergelak bak pengelap tingkap. tatkala dengar jin ketawa, jimin dan taehyung pakat nak buat gaya lap tingkap macam choreo lagu on kat belakang jin. hoseok dan namjoon dah bantai ketawa macam orang gila.

cuma jungkook, yang masih diam.

////////////////////////////////////////////////////////

semua ahli rumah biru berkumpul buat bulatan yang besar di tengah tengah padang untuk melakukan senaman panaskan badan.

" yang pompuan apesal buat halal distancing dengan yang lelaki ni? rapatlah sikit, bukan kita je yang nak guna padang!"

jerit cikgu jihyo dengan lantang. jena yang gelabah sebab dia kat hujung sekali ( bermakna dia berdiri sebelah lelaki dalam bulatan tu ) terus menyelit kat tepi sejong dan tolak gadis itu ketepi.

akhirnya sejong yang duduk di sebelah lelaki.

" bangang kau jena.."

" okay kita mula sekarang! setiap batch hantar wakil ke tengah. cepat sikit kita dah nak mula dah ni!"

sejong ketap bibir. wajah jena yang sedang menyengih itu dijeling tajam sebelum dia mendongak ke tepi.

sejong telan liur.

damn, jungkook ada kat sebelah dia.

tapi wajah lelaki itu kosong, seperti tenggelam dalam fikiran sendiri hinggakan sejong yang memang peramah tu terus tak jadi nak menegur.

" satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan!"

senaman dimulakan dari kepala. sejong ikut seperti biasa.

" satu dua tiga empat tambah empat jadi lapan!"

" ih er san sek hu liau ci park ji min!"

bermacam macam lagi jenis kiraan yang disebut. sejong tersengih memandangkan dia memang jenis mudah terhibur.

kemudian tiba pada bahagian kaki. sejong angkat kaki kanan dia untuk lalukan gerakan senaman seperti biasa.

dan seperti biasa, dia tak seimbang.

badannya mula goyah. bukan dia sahaja, malah beberapa orang lain.
susah woi nak buat warm up yang ni, badan selalu tak seimbang hiks.

" satu dua tiga empat lima en.."

kiraan terhenti tatkala mereka semua menyaksikan sebuah kejadian ngeri.

dimana badan sejong mula condong ke arah jungkook akibat hilang keseimbangan. jungkook yang perasan akan hal itu terus memegang bahu gadis itu. tapi disebabkan jungkook pun memang tengah berdiri satu kaki, akhirnya lelaki itu turut jatuh sama ke atas rumput padang.

buk!

tubuh sejong jatuh tepat tepat di atas jungkook. kedua bahu jungkook dipaut kuat, manakala jungkook pula sudah memeluk bahu sejong dengan erat. jarak antara wajah mereka amatlah rapat.

mata sejong membulat memandang anak mata jungkook. kedua duanya terdiam sambil cuba proses apa yang sedang berlaku.

lupdup. lupdup.

jungkook ketap bibir. wajah sejong yang rapat dengan wajahnya itu ditenung lembut.

can i wish for the time to stop, again?

" oyemjiiiii aku dah jumpa drama baru yang akan ganti drama goblin lepas goblin habis!"

" drama sekook!"

" jungjong macam best gak hshshshsh"

" woi woi khalwat khalwat!"

" amboi kamu berdua! berpujaan hati kanda pulak kat situ ye!" suara cikgu jihyo memetir buatkan kedua manusia tu tersentak.

sejong terus bangun bersama pipi yang memerah. jungkook berdehem seketika sebelum dia turut bangkit.

" t-t-te-te-terima k-kasih. s-sorry."

sejong parkinson gaes. jungkook pula mengangguk segan. matanya mengescan tubuh sejong.

setelah memastikan tiada luka atau darah, barulah jungkook kembali pandang depan untuk sambung senaman dia tadi.

sejong gigit bibir. jantung yang berura ura nak keluar dari sangkar rusuk itu cuba diabaikan.

fuh.

///////////////////////////////////////////////////////

two chapters to go

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top